Rate

BAB 82-MENYESAL

Romance Series 10492

Puan Sri Khalidah masuk ke dalam bilik anak lelakinya kerana mahu memgejutkan anak lelakinya itu bangun solat subuh .

Tetapi dia sangatlah terkejut kerana bilik anaknya bersepah macam tongkang pecah , padahal semalam masa dia biarkan anaknya tidur , bilik itu kemas dan rapi sahaja setiap perabot di dalam bilik itu . Ini tidak sofa senget , bantal-bantal semua bersepah di atas lantai , selimut entah ke mana , barang-barang yang ada di atas meja solek itu bersepah di bawah .

Tiba-tiba dia mendengar suara seseorang sedang menangis , dia jadi ketakutan terus dia menekan suis utama . Di sebalik katil itu , rupanya ada orang sedang duduk di situ sendirian . Langsir tingkap terbuka sedikit .

Puan Sri Khalidah menuju ke arah seseorang itu , rupanya anak lelakinya duduk di situ , dia lega tapi dia terfikir , kenapa anaknya duduk di situ ? Tidak di atas katil ? Dia kembali gemuruh .

" Khairil . "

Khairil berpaling dengan wajah yang matanya bengkak kerana menangis tak berhenti-henti tambahan tidak tidur dari semalam .

" Ya Allah , Khairil ! Apa dah jadi ni nak ? " tanya Puan Sri Khalidah kemudian dia duduk bersila di sisi anaknya . Dia sangatlah terkejut melihat wajah anaknya sekarang ni . Serupa panda dekat zoo tu .

Khairil tidak membalas kata-kata ibunya tapi dia terus baringkan kepalanya di atas peha ibunya sambil melihat tingkap bilik Aira . Puan Sri Khalidah mengusap rambut anaknya yang sudah serabut macam sarang burung tu . Pelik .

" Airil , janganlah buat ibu takut nak . Say something . "

Khairil masih diam . Dia masih lagi menangis .

" Khairil , tolonglah jangan buat ibu risau sangat . "

" Ibu , Khairil ni bodoh kan ? "

" Apa yang Khairil cakap ni ? Kenapa cakap diri tu macam tu nak ? "

" Khairil , bersalah sangat dengan Aira . "

" Maksud Khairil ? Khairil dah ingat semuanya ? "

" Dah bu dan Khairil menyesal sangat buat Aira macam tu . Khairil dah lukakan , dah sakitkan dia dan dah buat dia benci Khairil. "

" Khairil , ibu percaya yang dia tu masih lagi sayangkan Khairil . Khairil cari dia nak , pujuk dia . "

" Mana Khairil nak cari dia bu ? Khairil rasa dia dah bawak diri dia jauh dari Khairil . "

" Kalau kita berusaha nakkan sesuatu , pasti dapat . Khairil pergi cari dia ye , tanyalah orang yang rapat dengan dia macam keluarga dia ke ? "

" Khairil dah kurang ajar dengan diorang bu . "

" Khairil mintak maaf dengan diorang , insya allah keluarga mertua Khairil akan maafkan Khairil . "

Puan Sri Khalidah membangunkan anaknya , " sekarang ni pergi mandi , ambik wudhuk , solat subuh lepas tu siap-siap pergi rumah keluarga mertua Khairil . Mintak maaf dekat diorang dan mintak diorang bagitahu Khairil , mana Aira sekarang . "

Khairil hanya mengangguk tanda mengerti dan dia terus ambil tuala mandinya kemudian menuju ke tandas .

Selepas pintu tandas di tutup , Puan Sri Khalidah mengemas apa yang patut . Nanti Khairil keluar dari bilik itu , barulah dia kemas betul-betul .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience