Rate

BAB 38-DIA EXCIDENT

Romance Series 10493

Aira termenung, tiba-tiba dia tersenyum . Hari ini pasti hari yang sangat-sangatlah gembira . Dia mengusap perutnya .

Rasa bersyukur menjelma dalam dirinya , patutlah sejak dia pulang dari rumah mamanya , dia asyik muntah-muntah , loya , selera makan tak ada , lebih suka baring daripada bergerak . Dia disahkan sebulan sudah mengandung .

Dia nekad , malam nanti dia akan bagitahu Khairil tentang berita gembira ini . Dia mahu lelaki itu , orang pertama mendengar berita gembira ini .

Dia gembira juga terhadap abangnya , Airan yang baru sahaja beberapa hari lepas berkahwin bersama Ayuni . Bahagia sahaja pasangan raja sehari itu .

Tiba-tiba bunyi telefon bimbitnya menyedarinya ke alam yang nyata . Tetera nama adik iparnya . Jarang sekali adik iparnya itu menelefonnya .

' Khaina Nabila '

" Assalammualaikum , hallo Aina . "
" Waalaikummusalam kak , kak datang cepat ke Hospital Kuala Lumpur ni . "
" Relax , tarik nafas and cakao slow slow . "

Setelah Khaina mengikut arahan , Khaina mendapat nafasnya semula .

" Dah okay ? " tanya Aira .
" Dah . "
" Okay cuma cakap macam biasa . Kenapa Aina suruh akak datang hospital ni tiba-tiba ? Sape sakit ? "
" Abang kak....dia excident..." ujar Khaina gagap kerana dia takut Aira pulak yang mengelabah.
" Aina ni , agak-agaklah nak buat lawak sekalipun . Pagi tadi , elok je abang Aina tu . "
" Betul , pagi tadi memang Abang Airil okay tapi sekarang dah tak , dia ada dekat hospital . Akak , tolonglah percaya cakap Aina . Masa abang otw balik office lepas periksa tempat pembinaan , dia excident sebab ada kereta lain bawak laju-laju .
" Masya allah , okay akak datang sekarang . Aina tunggu akak ye . "

Terus Aira menutup panggilan itu tanpa mendengar balasan dari adik iparnya .

Sekarang ini , Khairil . Hanya itu difikirannya . Baru dia dan suaminya akan mendapat orang baru tapi ini yang terjadi . Dia tak mahu kehilangan suaminya itu .

..........

Aira mencari kelibat Khaina , selepas beberapa saat , dia ternampak Khaina yang sedang duduk bersama kedua-dua mertuanya di hadapan bilik rawatan .

Dia terus meluru ke arah mereka . Khaina perasan kakak iparnya sudah berada disitu terus berdiri . Air matanya dikesat , tak mahu kakak iparnya nampak . Takut wanita itu tidak kuat .

" Ibu ? Abah ? Aina ? Macam mana dengan Airil ? "
Puan Sri Khalidah memeluk menantu kesayangannya itu , wanita ini pasti susah hati , pasti bersedih .
" Ibu ? What's happen ? "
" Aira sayang...."
" Kenapa ni ibu ? Apa dah jadi dekat Airil ? Aina ? "
" Kakak , doktor belum keluar lagi jadi kitorang belum tahu apa-apa tapi Aina harap apa-apa yang terjadi dekat Abang Airil , akak bawakkan bersabar yeee...." terang Khaina , harap kakak iparnya tenang .

Pintu bilik rawatan itu dibuka dari dalam , terlihat doktor yang name tagnya bernama ' AZRI '

Terus Aira meluru ke doktor itu .

" Doktor , macam mana dengan suami saya ? "
" Alhamdulilah , dia selamat..."
Aira lega , dalam hati sudah bersyukur kerana Allah masih panjangkan nyawa suaminya .
" Cumaaa...."
Aira merasakan darahnya sudah naik ke atas kepala , baru hatimya berasa lega mula gelisah semula .
" Cuma apa tu doktor ? "
" Kepalanya cedera teruk dan menyebabkan dia mengalami amnesia . "
" What ?! Are you serious doktor ? "
" Ye cik , saya serious . Abang cik tu amnesia kerana kepalanya terhentak kuat dan menyebabkan abang cik itu mengalami penyakit amnesia . "

Aira terkedu , tiba-tiba kepalanya rasa berat , mata pula makin berat , dia tidak dapat seimbangkan badannya , tiba-tiba dia rebah dan akhirnya pengsan . Telinganya terdengar Puan Sri Khalidah , Khaina dan Tan Sri Adam meminta pertolongan . Dia mahu bergerak tapi entah kenapa , otaknya mengarahkan supaya jangan bergerak walaupun sedikit .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience