Bab 6

Romance Series 154867

~Tinta Kehidupan Uyaina~
? Bab 6

"Ayah dah takde."
Tiga ayat itu terngiang-ngiang di telinga Uyaina. Bersama tangisnya, Uyaina memecut balik ke kampung. Lapan jam perjalanan ditempuh tanpa rasa gentar dan takut. Semuanya demi mahu melihat wajah ayahnya buat kali terakhir.

Lima petang barulah Uyaina tiba di rumah. Dari jauh dia dapat melihat orang-orang kampung beransur pergi meninggalkan rumah itu. Itu menandakan jenazah sudah diselesaikan. Melihat pandangan tajam Puan Hamida,dia dapat meneka kemarahan Puan Hamida padanya.

"Ingat juga kau jalan balik," perli Puan Hamida sebaik dia turun dari kereta.

Azmal dan Arif hanya memandang sinis ke arahnya. Uyaina menyeka air mata sambil meluru ke arah Puan Hamida.

"Ampunkan Aina mak," ucap Uyaina dalam sebak. Tubuh wanita setengah abad itu cuba di rangkul namun Puan Hamida pantas mengelak dan menepis tangan Aina.

Uyaina terkesima. "Mak..."

"Tak payah nak berlakonlah. Aku tahu kau senang hati ayah kau matikan?"

Uyaina tergamam mendengar tuduhan itu. Wajaj Azmal dan Arif dipandang seketika.
"Mak... Apa mak cakap ni. Aina tak pernah fikir macam tu mak..."

"Kalau kau tak fikir macam tu,kenapa kau tak balik selama ni? Kau tunggu ayah kau mati baru balik. Kenapa?"

Puan Hamida menunjal-nunjal dahi Uyaina kasar kerana sakit hati.Terbayang wajah kecewa arwah suaminya sewaktu mendengar jawapan Uyaina tempoh hari. Dia juga ikut sakit hati bila dengar jawapan selamba Uyaina. Konon-konon tak dapat balik kerana order customer berlambak.

"Kau pergilah balik Kl. Akupun dah tak hadap nak tengok muka kau. Kau nak sangat duduk Kl kan? Pergilah. Tak payah balik dah kat sini. Tak payah kisah tentang kami. Kami boleh hidup tanpa kau."

Usai berkata, Puan Hamida bergegas masuk ke dalam di ikuti Azmal dan Arif.

Pang! Berdentum bunyi pintu rumah itu di tutup oleh Puan Hamida.

Uyaina terduduk lesu di atas simen bersama air mata yang mengalir hiba. Baru saja balik, sudah dihalau pergi. Apa salah dia? Kalau sebab dia tak balik, Puan Hamida sendiri yang letakkan syarat jangan balik selagi tidak berjaya. Sekarang dia sudah balik,di marah pula. Seolah dia sentiasa salah di mata Puan Hamida. Sedangkan kedua Azmal dan Arif sentiasa dapat kelebihan yang mereka mahukan.

Kubur dituju Uyaiana bersama tangisan yang mengiringi setiap langkah dan helaan nafasnya. Lemah saja langkahnya.

"Aina..." Entah dari mana datangnya Said yang tiba-tiba menegur dengan suara lembut.

Uyaina menoleh tanpa perasaan. Air mata yang merembes di biarkan mengalir tanpa ada rasa mahu menyekanya.

Said melangkah mengiringi langkah Uyaina sambil mata melirik wajah Uyaina yang suram dan menghibakan.Dari tadi dia lihat Uyaina berjalan sambil menangis. Hati terpanggil untuk menegur gadis itu.

"Aina tak tahu apa salah Aina. Dulu nak pergi Kl,mak suruh jangan balik selagi tak berjaya. Sekarang dah balik, mak halau balik. Apa salah Aina yang sebenar abang. Dari kecil mak layan Aina macam ni." Tanpa sedar Uyaina merintih pilu.

Said jeda. Dia sendiri tak tahu apa sebenarnya punca Puan Hamida melayan anak sendiri begitu. Anak gadis pulak tu. Nak kata anak angkat,rasanya bukan. Wajah Uyaian juga seiras Arif. Bezanya Arif lelaki.

"Entahlah Aina. Abangpun tak faham perangai mak Aina tu. Ni Aina nak ke mana ni? Abang temankan?"

Uyaina berhenti lalu memandang Said. Kenapa lelaki itu sibuk sangat dengan dirinya sedangkan dia sudah punya isteri. Tak sedarkah lelaki itu yang dia sedang melukakan hati Uyaina.

"Tak payahlah abang nak kisah tentang Aina. Abang pergilah balik. Jaga isteri kesayangan abang tu. Aina ni bukannya siapa-siapa abang." Uyaian menjawab dengan nada jauh hati.

Said berdecit. "Abang kisah sebab Aina adik abang,"

Uyaina memandang ke sisi. "Kalau abang nak tau, Aina tak pernah anggap abang ni abang Aina."

Berkerut dahi Said.

"Dahlah abang. Pergilah balik. Kalau orang kampung nampak, Aina juga yang disalahkan. Aina juga yang tak baik. Aina juga yang jahat." Uyaina terus membelok ke arah kubur tanpa menoleh lagi.

Said hanya mampu menghantar pemergian Uyaina dengan hati yang penuh dengan tanya.Perlahan dia melangkah mengekori Uyaina dari belakang tanpa Uyaina sedar. Dari jarak beberapa meter, dia dapat lihat Uyaina menangis meratap di tepi kubur ayahnya. Sangat meruntun hati.

Langkah dilajukan untuk menghampiri tubuh Uyaina.

"Ayah ... Aina minta maaf ayah. Aina tam sengaja." Rintihan Uyaina semakin jelas kedengaran di pendengaran Said. Terbit keluhan kecil di celah bibir Said bila melihat gelagat adik sepupunya itu.

"Aina... tak baik meratap di sini. Nanti ayah Aina sedih." Said menyentuh bahu Uyaina lembut.

Uyaina berdecit kasar. Wajah di dongakkan mencari wajah Said.

"Abang tak payahlah kisah pasal Aina. Pergilah balik. Biar Aina sendiri kat sini." Sekali lagi Uyaina menghalau Said.

Said merendahkan tubuhnya lantas memaut tubuh Uyaina."Patutnya Aina sedekahkan al fatihah. Baca yasin. Buka. Sedekahkan tangisan. Tak tenang roh arwah nanti."

Uyaina tidak peduli. Malah tangan Said turut ditepis kasar. Dia hanya mahu melayan tangisnya.

Said akhirnya mengambil keputusan untuk membiarkan Uyaina melayan perasaannya di situ. Sambil itu,dia memerhati sekeliling. Suasana yang semakin malap,buat bulu tengkuknya terpacak.

"Aina... Dah lah tu. Balik jom. Tak baik lama-lama kat sini senja-senja ni," ajak Said perlahan.

"Abang pergilah balik. Aina nak teman ayah. Ayah takde teman."

Terpacak juga bulu tengkuk Said bila mendengar kata-kata Uyaina itu. Gila nak bermalam kat kubur. Tak pernah di buat orang Uyaina.

"Jangan nak buang tebiat Uyaina. Tak pernah dibuat orang bermalam kat kubur ni,"

"Biarlah Aina buat. Lagipun Aina nak ke mana? Balik rumah mak, sah-sah mak halau,"

Said berdecit. "Rumah abanglah."

"Tak nak!"

Hish! Degil. Gerutu Said. Jalan terakhirnya, dia membongkokkan tubuhnya lalu menyauk tubuh Uyaina yang sedang duduk bersimpuh di tepi Kubur.Semuanya kerana bulu tengkuk yang semakin tegak berdiri. Seram! Nak maghrib pulak tu.

Baru Uyaina nak menjerit, Said memintas.

"Syhhh... Abang campak Aina kat bawah nanti. Sape suh! Degil! Dari dulu tak berubah. Lap air mata tu. Ingat elok ke menangis macam tu tepi kubur. Kesian kat ayah. Mesti dia tambah sedih. Dah lah tak sempat jumpa anak perempuan kesayangan dia,kena pula menghadap anak dia menangis. Kalau tak kesian,nangislah!"

Uyaina mencebik sambil menyeka air mata yang merembes. "Turunkan Aina. Nanti orang nampak,"

Said selamba menjatuhkan tubuh Uyaina tanpa memikirkan akibatnya.

Buk!

"Aw..."

"Padan muka. Jangan berangan nak duduk sini. Jom balik. Kalau mak Aina tak nak Aina balik rumah, balik rumah mak abang. Mak abang tak pernah halang anak sedara dia datang bermalam kat rumah. Aina je jual mahal." Panjang lebar kata-kata Said khas untuk Uyaina.

"Tapi abang, Aina malu."

Terbuntang mata Said mendengar perkataan itu. Wajah Uyaina dipandang seketika.

"Malu konon. Pigidah!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience