Rate

BAB 46-MALAM KE EMPAT TANPA DIA DISISI

Romance Series 10492

Aira menghirup udara dingin seorang diri di balkoni biliknya sambil melihat bintang-bintang yang bersinar-sinar dan diterangi oleh bulan .

Kemudian dia berpaling ke arah tingkat bilik Khairil , kosong dan gelap . Tiada siapa pun , memgeluh lalu menunduk ke bawah .

Dia berpaling semula ke arah bintang-bintang yang sedang bersinar di langit gelap itu .

" BAHHHH !!!!! "

" OH MAK KAU !!! "

" HAHAHAHA !!!!! " gelak Aidan dan Airan .

" Ish Abang Aidan ni , main terkejutkan Aira pulak . "

" Tah kau ni Aidan , kesian adik kesayangan kita ni . " ujar Airan yang masih ketawa tersisa-sisa itu , kononnya nak membela dirinya padahal nak sindir je tu...cis!!

" Okay fine . " ujar Aidan , kedua-dua tangannya sudah diangkat paras bahu tanda mengalah .

" Ha kenapa dua-dua ni masuk bilik Aira ? Suka hati dia je masuk tak bagi salam ke apa , kot Aira tengah mandi ke apa ke , ha kan payah tu..." bebel Aira .

Aidan dan Airan terasa menyesal giler masuk bilik adik diorang suka hati je . Kalau tahu , tak adanya diorang nak masuk suka hati diorang .

" Sorrylah dik.."

" Sorry...sorry...sorry naik lori lah..."

" Ish budak kecik ni...." ujar Aidan , geram. Tak padan berbadan dua , mulut lancang jeee....

Aira hanya menjeling abang-abangnya...

" Adik tengok apa tu ? Dari kitorang jengah sampai lah ni , asyik duduk dekat balkoni ni je...tak sejuk ke dik ? " Tanya Airan .

" Saja , nak ambik angin sikit malam-malam ni . Nak kata sejuk tu rasanya dalam bilik ni lagi sejuk dari luar..."

Airan hanya buat muka faham .

" Tipulah.."

" Kenapa pulak Aira nak tipu ? " tanya Aira , jarap-haraplah abangnya tidak mengesan sesuatu...

" Do you miss him ? " tanya Aidan.

Aira hanya membisu , tak sanggup hendak mengiyakan...

Aidan sudah berjalan ke arah Aira hanya masih di balkoni itu . Dia mencapai tangan kanan Aira dan dia memegang jari telunjuk Aira . Dia bawak jari telunjuk itu ke arah bilik Khairil yang masih gelap-gelita itu .

Seperti darah menyerbu kepala Aira . Terkejut . Abang Aidan nya sangatlah memahami dia walaupun dia cuba menrahsiakan dan cuba berbohong . Abang Aidan nya tetap dapat mengesan .

" Do you miss him right ? " tanya Aidan lagi sekali .

Aira masih diam pada mulanya tapi lama-kelamaan , dia mengangguk kepala perlahan .

" I know it . " ujar Aidan . Sudah dia duga , Aira sudah menarik tangannya dari pegangan abangnya .

Airan hanya memerhati sahaja abang sulungnya memujuk adik kesayangan mereka . Bukan dia tidak mahu memujuk Aira tapi takut dia juga nangis dihadapan adiknya . Dia sangatlah sedih dengan keadaan Aira sekarang ini .

Secara tiba-tiba , Aira menyembam muka di dada abangnya dan menangis semahu-mahunya . Dia tidak dapat menyorokkan perasaan sedihnya .

" I know it's very hurt . " Aidan mengusap badan belakang Aira .

" Kenapa mesti jadi macam ni ? Kenapa Allah tarik ingatan dia ? I really miss him ! It's so damn miss him !!! I really need him ! I seriously need him !!! " ujar Aira dalam esakkan .

Airan sudah mengalirkan air matanya sejak adiknya bersuara dalam tangisan . Sungguh dia tak berapa kuat mendengar suara adiknya menangis mahupun melihat adiknya menangis , sungguh luluh hatinya .

Wanita sekuat Aira menjadi lemah sebegini membuatkan hatinya luluh . Kasihan !

Aidan perasan Airan sedang mengalirkan air mata di sisi katil Aira , memberi isyarat menyuruh keluar agar Aira tidak melihat dia menangis . Airan akur .

" Kenapa abang ? Kenapa mesti jadi macam ni dekat Aira ? " tanya Aira lagi , lagi kuat tangisannya .

" Sabar ye dik ? Abang yakin yang Allah sedang mengajar hambanya supaya bersyukur dengan apa yang ada didepan mata . Mungkin , Allah nak uji ketabahan adik , kekuatan adik , kesabaran adik , kecekalan adik , keredhaan adik dan kesanggupan adik melalui ujian yang Dia berikan pada adik . Adik janganlah salah faham dengan Allah , adik janganlah tanya kenapa-kenapa , kalau adik terus macam ni sama je adik menyalahkan takdir hidup adik dan takdir yang telah Allah tentukan . " nasihat Aidan .

Aira kelu , tangisannya sudah reda sedikit .

" Adik , kat luar sana lagi berat yang Allah bagi dekat diorang . Macam pengemis . Diorang tak ada tempat tinggal , kita ada . Diorang susah nak dapat makanan dan minuman walaupun sedikit tapi kita sebanyak-banyaknya , bila-bila masa je kita nak kita dapat . Diorang selalu kena halau dengan orang yang mereka minta makanan tapi kita ? Allah menjadikan antara orang yang disanjung oleh hambanya , berharta . Diorang susah nak dapat duit , tapi kita berribu-ribu ada . Diorang lagi susah dari kehidupan kita , kita ni sepatutnya perlu bersyukur dengan apa yang ada didepan mata . Hargai ! " ujar Aidan lagi .

Aira mengangkat wajahnya dari dada abangnya , pelukkan dileraikan . Dia tertunduk . Terkesan jugaklah dihatinya .

" Allah sedang mengajar adik menghargai apa yamg Dia takdirkan untuk adik dan hargai apa yang ada depan mata adik . Walaupun Allah tarik sedikit ingatan Khairil tapi Allab anugerahkan seorang insan kecil yang baru je mahu membesar dalam perut ibunya . Adik tahu tak yang baby adik ni sakit bila adik nangis . Adik nak ke baby adik ni nangis ? Adik nak ke baby adik ni sedih ? Adik nak ke kehilangan anugerah tuhan ni ? Adik nak ke kehilangan insan baru ni ? Adik nak ke ? Adik sanggup ? Adik rela kehilangan babh adik ? Adik okay ke kehilangan dia ? " tanya Aidan bertubi-tubi .

Aira mengeleng kepala .

" Kalau adik tak sanggup kehilangan anugerah tuhan ni , adik kena kuat demi baby adik ni . Adik kena kuat demi dia , tabah demi dia , sabar demi dia , demi baby adik , demi papa , demi mama , demi Abang Aidan , demi Abang Airan , demi Tiara , demi Ayuni , demi Kiara , demi Aiman , demi Aini , demi Airish dan yang paling penting demi Allah SWT yang mengizinkan adik hidup didunia ni . Dan kalau adik betul-betul sayang dan cintakan Khairil , you must be strong . Jangan tunjuk dekat dia yang adik ni lemah tapi tunjukkan dekat dia yang adik ni kuat walaupun dia cakap apa-apa yang membuatkan adik terasa , adik kena kuat jugak . Adik jangan terasa sangat dengan mulit lazer dia lepasni , kalau dia kasi , adik memberi biar dia rasa apa gang adik rasa . " sambung Aidan lagi.

Aira mengangguk kepala lagi , itu sahaja yang dia mampu buat saat ini .

" Dah lah , abang tengok adik ni ngantuk dah . Adik rehatlah , mesti penatkan . Jangan fikir-fikirkan sangat , tenangkan diri dengan tidur . Jangan stres-stres sangat nanti menjejaskan kesihatan pulak , kesihatan baby lagi adik kena jaga . "

" Iyalah abang , adik tidur ye . " ucap Aira akhirnya dia bersuara .

Aidan tersenyum , dia membaringkan Aira di katil kingnya . Dia menyelimut adiknya , layan seperti tuan puteri siap cium dari adiknya lagi , dah macam layan bini sendiri .

Aidan sudah melangkah hendak keluar dari bilik adiknya , dia berhentikan langkahnya apabila Aira memanggilnya , dia berpaling pada Aira , " tolong tutupkan lampu ? You know i can't sleep without switch off the lamp . " pinta Aira .

Aidan hanya mengangguk dan senyum mendengar permintaan Aira . Dia menutup lampu lalu dia keluar dari bilik adinya yang dah macam bilik seorang tuan puteri diraja .

Aira menutup matanya , dia penat menangis dan dia mahu tidur .

' I miss you babe... ' bisik Aira dalam hati lalu air matanya mengalir . Beberapa minit kemudian , dia terlelap juga akhirnya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience