BAB 58

Romance Series 154867

“AINA.” Said merentap lengan Uyaina kasar sebaik mencapainya.
Uyaina berkerut dahi sambil memberhentikan langkahnya. Tangan yang dipegang Said itu direntap sekali. Mata meliar mencari kelibat manusia di ruang parkir itu.
“Kau nak apa?” soal Uyaina keras. Wajah Said dipandang penuh benci.
Said dengus tawa. Langkah menghampiri Uyaina membuatkan Uyaina mengatur langkah ke belakang.
“Abang cuma nak ajak Aina makan sekejap. Lama tak makan dengan Aina,” pujuk Said lembut.
Uyaina berdecit kasar. “Aku tak ada masa nak makan dengan kau. Aku banyak kerja!”
Said menggeleng kepala kuat.
“Itu bukan pilihan yang baik Aina. Nak atau tidak, Aina kena teman abang makan,” kata Said sambil menyeluk kocek seluarnya. Telefon kesayangannya dikeluarkan dan menu gallery dicari. Bibir menguntum senyuman sinis. Gallery gambar Uyaina yang dia privatekan dalam telefonnya itu dibuka. Semakin lebar senyumannya melihat gambar-gambar Uyaina di malam pertama mereka beberapa tahun lepas.
Uyaina berkerut dahi melihat cara Said tersenyum. Seakan ada perkara yang disorok oleh lelaki itu.
“Kenapa dengan kau ni?!” soal Uyaina kasar.
Said angkat wajah memandang wajah Uyaina. “Aina nak makan dengan abang atau…” disuakan skrin telefon itu ke wajah Uyaina.
Hampir putus nafas Uyaina melihat deretan gambar dirinya dalam keadaan tidak senonoh dan lebih teruk lagi dalam keadaan tanpa Seurat benangpun di tubuhnya. Bila masa Said ambil gambarnya dalam keadaan menjijikkan itu.
“Kau…” Uyaina cuba merampas telefon itu, tapi gagal bila Said segera menangkap lengannya dengan tangan sebelah dan memasukkan telefonnya ke dalam kocek seluarnya. Bibir mengukir senyuman penuh makna.
“Aina… Aina. Aina tak tahu ke yang setiap apa yang kita buat malam tu, abang dah rakam. Apa yang ada dalam telefon ni, Cuma separuh je. Kalau Aina nak tengok macam mana hebatnya Aina malam tu, abang boleh bagi Aina tengok. Sangat hebat. Buat abang rindu. Sampai Syamira pun abang boleh anggap Aina tahu,” kata Said panjang berjela bersama senyuman mengejek.
Uyaina ketap bibir. Wajahnya sudah membahang menahan malu. Dia tidak sangka Said lelaki menjijikkan. Selama yang dia tahu, Said adalah lelaki yang baik. Kepala digeleng kasar.
“Kau memang menjijikkan, Said. Aku tak sangka!”
Said ketawa besar. Pandangannya meliar di wajah bersih Uyaina.
“Abang akan tunjuk apa itu menjijikkan, kalau Aina tak turuti apa yang abang mahu,” balas Said tanpa rasa bersalah. “Gambar ni abang akan sebarkan dalam internet. Termasuklah video tu.”
Uyaina ketap bibir. Pandangan Said dibalas dengan pandangan marah.
“So, sekarang… Aina ada pilihan. Reject untuk keluar makan dengan abang, tapi gambar ni tersebar… atau keluar dengan abang dan gambar ini tersimpan rapi dalam simpanan abang. Hanya abang…” Kening dijongket sinis.
Uyaina menarik nafas berat. Wajah suaminya terbayang diruang mata. Terkilan bila dirinya sudah terjerat dengan lelaki itu.

“MAKANLAH sayang. Kenapa tak makan?” Said mula bersuara bila melihat Uyainayang kegelisahan di hadapannya. Dia tahu apa yang Uyaina risaukan ketika itu.
“Diamlah!” Uyaina mendengus kasar.
Said menceber bibir. Tidak peduli pada kemarahan yang ditunjukkan oleh Uyaina.
“Kalau abang tak nak diam?” Said menduga pula.
Uyaina memandang tajam wajah Said.
“Aku tak sangka perangai kau macam ni. Selama ni, aku ingat…”
“Aku lelaki yang baik?” tanya Said memintas. Pandangan mata ditanam ke wajah Uyaina.
Uyaina mengetap gigi kuat. Berlaga juga giginya kerana mahu menahan marah.
Said ketawa seketika.
“Abang tak mampu nak berlakon lama-lama depan Aina. Lagipun, ini bandar. Bukannya kampung yang kena berlakon baik macam malaikat. Lagipun, Aina pun bukan sebaik yang disangka semua orang. Macamlah abang tak tahu yang Aina kahwin dengan Ikmal sebab duitkan?”
Terbeliak mata Uyaina menerima tuduhan itu. Bibir diketap bersama gelengan kasar.
“Kau ingat aku ni perempuan mata duitan?”
“Kalau Aina tak mata duitan, Aina takkan kahwin dengan lelaki yang Aina tak cinta,” balas Said tidak mengalah.
Uyaina mendengus tawa. Seteruk itu anggapan Said padanya.
“Jangan nak buat cerita bukan-bukan. Aku cintakan Akmal.”
“Tapi Aina pernah cintakan abang…”
Leret Said sengaja mahu memancing kisah lalu mereka.
Uyaina mendengus. “Itu cerita lama!”
“Kita buatlah cerita baru…” balas Said.
Uyaina ketap bibir kuat. Beg tangan di atas meja dicapai kasar.
“Aku nak balik!”
Said meledakkan tawa perlahan. “Boleh. Tapi jangan hairan kalau Ikmal nampak gambar Aina layan abang atas katil.”
Tindakan Uyaina terhenti. Tajam mata memandang Said. Gila punya jantan.
“Kau memang dah pasang niat nak rosakkan rumahtangga aku ke?”
“Yes!” balas Said sinis. “Bukan setakat niat tapi abang akan pastikan yang Aina kembali pada abang. Kalau tak dapat cara lembut, cara kasar abang buat. Faham?”
Sekali lagi Uyaina rasa mahu terjelopok di situ. Dikuatkan cengkaman hati bersama hati yang membara dengan perasaan marah. Siapa sangka lelaki yang dipuja sekampung kerana baik, begini sikapnya. Dirinya salah satu yang tertipu.

TERBELIAK mata Harlina sesaat sebaik mendengar cerita Uyaina. Wajah Uyaina dipandang dengan riak tidak percaya.
“Gila punya jantan. Macam mana dia boleh terfikir buat benda menjijikkan tu?” soal Harlina kasar.
Uyaina tunduk sambil menggeleng kepala. Sesekali meraup wajahnya kasar.
“Aku tak tahu,” luah Uyaina lemah.
Harlina mengeluh kasar. wajah Uyaina dipandang seketika.
“Kau tak boleh diamkan benda ni. Kau kena bagitahu Ikmal.”
Uyaina berdecit kasar.
“Kau nak aku dapat malu ke? Lelaki yang bukan suami aku simpan gambar bogel aku?” Uyaina memandang tajam wajah Harlina.
Harlina mengeluh kasar.
“Kalau kau nak fikir soal malu, ini bukan masanya. Kau Cuma perlu berterus terang dengan suami kau. Bagitahu apa yang Said dah buat pada kau. Bukannya diam macam ni. Nanti benda dah teruk baru kau sibuk bagitahu, Ikmal pula yang tak percaya kat kau. Kau nak macam tu?” soal Harlina sebal.
Uyaina menyandar ke kerusi sambil memandang siling pejabat Harlina. Dia sendiri tidak sangka yang akhirnya dia terjebak dalam permainan Said tanpa sengaja. Terperangkap dalam perangkap lelaki tidak bertanggungjawab itu. Hati semakin resah. Tidak mampu membayangkan apa yang akan jadi pada masa akan datang.

So... kita dah tahu sape setan bertopengkan manusia kan. kesian Aina. kenapalah jahat sangat Said ni. Rasa nak terajang je mamat ni kalau depan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience