Rate

BAB 43- DIA MEMBERI KITA MEMBALAS :)

Romance Series 10493

Habis satu hospital Tasha pusing , dia penat , dia mahu berehat sekejap di kantin . Lapar pun ada jugak ni .

Baru sahaja dia hendak melangkah ke bahagian makanan . Dia terpandang seseorang yang sedang termenung seorang diri . Terlintas sesuatu untuk kenakan lelaki itu . Terus dia ke peti ais untuk mengambil botol mineral yang berisi air yang disejukkan . Dia pergi ke kaunter pembayaran , setelah selesai pembayaran air itu terus dia ke Khairil yang masih termenung .

" Woi tunjang ! "
" Terkejut aku , main woi-woi pulak . Tak reti nak bagi salam ke ? Kalau aku ada sakit jantung lepastu mati , ha macam mana ? "
" Padanlah muka kau , puas hati aku . "
" Kau tak kesian dekat aku eh ? Memang dah tak reti nak buat baik dengan aku ke ? "
" Dengan kau ? Buat baik dengan kau ? "
" Iyelah . "
" Kalau orang macam kau ni , tak perlu nak buat baik . Tak ada faedahnya . "
" Kenapa pulak ? "
" Kau tanya aku kenapa ? Eh hallo , sejak bila ha kau ni pandai sakitkan hati orang ? Perempuan pulak tu , isteri sendiri . Sape ajar kau buat Aira sakit hati ? Kalau kau tak ingat dia sekali pun , at least janganlah sakitkan hati dia . Dia tu manusia jugak , ada hati ada perasaan . Reti sakit hati , reti sedih , reti kecewa , reti patah hati , bukan patung . "
"Aku...."
" Aku tak tahulah sejak bila kau jadi macam ni tapi dengan apa yang Aira cerita dekat aku tadi , aku percaya dia kecewa tapi dia gembira . "
" Asal dia gembira ? "
" Sebab kau sudi bagi kasih sayang kau dekat baby dalam perut dia . Aku sebagai perempuan , sebagai wanita , aku tahu apa yang dia rasa so let me straight to the point yeah . Perempuan ni kalau kau sakitkan hati , kalau kau tak boleh terima dia dalam hidup kau , kalau kau hina diri dia macam mana pun , kalau kau benci dia macam mana sekali pun , dia tetap akan setia , dia tetap akan cintakan kau , sayangkan kau . Dia bersifat setia , dia mempunyai hati yang mulia . Cinta seorang wanita pada seorang lelaki itu tulus . Dia kalau betul-betul tulus dan ikhlas cintakan kau , kau bagilah dia pilih lelaki mana sekali pun , kau cuba jauhkan jarak kau dengan dia sekalipun , kalau dia kata dia pilih kau , dia akan pilih kau sorang je . Memanglah perempuan ni complicated tapi dia tak seego lelaki yang tak nak mengaku selagi tak ditinggalkan , selagi perempuan tu tak ada pengganti , selagi perempuan tu tak pergi dari hidup seorang lelaki , selagi dia tak rasa kesunyian , lelaki tu tak akan mengaku cinta dia ada seorang perempuan . Aku tak nak kau dengan Aira rasa semua tu , aku nak dia senyum bahagia dengan Khairil Nizam yang dia cinta bukan dengan jantan lain . "
Khairil terkedu dengan kata-kata Tasha yang sungguh terkesan dalam hatinya .
" Aku tahu kau tak tahh nak cakap apa tapi satu je aku pesan , hargai seorang wanita yang cintakan diri kita , sayangkan diri kita , sentiasa dengan kita sebelum dia berubaha hati dan angkat kaki blaa dari hidup kita . "
Khairil hanya mengangguk tanda faham .

Tasha bangun , dia mengambil botol mineral yang berisi air dan buka penutupnya lalu dia memanggil Khairil , " Airil , cuba kau pandang atas . "

Khairil menurut sahaja , terus Tasha menuangkan air yang sejuk tu ke muka Khairil . Itulah sebabnya kenapa dia beli air itu tadi . Habis satu botol dia tuang dan habis muka dan baju Khairil basah .

" Apa masalah kau ? "
" Sakit ke ? Atau malu ? Sejuk ? "
" Sejuklah bonggok . "
" Sejuk ye ? Nasib aku baik hati lagi kasi kau sejuk , kalau air panas ? Aku rasa dah melecur kulit putih kau ni , biar hitam baru aku puas . "
" Kau tak puas hati dengan aku lagi ke ? Tak cukup-cukup kau membebel panjang dekat aku tadi ? "
" Kau sepatutnya bersyukur sebab aku belum tuang air panas , kau sepatutnya bersyukur sebab aku ambil berat pasal kau dengan Aira dan kau sepatutnya bersyukur sebab ada isteri macam Aira . "
" Hermm...."
" Ingat , ni baru amaran pertama aku . Kalau aku dapat tahu kau sakitkan hati Aira lagi , siap kau . Aku tak akan tuang air panas tapi aku akan buat diluar jangkaan kau . " ujar Tasha terus dia meninggalkan Khairil seorang diri di situ . Malas dia hendak beli makanan disitu , baik beli dekat luar .

Kecut perut Khairil , takut jugaklah dengan sepupu dia ni .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience