HARLINA merenung tajam wajah Uyaina. Geram! Mahu saja dia piat-piat telinga Uyaina ketika itu. Entah macam mana Uyaina boleh fikir yang Ikmal akan lukakan hatinya macam Said lakukan padanya satu ketika dahulu.
“Aku dah ingatkan kau pasal benda ni dulu kan? Yang kau degil sangat tu kenapa?” Harlina menunjal bahu Uyaina sebal.
Uyaina berdecit kasar. Jelingan tajam diberi kepada Harlina.
“Bukan aku makan pun ubat tu,” balas Uyaina sebal.
Harlina mengeluh kecil. “Explainlah. Itu pun susah ke?”
Uyaina diam. Betul juga. Kenapa dia tidak berterus terang saja yang dia tidak pernah mengambil ubat itu. Bukan susah mana pun.
“Betul cakap kau. Kenapa aku tak explain,” kata Uyaina sambil mencapai beg tangannya dan bangun.
Berkerut dahi Harlina melihat Uyaina yang tiba-tiba bangun.
“Nak pergi mana pula ni?”
Uyaina pandang Harlina bersama senyuman.
“Jumpa Ikmal dan jelaskan segalanya,”
“Baguslah tu. Terangkan baik-baik. Jangan salah cakap. Nanti kau juga yang merana,” ujar Harlina separuh menasihat.
“Insya’Allah…”
“HAI, Ikmal,” sapa Eryna sambil menyungging senyuman menggoda. Tak sangka wajah itu yang pertama dia lihat sebaik masuk ke dalam pejabat itu.
Ikmal tayang riak menyampah. “You buat apa kat sini?”
Eryna ketawa kecil.
“You ni buat-buat tak tahu pula. Kan kita ada pelancaran kat Shah Alam.”
Berkerut dahi Ikmal. Wajah Eryna dipandang sekilas.
“Apa kaitan dengan you? You kan kat Johor?” soal Ikmal tidak senang hati.
Eryna mendekati Ikmal lalu mencuit hidung Ikmal.
Ikmal mendengus sambil menepis tangan Eryna. “Jangan sentuh-sentuh boleh tak?!”
“You ni comellah Ikmal. You tak tahu ke?” Eryna jongket kening nakal.
Bercantum kening Ikmal mendengar soalan itu. Kembang satu badan melihat tingkah gedik Eryna yang tidak habis-habis.
“You jangan nak mengarut, boleh tak. I ada banyak kerja lagi selain nak melayan perangai sampah you ni!” Ikmal capai tube berisi pelan projek itu lalu meninggalkan meja kerani am itu. Tadi, ingat nak guna meja itu, kerana luas. Tapi, kehadiran Eryna betul-betul membuat dia sebal.
SAID tertawa kecil melihat wajah Eryna yang sudah berubah masam mencuka bila ditinggalkan oleh Ikmal.
“Rina, you kena usaha lebih lagi kalau betul-betul nak pikat hati Ikmal. Bukan senang tahu nak dapat cinta Ikmal,” kata Said sambil berdiri di sisi Eryna.
Eryna menjeling tajam.
“Alah! Cakap macam you kenal Ikmal,” selar Eryna sebal.
Said tertawa lucu.
“You lupa ke yang I dengan Ikmal berkawan baik?” soal Said sinis.
Eryna diam seketika kemudian memandang wajah Said.
“You ada tips?”
Said sungging senyuman sinis. Terbayang wajah jelita Uyaina. Apa salahnya dia cuba gunakan Eryna.
“Ikmal dah kahwin. Tapi… I rasa you boleh cuba pikat hati dia…”
PAK! Uyaina menghempuk beg tangannya ke belakang Said. Sakit hati bertamu dalam hati. Dia tidak tahu perbualan Said dengan perempuan itu, tapi telinganya dapat menangkap dengan jelas ayat terakhir Said.
“Argh!” Said dan Eryna pusing tubuh untuk melihat gerangan yang menghempuk Said sebentar tadi.
Berubah riak wajah Said seketika.
“Aina…”
Uyaina menjongket bibir sinis. Wajah Eryna dan Said dipandang silih berganti. Jari telunjuk dituding ke wajah Said.
“Ye, aku! Kau jangan nak memandai-mandai buat rancangan nak pisahkan aku dengan Ikmal. Aku siat kau hidup-hidup!” Kata Uyaina memberi amaran keras. Pandangan mata dihala ke wajah Eryna. Jari telunjuk juga dituding ke wajah Eryna. “Dan kau… jangan berangan nak pikat suami aku. sekali aku dapat tahu, aku heret kau buang kat laut. Tak pun sungai yang ada buaya. Biar mati di makan buaya atau jerung!” sambung Uyaina keras. Usai berkata, kedua tubuh yang kelihatan tergamam itu ditinggalkan begitu saja.
‘Ada hati nak ajar orang pikat laki orang! Siap kau Said. Cukup sekali aku biarkan kau huru-harakan hidup aku. lepas ni, jangan harap!’
TUK! TUK! TUK!
“Masuk!”
Uyaina menolak daun pintu itu perlahan. Ikmal langsung tidak memandang padanya.
“Abang…”
Ikmal terdongak sesaat kemudian kembali menunduk. “Nak apa?” soalnya dingin.
Uyaina melangkah menuju kerusi yang berdepan dengan Ikmal.
“We need to talk…”
“About what?” soal Ikmal dingin. Langsung tidak memandang wajah Uyaina.
Uyaina menarik nafas sedalamnya.Yang ini dia kecila hati. Ikmal tidak pernah melayan dia sedingin itu. Kini dia tahu apa rasanya.
“About us?”
Pak! Ikmal meletak pensil yang dipegangnya itu lalu membalas pandangan Uyaina.
“Kalau nak bincang pasal kita, bukan kat pejabat. Kat rumah! Abang banyak kerja. Now, out!” tegas Ikmal.
“Tapi abang…”
“Out, Uyaina Arnia! I don’t want to talk with you now!”
Uyaina terkedu. Riak tidak percaya diberi kepada Ikmal tapi Ikmal mengabaikannya.
“Fine!” Uyaina bangun dengan kasar lalu menuju ke pintu bilik. Geram dilayan sebegitu. Tapi dia tidak boleh salahkan Ikmal. Itu semua bermula darinya.
Assalamualaikum semua. Ikmal akan jadi kejam untuk beberapa ketika. Thank you sebab tunggu update dari Eyfah. I love you guys
Share this novel