Rate

BAB 44-PERLU KE MULA SEMULA ?

Romance Series 10493

Aira sudah dibenarkan pulang ke rumah . Doktor telah menasihatinya supaya jangan terlalu stress dan melakukan kerja berat . Dia perlu jaga kandungannya yang masih baru itu .

Hari ini , Tasha menawarkan dirinya hendak menghantarnya pulang ke rumah mama dan papa Aira . Sebelum pulang , Aira meminta Tasha agar singah di bilik Khairil . Tasha hanya ikutkan sahaja .

Sampai sahaja dihadapan pintu bilik Khairil , Aira memintak Tasha supaya tunggu di luar agar dia dapat bercakap secara privatecy dengan Khairil .

" Assalammualaikum . "

" Waalaikummusalam . "

" You macam mana hari ni ? "

" Macam biasa , kekadang pening-pening sikit tapi tu biasalah . "

" Jangan fikirkan sangat nanti you sakit kepala . "

" Thanks because you caring about me . "

" I'm your wife so i should caring about Airil . "

" Aku masih tak boleh nak terima kau sebagai isteri aku , sorry Aira . "

" Takpe , i akan tunggu you sampai you ingat i siapa pada you . "

" Kau akan terseksa Aira , kau akan merana , kau akan kecewa dengan aku nanti dan aku tak selalu temankan kau tapi air mata yang temankan kau . "

Aira mengetap bibirnya . Air matanya mahu keluar tapi dia tahankan juga supaya dia nak tunjukkan yang dia kuat sebenarnya .

" Insya allah tak , i akan bertahan demi rumah tangga yang i bina bersama orang yang cintakan i dan i cintakan dia . I akan bertabah demi baby i jugak . "

Khairil menggeleng , dia tidak mahu Aira bersedih kerana dia tapi dalam masa yang sama dia tak boleh terima kenyataan bahawa gadis ini isterinya . Kawan , hanya itu gelaran Aira padanya . Drastik sangatlah .

" Jadi kau sangguplah mula dari awal ? "

Aira terpinga-pinga , " ha ? " hanya itu yang keluar dari mulutnya .

" Kau sanggup ke mula dari awal dengan aku ? Means , kita belum bercinta lagi , kita kena duduk rumah family masing-masing , kita berjumpa mesej dan call sekadar kawan sahaja , kau tak boleh cakap kau sayangkan aku cintakan aku rindukan aku , kau kena layan aku sebagai kawan bukan suami kau . Kau sanggup ke Puan Aira Qisha ? " tanya Khairil yang sudah turun dari katilnya lalu dia berdiri berlagak di hadapan Aira .

" Kenapalah Allah tarik ingatan you? Kalau benda lain tak apa tapi ni , Allah tarik semua ingatan you start kita mula jatuh cinta . Ya allah ! " ujar Aira dalam tangisannya . Dia tidak tahan dan tidak kuat , akhirnya air matanya jatuh jua .

" Takdir kau kot , mungkin kau perlu jatuh dan bangun jugak . "

" Tolonglah Airil , jangan seksa hati dan perasaan aku ! Aku tak sekuat Hawa , aku tak sekuat Siti Aisyah . Aku seorang manusia yang lemah , dulu kau selalu bagi aku semangat tapi sekarang orang yang aku selalu harapkan dah berubah 100 peratus . Tolong , jangan seksa aku ? " rayu Aira , dia sudah melutut dihadapan Khairil .

Timbul rasa serba salah di dalam hati Khairil .

' Aira , aku tak boleh nak terima kau sebagai isteri aku . Tu je ! ' omel Khairil dalam hati .

" Kau dah discharge kan ? So better kau balik sebelum mulut aku ni keluarga kata-kata yang boleh melukakan hati dan perasaan kau . " ujar Khairil terus dia baring semula dan menyelimut badannya serta memejam mata .

Caranya sungguh meminta Aira beredar dari situ .

Aira akur , suaminya masih belum terimanya sebagai isteri . Agak drastik juga .

" Abang , i balik dulu . Aira masih ingat pesan terakhir abang tu . Aira tak akan pergi selagi abang masih perlukan Aira , i will always with you babe . I akan mencintai you sampai bila-bila . I tak nak kehilangan you . Kalau i terpaksa makan hati hari-hari , kecewa hari-hari , menangis hari-hari , merana hari-hari , terseksa hari-hari , i sanggup demi mempertahankan masjid kit yang baru bina ni . I tak nak dan tak sanggup runtuhkannya . You tak sedar , you amnesia , you sakit , i tak nak you lafazkan perkataan ' cerai ' selagi you tak ingat siapa i pada you . I akan tunggu ingatan yoh pulih dan i akan tunggu Allah pulangkan semula ingatan you tu . I mintak diri dulu babe , ada masa i dengan baby i melawat you lagi . Semoga cepat sembuh , i rindukan you dan baby i pun rindukan daddy dia yang selalu belai perut mommy dia . Assalammualaikum . "

Selesai pintu bilik itu ditutup rapat , selimut itu dibukanya . Dia agak tersentuh mendengar luahan Aira itu tambahan lagi bila Aira mengatakan dia dan baby mereka merinduinya . Terkesan di hatinya .

" Maafkan aku , aku perlukan masa . "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience