Rate

BAB 39-DIA AMNESIA

Romance Series 10546

Perlahan-lahan matanya dibuka walaupun rasa perit tapi dia gagahkan jugak matanya muka . Kepalanya terasa berat , dia memicit kepala . Dia melihat sekeliling bilik itu , mewah . Pasti papa dan mama telah menyuruh doktor masukkan dia ke bilik yang lebih selesa .

Tekak rasa perit , dia cuba mencapai cawan plastik yang berada di sebelah katilnya tapi malang , dia terlalu lemah sehingga cawan plastik itu jatuh ke lantai .

Tiba-tiba pintu dibuka dari luar , Aidan dan Tiara meluru masuk .

" Ya allah , Aira...kenapa ni beb ? "

" Nak ambik air , entah kenapa tak kuat pulak nak genggam . "

" Takpe , aku ambikkan ye . "

Aira hanya mengangguk . Kiara membawak cawan ke mulut Aira setelah air dituangkan . Selesai Aira minum , cawan plastik itu diletakkan semula .

" Aira ? "

" ye. " sahut Aira acuh tak acuh sambil menundukkan mukanya , malas sekali .

" Congrats beb , akhirnya kau pregnant jugak . "
Terus Aira berpaling ke arah Kiara , " macam mana kau tahu ? Aku belum bagitahu siapa-siapa lagi . "

" So kau sebenarnya dah tahu lah ? Asal kau tak nak bagitahu kitorang semua ? "

" Sorry Ti , aku cuma nak Airil orang pertama yang tahu tapiiii....."

" Adik dah tahu ke yang Airil excident dan mengalami amnesia ? " tanya Aidan risau .

Tanpa Aira sedar , Aira matanya mengalir . " Adik , don't cry . Adik buat abang rasa nak nangis pulak . " ujar Aidan . Dia tumpang sedih dengan situasi adiknya . Terus dia memeluk abangnya , tak kuat dirinya . Aidan mengusap badan belakang Aira .

" Abang , kenapa Allah uji adik macam ni ? Kenapa bila baby adik ni baru je nak hadir dalam hidup kitorang , Allah ambil ingatan Airil ? Kalau Airil tak ingat siapa Aira macam mana ? Kalau dia tak boleh nak terima Aira dengan baby Aira ni macam mana ? Baby Aira ni perlukan kasih sayang seorang ayah...Aira tak kuat nak hadap semua ni sorang-sorang . "

Kiara mengelap air mata yang mengalir di pipi , takut sahabatnya itu nampak air matanya mengalir dan itu menyebabkan Aira semakin tak kuat mengadapi ujian Allah .

" Aira , kau kena banyakkan bersabar , mengucap...aku tahu kau kuat , Aira Qisha seorang wanita yang kuat . Kau janganlah down macam ni , aku ada , Aidan ada , Airan ada , Ayuni ada , Tiara ada , Aiman ada , mama dengan papa kau ada , ibu dengan abah kau ada , Aina ada , Aini ada , Airish ada dan paling penting suami dengan baby kau ada . "

Aira meleraikan pelukkan dia , dia memandang Kiara . Dia yakin , Kiara turut menangis jugak tapi Kiara cuba untuk menyorokkan .

" Memang aku berdoa sepanjang aku ke hospital lepas Aina bagitahu dia excident , aku berdoa supaya pulangkan Airil pada aku , jangan ambik dia dari aku yang berbadan dua ni tapi kenapa Allah pulangkan diri dia sedangkan ingatan dia Allah ambik dari aku ? Aku takut dia tak ingat aku nanti , aku takut dia tak ingat siapa aku pada dia , aku takut dia tak boleh terima aku sebagai isteri dia yang sah , aku takut dia tak boleh terima baby yang aku sedang kandungkan , aku takut dia tak layan aku sebagai seorang isteri , aku takut aku kehilangan seorang lelaki bernama Khairil Nizam . " luah Aira .

Terus badannya dipeluk oleh Kiara . Tiada sorok-menyorok lagi , habis Aira dan Kiara menangis semahunya . Aidan disitu terkedu , tak tahu nak kata apa selepas mendengar luahan adiknya . Sedih dengan nasib adiknya , terasa sakit di hati dengan nasib Aira tambahan mendengar tangis Aira yang semakin lama , semakin menjadi-jadi .

Tangis Aira itu , tidak pernah adiknya menangis sebegitu . Pernah adiknya menangis teruk semasa arwah neneknya meninggal suatu ketika dahulu tapi tidaklah seteruk ini .

Membenar , hati Aira cuma ada Khairil . Cinta yang dipupuk selepas perkahwinan mereka semakin mekar . Kesian baby di dalam perut Aira , dari rahim ibunya dia tidak mendapat kasih sayang seorang ayah tapi haraplah Khairil memberi kasih sayang kepada anaknya sendiri dan haraplah Khairil tetap mencintai Aira .

Di dalam sedih , di luar bilik itu juga sedih .

Puan Sri Dahlia , Ayuni dan Airan turut sedih dengan nasib Aira tambahan setelah mendengar luahan Aira . Terasa di hati , terasa sakit .

Ayuni mengusap badan belakang Puan Sri Dahlia setelah mendengar wanita itu menangis teresak-esak . Airan tidak mampu menahan air matanya , dia hanya membiarkan air matanya mengalir . Dia sangat-sangatlah kesian dekat adiknya , baru hendak bahagia hidup bertiga tapi....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience