BUK! Tepat pada sasaran.
Said terbongkok menahan sakit sebaik tumbukan padu Ikmal singgah di perutnya. Wajah didongakkan mencari wajah Ikmal. Telefon yang tadi digodeknya, hilang entah ke mana.
“Kau dah gila ke?!” soal Said separuh bertempik.
Ikmal tarik bibir senget sambil berdiri tegak di hadapannya. Tidak dihirau mata-mata yang melihat mereka ketika itu. Telefon Said yang jatuh di atas lantai, dicapai kasar.
“Kau yang buat aku gila!” balas Ikmal sinis. Jari jemari laju menggodek telefon Said. Mencari di mana letaknya gambar Uyaina yang di simpan Said. Bibir diherot sinis sebaik menemuinya. Sekali tekan, terus pilih padam. Habis terpadam semua gambar di dalam folder itu. Wajah Said dipandang sinis.
“Aku dah padam gambar Aina. Sekali lagi kau usik isteri aku, aku tak akan teragak-agak saman kau. Aku ada banyak bukti tentang kau, Said. Jangan rosakkan masa depan kau hanya kerana mahu memiliki apa yang sudah jadi hak milik aku. sampai mati pun, aku tak akan biarkan. Kau faham maksud aku kan?” Ikmal jongket kening sinis. Telefon Said dilempar ke dinding bata. Habis pecah skrin telefon itu. Tapi dia tidak kisah.
“Kalau kau nak phone baru, aku boleh belikan. Tapi jangan berangan nak kacau Aina lagi!” sambung Ikmal keras lalu mengatur langkah meninggalkan Said di situ.
Said mendengus geram. Ikmal langsung tidak beri peluang padanya untuk berkata apa-apa. Bibir ditarik senget. Sampai mati pun, dia tidak akan mengalah untuk dapatkan Uyaina. Kalau dia tidak dapat Uyaina, Ikmal juga tidak boleh memiliki Uyaina Arnia.
PANG! Uyaina terteleng seketika. Entah telapak tangan siapa yang berani singgah di pipinya pagi-pagi itu. Perlahan dia alih pandang ke empunya tubuh.
“Syamira?”
Syamira herot bibir senget. Kening dijongket sekilas.
“Yes. Aku. kenapa? Terkejut?”
“Apa masalah kau ni? Datang-datang, pukul orang?!” Uyaina bertempik sakit hati. Tubuh ditegakkan menghadap Syamira.
Syamira mendengus tawa. Jari telunjuk dihala tepat ke wajah Uyaina.
“Kau yang bermasalah. Kenapa banyak-banyak lelaki, Said juga yang kau nak goda? Hah?” soal Syamira kasar.
Uyaina mendengus tawa sinis. Kepala digeleng berkali-kali. Tak sangka Syamira boleh sampai ke situ semata-mata mahu timbulkan isu Said. Tangan Syamira ditepis kasar. Mata tajam menikam wajah Syamira.
“Kau ingat, Said tu handsome sangat ke sampai aku nak goda dia? Kau sendiri tahu yang au dah kahwin kan? Kau ingat aku takde maruah diri ke sampai nak goda suami orang?”
Syamira tertawa sinis.
“Siapa tahu kau nak kahwin balik dengan dia. Maklumlah. Cinta pertama kau kan?” Siap tayang muka sinis.
Uyaina ketap bibir kuat. Hati meronta geram. Sakit hati bertamu. Dia tidak suka kisah lalunya di ungkit. Apatah lagi berkaitan dengan lelaki yang tidak berguna itu. Spontan tangan merentap rambut Syamira yang diikat ekor kuda itu.
“How dare you…” Uyaina tidak menghiraukan pandangan orang yang lalu lalang.
“Argh!” Syamira menjerit kesakitan. Cuba melepaskan rambutnya yang sudah ditarik Uyaina. “Lepaslah setan!”
Kemarahan Uyaina makin menggunung bila dengar perkataan ‘setan’ yang keluar dari bibir Syamira. Geram punya pasal, Uyaina mengheret Syamira keluar dari bangunan itu dengan menarik rambut Syamira.
Kerana tidak dapat menahan kesakitan, Syamira terpaksa menurut setiap pergerakan Uyaina.
“Kau cakap aku setan kan? Sini aku tunjuk kau macam mana rupa setan yang sebenar.” Hilang rasa belas kasihan Uyaina bila Syamira terlebih dahulu menyerangnya angkara lelaki bernama Said. Keluar dari bangunan itu, Uyaina melepaskan rambut Syamira lalu menolak tubuh Syamira membuatkan Syamira terjelopok jatuh ke lantai. Tepat di kaki seseorang.
“Kalau kau datang sini sebab nak tuduh aku rampas Said dari kau, baik tak payah. Sikitpun aku tak berminat dengan suami kau.”
“Syamira, Aina?”
Serentak mereka memandang ke suara itu. Said terpacak di hadapan bangunan itu bersama wajah yang penuh tanda tanya.
Uyaina herot bibir sinis. Syamira yang bersusah payah untuk bangun itu dipandang sekilas sebelum mata difokuskan ke wajah Said.
“Kau ambil balik isteri kau yang kurang ajar ni. Pastikan kamu berdua jangan datang lagi. Kalau tak, aku buat report!”
Usai habiskan ayat, Uyaina pusing tubuh untuk masuk kembali. Puas hati bila dapat membalas apa yang Syamira lakukan
Assalamualaikum guys . Happy reading. Sorry Lambat
Share this novel