TASHA membuka pintu rumah Puan Sri Khalidah dan Tan Sri Adam yang besarnha seperti istana .
" Assalammualaikum Auntie Idah , Uncle Ad . " ujar yang baru sahaja jejak kakinya di lantai rumah itu .
" Waalaikummusalam Kak Sha , dah sampai dah ? " jawab Aina yang sedang duduk di sofa sambil menonton movie kegemarannya .
" Aduh Aina , kalau akak tak ada dekat sini , mestilah belum sampai . " jawab Tasha . Aduh pening....
" Hehehe...."
" Ohh mana ibu dengan abah Aina ? " tanya Tasha , kemudian dia melabuhkan punggungnya di atas sofa lagi satu .
" Ibu pergi pasar dengan Mak Timah . Abah pulak pergi main golf dengan kawan dia . "
" Ohhh habis tu Aina tak pergi pasar ? "
" Tak naklah , lagipun Aina lepas subuh tu terus tidur . Penat . "
" Ohh ni tinggal sorang ke ? "
" Tak lah , Abang Airil ada tu dekat atas . Baru balik semalam . "
" Dah sarapan ke belum ni ? "
" Dah kak , nasib Mak Timah siapkan sarapan sebelum keluar pergi pasar . "
" Tapi macam mana Aina tahu ibu dan abah Aina keluar ke mana ? "
" Ibu dengan abah tinggalkan notis atas meja makan tu . "
" Ohhh i see tapi Aina kata tadi , abang Aina baru balik semalam ? "
" Ha , kenapa kak ? "
" Tak akak pelik , kenapa tiba-tiba je dia balik sini sedangkan dia still ada bini . Aina tak rasa pelik ke ? "
" Pelik jugak , masuk je rumah ni terus berkurung dalam bilik macam perempuan . Ibu dengan Mak Timah ketuk pintu pun dia tak menyaut ke buka ke apa , semua tak . Diam je . "
' So betullah apa yang Aira kata semalam , tinggi betul ego kau eh . ' ujar Tasha dalam hati .
" Ohhh Aina tak cuba tanya ? "
" Dah tapi dia diam jugak , Aina siap call dia and dia reject tau . "
" Dah pandai eh main reject-reject call orang . " ujar Tasha . Selamba ajak bergosip tu...
...........
PAGI itu , apabila Aira membuka internetnya . Dia menerima mesej dari aplikasi whatsapp . Siapa lagi kalau bukan Natasha Alice , nama je orang putih punya nama tapi orang melayu , darah melayu . Maklumlah , bapaknya orang Australia . Tu sebab duduk sana .
Natasha Alice
>Assalammualaikum
>Aira
>Aku dah sampai Malaysia
Aira Qasha
>Waalaikummusalam
>Pukul berapa sampai ?
Beberapa minit kemudian , dia menerima mesej lagi . Laju je minah ni reply mesej orang .
Natasha Alice
>Dalam pukul 8 pagi
>Sampai rumah ni dalam pukul 9 pagi jugak lah
Aira Qasha
>Ohhh
>Sorry tau aku baru bangun , maklumlah papa aku kasi cuti awal seminggu
Natasha Alice
>Tu lah
>Dah nak dekat 12 tengah hari kau baru reply chat aku
Aira Qasha
>Hehehe....
>Okaylah Sha , aku nak mandi ni
>Nanti chat lagi
>Bye
Natasha Alice
>Iyelah mak mengandung
>Bye
Aira Qasha
> :)
[ Nak buat emoji senanaya but tak boleh ]
Terus Aira meng-off data . Kalau lama-lama on data ni , makin susahlah dia nak lepas dari si Tasha tu .
.........
NATASHA hanya menggeleng melihat Aira membalas emoji itu . Ketawa pulak dah mak buyung ni .
" ehemmm" berdehem Khairil melihat Tasha .
Tasha hanya menjeling Khairil sahaja .
" Kau asal tiba-tiba jeling aku ? "
" Kau asal berdehem tiba-tiba ? "
" Nak tegur kau . Kau sibuk chat siapa tah tu . "
" Sibuk ah kau . " ujar Tasha acuh tak acuh . Kemudian , dia bangun dan hendak berlalu pergi meninggalkan Khairil seorang diri di laman rumah .
" Kenapa eh kau macam tak nak layan aku Sha ? Apa salah aku ? " tanya Khairil .
Tasha berhenti melangkah , dia berdiri tegak tanpa berpaling pada Khairil . " Salah kau ? Tanya lah diri sendiri . "
" Aku tak tahu , cuba cakap . "
Tasha berpaling kemudian menyilang tangannya di dadanya , " Khairil , aku cuma nak cakap . Jadi lelaki jangan terlalu bodoh please ! "
" Ha ? Apa kau cakap ni . "
" Aku nak kau ingat pesanan aku ni , jadi lelaki yang bijak dalam sesuatu masalah bukan jadi lelaki yang bodoh dalam sesuatu masalah !!!"
" Dia bagitahu kau ? Apa dia burukkan pasal aku dekat kau ? Dasar perempuan curang , mesti dia kata yang dia tak buatkan padahal dia buat benda tu . Salah sendiri , saja je nak salahkan orang . " ujar Khairil selamba .
Laju sahaja tangan Tasha naik ke muka Khairil . Terteleng kepala Khairil dibuat .
Khairil mengangkat wajah dengan riak wajah yang begitu marah dan bengis , " Kau pahal tiba-tiba je tampar aku ? " tanya Khairil tegas dan tinggi suaranya namun itu langsung tidak buat seorang Natasha Alice gentak mahupun takut .
" Sakit ke ? Tapi tu lah tak lah sakit macam mana kau tampar Aira , sampai darah pipi dia dan sekarang ni mungkin pipi dia dah bengkak dah . "
" Dah dia tu buat salah , memang kenalah . "
" Aku tahulah kau hilang ingatan , amnesia tapi tolonglah jangan terlalu bodoh jadi lelaki . Baby kau tak lama lagi akan keluar lah Airil . "
" Airil , betul ke apa yang ibu dengar ni ? Airil , sampai hati Airil pukul isteri Airil . Aira tu baik orangnya , dia tak akan curang , tak mungkin . " ujar Puan Sri Khalidah yang dari tadi hanya mendengar pentengkaran anaknya , Khairil Nizam dan anak sedaranya , Natasha Alice bersama anaknya , Khaina Nabila .
" Sampai hati abang tampar pipi Kak Aira sampai berdarah . "
" Kau tak kenal dia tu siapa . "
Tasha hanya tersenyum sinis .
" Abang , kita berjiran , sekolah , berkawan dan kenal Kak Aira dari kecik lagi . Bukan Kak Aira je tapi semua family Kak Aira . Kita berdua ni dah cukup masak dengan perangai diorang tu . Antara abang dan Aina yang paling rapat dengan Kak Aira , abanglah yang paling rapat dengan Kak Aira dari kecik lagi . Takkanlah hanya kerana nila setitik , rosak susu sebelanga . "
" Dah lah , semua orang nak bela perempuan tu . Apa tah perempuan tu dah hasut korang semua . "
Tasha sudah panas telinganya , mahu sahaja dia belasah Khairil cukup-cukup tapi mengenangkan mak saudaranya ada disini , dia batalkan niat dia terus .
Puan Sri Khalidah dan Khaina Nabila sudah menggeleng kepala melihat Khairil kerana perangai Khairil sudah berubah .
Share this novel