Bab 1

Romance Series 154867

~Tinta kehidupan Uyaina~
Bab 1

BUKU diari itu ditutup perlahan. Uyaina pejam rapat matanya sambil memeluk erat buku diari itu. Coretan isi hatinya lima tahun lepas yang masih dia simpan rapi. Sehingga kini, dia masih tak kembali di kampung halaman. Semua demi kotakan janji pada Puan Hamida.

"Beb... kau tak tidur lagi?" Harlina menjenguk kepala ke dalam biliknya.

Uyaina menoleh.Segaris senyum ikhlas buat Harlina."Aku tak boleh tidur,"

Harlina menapak masuk dalam bilik sahabatnya itu. Rakan seperjuangan nya tika susah dan senang. Sehinggalah mereka bergelar usahawan dalam bidang produk kosmetik.Bukanlah segah mana, tapi mampu menampung hidup mereka berdua.Siapa sangka produk jenama mereka berdua mampu seiring naik dalam masa dua tahun saja.

"Kau rindu mak kau?"Harlina melabuh duduk di sisi Uyaina.

Uyaina menunduk sebak. Sebut tentang mak, dia jadi keliru. Siapa sebenarnya dia dalam hidup Puan Hamida.Tak pernah sekalipun ahli keluarganya menghubungi dia dalam lima tahun ini. Hanya dia terhegeh-hegeh bertanya khabar. Itupun,mereka seolah tak sudi berkongsi khabar dengannya.

"Aku nak balik. Tapi... Aku tak pasti kalau kepulangan aku dinantikan.Takut pula kalau sampai, kena halau,"

Harlina hela nafas berat. Dia tahu apa yang Uyaina rasa. Dia juga anak yatim.Tak ade siapa yang dia tunggu atau menunggu dia. Bezanya, Uyaina ada mak abah. Ada adik beradik. Cumanya, tak tahu di mana silapnya. Uyaina seolah tak diperlukan dalam hidup mereka.

"Aku yakin keluarga kau sentiasa tunggu kau. Tak mungkinlah diorang nak lupakan keluarga sendiri. Lagipun kau dah berjaya. Kau dah buktikan yang kau boleh."

Uyaina tarik nafas dalam. Wajah Harlina dipandang sejenak.Kalau betul apa yant Harlina kata,dialah orang yang paling bersyukur.

BUNYI mesej yang berderu masuk, buat Uyaina sedikit kelam kabut. Parcel customer yang tersusun di tepi dinding, dipandang sekilas.

"Mana abang posmen ni. Dah sehari suntuk tunggi,tapi tak juga mari-mari." Sempat juga telingan menangkap rungutan Harlina. Mahu tak marah. Hampir dua ratus parcel belum keluar-keluar. Sepatutnya awal pagi lagi dah pos. "Tahu macam ni, baik hantar J&T ke,Dhl ke," sambung Harlina lagi tanpa memandang Uyaina.

Uyaina sungging senyum. Dia bangkit dari meja kerjanya lalu membawa langkah ke bakul yang tersusun di tepi parcel. Satu persatu parcel itu disusun masuk dalam bakul.

"Tak baik merungut. Allah tak suka. Kita hantar je parcel ni pergi pos laju. Bukannya susahpun. Next tima kita guna parcel J&T.Cian customer menunggu," kata Uyaina lembut.

Harlina cebik bibir. "Macamlah kau tak pernah merungut. Selama ni, kau lah paling rajin merungut,"

Uyaina gelak.Ya, sebelum ni dialah paling rajin merungut.Habis dibebelnya Harlina.

"Itu dua tahun lepas,"

"Banyaklah kau punya dua tahun lepas. Baru semalam-semalam aku dengar kau bebel kat abang posmen kacak tu. Sib baik kacak. Kalau tak, memang kau dah mengamukkan,"

Uyaina ternganga. Laju matanya memandang Harlina yang sibuk membungkus parcel.Aduh! Boleh pula Harlina ingat insiden dia membebel kat abang pos laju tu. Waktu tu memanglah marah. Dah jak lapan malam baru dia mari ambil parcel. Sape tak mengamuk.Tapi merungut dengan bebel tu bukan ke berbeza.

"Bebel dengan merungut tak sama lah Har. Kau ni..."

Harlina jeda. Pandangan mereka bertemu sejenak."Tak sama erkh? Ingatkan sama. Hahaha..."

Tergeleng Uyaina dibuatnya.Harlina ni...

MYVI LE yang dipandu Uyaina itu berhenti dihadapan pos laju. Nak pos barang. Harlina sanggup tunggu di rumah. Malas nak jalan katanya. Dasar pemalas!

Satu persatu bakul berisi parcel yang hendak dipos itu dikeluarkan dari dalam kereta.Selesai saja, Uyaina garu kepala.

"Banyak pulak! Macam mana nak angkat masuk ni?" Dia pandang satu persatu bakul itu lalu memandang pintu pos laju yang tertutup rapat.Lama juga dia berdiri di situ.

Ehem!

Spontan Uyaina pandang kiri.

Gulp! Tak semena-mena matanya bertaut pada sepasang mata yang pernah menghias hatinya.

"Abang?"

Said tilik Uyaina dari atas ke bawah. Dari tadi dia perhati Uyaina. Takut salah orang. Rasa macam Uyaina dah terlebih cantik sekarang. Tak macam dulu.

"KENAPA menghilangkan diri? Majlis kahwin abangpun tak datang." Said tatap wajah Uyaina sambil tangannya mengacau minuman dihadapannya.

Dia sengaja mengajak Uyaina untuk minum bersamanya. Mahu mengorek rahsia yang Uyaina pendam selama ini.Lima tahun Uyaina menghilang dari semua, buat rasa ingin tahu membuak-buak.

Uyaina kalut sejenak mendengar soalan itu.Dia tak sangka yang dia akan bertemu dengan lelaki itu.

"Aina sibuk," jawabnya ringkas.

"Dah ada boyfriend?"

Hampir tersedak Uyaina mendengar soalan itu. Laju matanya dilarikan dari tatapan lelaki itu. Boyfriend? Dia mana reti bergaul dengan lelaki. Said ajelah lelaki yang pernah datang dalam hidupnya.

"Ada. Ramai." Uyaina menjawab acuh tak acuh.

Said kerut dahi. Sikap Uyaina yang tak teruja dengan pertemuan mereka itu menarik perhatiannya. Kalau dulu, Uyaina lah paling teruja bila jumpa dia.

"Aina jauh berubah,"komen Said lembut

"Kita perlu berubah untuk masa depan," balas Uyaina. Tiada senyuman untuk lelaki itu.

"Tapi Aina sekarang bukan macam adik abang yang dulu,"

"Aina memang bukan adik abang. Bukan adik kepada sesiapapun,"

Said tersentak. Nada suara Uyaina sudah berubah dingin.Apa sebenarnya yang buat Uyaina berubah seperti itu.

"Apa sebenarnya masalah Aina sampai perlu hilangkan diri dari semua orang?"

"Kita tak perlu muncul dikalangan manusia yang tak perlukan kita,"

Said semakin keliru. Ada nada rajuk dihujung kata Uyaina.

"Aina merajuk dengan semua orang ke?"

"Tak perlu merajuk. Tak de orang nak pujukpun. Jauh sekali nak peduli," balas Uyaina sambil bangun. Beg tangannya ditarik kasar lalu pergi meninggalkan Said sendiri di situ.

#tintakehidupanuyaina #shareje #eyfahzakirin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience