BAB 61

Romance Series 154867

“WHAT? Kau bantai isteri Said?” soal Harlina bersama mata yang sudah terbeliak.
Uyaina angguk sambil tersengih.
“Dia yang mula dulu. So, aku habiskan dengan cara aku,” balas Uyaina.
Harlina tepuk dahi perlahan. Kepala tergeleng sekali.
“Kau memang gila Aina,”
Uyaina tergelak kecil.
“Aku akan tambah gila kalau pasangan tu terus ganggu hidup aku,” balas Uyaina selamba.
Harlina menggeleng lagi. Wajah Uyaina ditilik sekejap.
“Sejak bila kau takde perasaan ni?” soal Harlina sambil jongket kening tanda mengejek.
“Sejak aku tahu apa ertinya terluka dan menderita,” balas Uyaina tanpa menghiraukan riak wajah mengejek Harlina.
Harlina tersenyum. Bahu Uyaina dipeluk mesra.
“Aku bangga dengan kau. Setelah sekian lama, akhirnya kau berjaya jadi seorang wanita yang teguh dan tabah,” puji Harlina. “Jom lunch. Aku belanja,” ajak Harlina.
Uyaina ceber bibir sambil menilik tubuh Harlina.
“Bila kau nak kahwin?” soal Uyaina tanpa menjawab ajakan sahabatnya.
Berubah cemberut wajah Harlina mendengar soalan itu. Tangan ditarik dan bahu Uyaina ditunjal lembut.
“Banyak-banyak soalan, itu juga soalan yang kau tanya kat aku kan?”
Uyaina tergelak kuat. Tahu sangat yang Harlina memang suka mengelak soalan macam itu.
“Mestilah aku tanya. Aku dah dua kali kahwin. Kau masih juga single,” tempelak Uyaina sebal.
“Aku tak nak kahwin. Aku nak jaga mak aku. Dia perlu kan aku,” ujar Harlina malas.
Uyaina cebik bibir. “Macamlah kau tak boleh jaga mak kau kalau kau dah kahwin,”
Harlina diam sesaat. Wajah Uyaina dipandang tanpa kerlipan.
“Jauh bezanya dah kahwin dengan bujang Aina. Kalau aku kahwin, aku tak tahu lagi bakal suami aku macam mana. Mahunya aku dapat laki tak guna macam Said, macam mana aku nak jaga mak aku,”
“Tak semua lelaki macam tu,” bidas Uyaina lembut.
Harlina diam. Memang tidak semua lelaki seperti itu. Tapi,dia masih takut. Apatah lagi selepas melihat apa yang Uyaina lalui selama ini.

“AKU tak tahulah kenapa Said tu tergila-gila sangat dekat Uyaina. Banyak-banyak perempuan, Uyaina juga yang dia nak. Si sundal tu pulak, banggalah. Mentang-mentang, Said kejar-kejar…”
Langkah Uyaina dan Harlina terhenti saat telinga menangkap suara yang menyebut nama Uyaina dan Said dari arah kiri. Lantas kedua berpandangan lalu mengalih pandang ke suara itu.
“Syamira,” bisik Uyaina sambil ketap bibir. Perempuan di hadapan Syamira dipandang. Tidak dikenali.
“Kau kenal?” tanya Harlina separuh berbisik di telinga Uyaina.
“Isteri Said,” balas Uyaina. Juga separuh berbisik. “Berani dia kutuk aku. Siap gelar aku si sundal?” Uyaina jongket kening sambil dengus tawa.
Tanpa menunggu lama, Uyaina atur langkah meninggalkan Harlina, menuju ke meja yang menempatkan Syamira dan rakannya. Matanya tertumpu pada gelas berisi jus oren di tengah meja.
Sampai saja, tangan mencapai gelas itu lalu disiram ke atas kepala Syamira.
“Argh!” Terbangun Syamira menerima siraman yang tepat di atas kepalanya itu. Tubuh Uyaina yang berdiri di tepi meja merea dipandang bersama perasaan sakit hati.
Rakannya, turut terbangun dengan wajah tergamam melihat kehadiran Uyaina.
Pak! Uyaina hempas punggung gelas itu ke atas meja. Pandangan puas hati dihadiahkan kepada Syamira.
“Kau dah gila ke?!” tempik Syamira penuh sakit hati.
Uyaina tergelak sinis. Kepala digeleng perlahan bersama riak wajah mengejek.
“Ya. Aku lagi gila bila aku dengar kau gelar aku macam-macam,” balas Uyaina sinis.
Syamira ketap bibir sambil menggenggam jari jemarinya erat. Tanpa amaran, dia mengangkat tangan, mahu melayangkan penampar ke wajah Uyaina.
Uyaina dengan mudah menangkap pergelangan tangan Syamira sambil geleng kepala.
“Kau ingat aku datang tak bersedia ke?” Uyaina jongket kening sinis. “Aku bersedia lebih dari yang kau sangka.” Tangan Syamira dihempas ke bawah dan Uyaina pusing tubuh untuk pergi. Selangkah ke hadapan, Uyaina menoleh bersama pandangan sinis.
“Aku tak pernah berangan, jauh sekali nak goda laki kau. Laki kau yang sibuk ganggu hidup aku. Aku harap lepas ni, kau ambil laki kau, lipat dia jadi kepingan-kepingan kecil dan masukkan dalam beg tangan kau. Supaya dia sentiasa ada dengan kau dan tak ganggu hidup aku dengan suami aku,” kata Uyaina sinis lalu pergi.
Syamira mendengus geram.
“Argh… Setan!”

IKMAL menggeleng kepala sebaik mendengar cerita Harlina. Terkejut juga dia bila dengar cerita itu dari bibir Harlina. Tak sangka Uyaina boleh perlakukan Syamira sampai macam tu.
“Kenapa abang pandang Aina macam tu?” tanya Uyaina sambil menaip sesuatu di komputernya. Dari tadi dia perasaan renungan Ikmal padanya.
Ikmal bangun dari sofa. Harlina yang duduk dihadapan Uyaina dipandang sekilas sambil mata memberi isyarat agar Harlina berlalu.
Harlina tersengih sambil bangun.
“Babe… aku turun bawah ye.”
Uyaina mendongak sambil mencebik bibir. “Kau dah puas kutuk aku, pastu nak lari?”
Harlina tersengih lebar. Garu kepala, wajah Ikmal dipandang.
“Mana ada kutuk. Aku Cuma cerita. Lagipun, kau depan aku je. Tu bukan kutuk,” balas Harlina sambil atur langkah menuju ke pintu bilik pejabat Uyaina.
Uyaina menjongket bibir. Kejap lagi, terpaksalah dia tadah telinga untuk dengar nasihat tidak berbayar suaminya. Dia sendiri sebenarnya masih hairan kenapa dia begitu kejam menyiram Syamira dengan jus oren waktu makan tengahari tadi.
Ikmal melangkah ke belakang Uyaina dan memegang bahu Uyaina lembut.
“Kalau abang nak berceramah, Aina tak minat,” kata Uyaina memula kata.
Ikmal mengeluh kecil. Perlahan lengan Uyaina di capai dan ditarik.
“Bangun sekejap,” arah Ikmal lembut.
Uyaina berdecit. Bangun dari duduk, kerusi itu ditolak ke tepi. Tubuh dihadapkan dengan tubuh Ikmal sambil kedua tangannya disilangkan, memeluk tubuh sendiri.
Ikmal merenung wajah cemberut Uyaina. Tanpa amaran, dahi itu jadi persinggahan bibirnya. senyuman terukir di bibirnya.
“Abang tak marah pun sayang buat macam tu.” Ikmal mengusap pipi Uyaina lembut. Anak mata Uyaina dipandang seketika. “Tapi… abang tak suka bila sayang terlalu ikut perasaan,” sambung Ikmal lagi.
Uyaina berdecit. Kedua tangan dijatuhkan dan wajah Ikmal dipandang tunak.
“Aina tak suka bila ada orang kutuk Aina di belakang. Lagipun, dah sampai masanya Aina pertahankan diri Aina dari terus diperlakukan seperti manusia tiada perasaan,” ujar Uyaina lemah.
Ikmal tersenyum lagi.
“Sayang tahu tak?”
Uyaina geleng kepala. Macam mana nak tahu? Ikmal tak cakap apa-apapun.
“Biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Biar orang nak hina kita, tapi kita jangan hina orang,” ucap Ikmal lembut. Pandangan mata ditujah ke wajah Uyaina.
Uyaina mengeluh kecil.
“Aina tak tahulah sama ada abang yang baik sangat atau Aina yang dah jadi wanita kejam sekarang ni,” ulas Uyaina malas. Langkah diatur untuk menjauh dari Ikmal.
Ikmal mengeluh kecil. Pantas saja tangan mencapai jari jemari Uyaina dan menarik Uyaina kembali ke sisinya.
“Sayang terlalu baik. Lebih dari sempurna. Abang Cuma tak nak sayang rosakkan imej sayang demi dendam dan marah yang terpahat dalam hati. Semua tu tak beri makna apa-apa. Kalaupun sayang nak balas, bukan dengan cara menyakiti kembali. Menyakiti kembali, tidak beri apa-apa kebaikan untuk mana-mana pihak,” ujar Ikmal lembut seraya meraih pinggang Uyaina. Pelipis kepala Uyaina dikucup lembut.
“Abang tak suka bila sayang terluka. Abang tak suka bila sayang sakit. Abang juga tak rela kalau jadi apa-apa pada sayang,” sambung Ikmal lagi.
Uyaina tertunduk seketika. Kematangan Ikmal dalam semua perkara, mengajar dia banyak hal.
“Kalau Aina tak balas dengan cara menyakiti, cara apa lagi ada?”
Ikmal sungging senyum.
“Kasih sayang…” ucap Ikmal.
Uyaina jeda. Kasih sayang? Kadang rasa pelik.
“Tapi Aina dah bagi kasih sayang pada semua orang. Tapi Aina masih disakiti,”
Ikmal mengeratkan pelukan pada pinggang Uyaina.
“Kerana masa itu belum tiba. Trust me… bila masa itu tiba, sayanglah orang yang paling bahagia dan bersyukur. Takdir Allah itu indah sayang. Percaya cakap abang…”
Uyaina terdiam. wajah Ikmal dipandang tunak. Ketenangan bicara Ikmal menenangkan hati. Kematangan Ikmal sebagai suami dan pembimbingnya, membawa dia jauh di alam kebahagiaan dan kesyukuran. Lantas kedua tangan membalas pelukan itu.
“Terima kasih atas nasihat abang. Aina hargainya,” ucap Uyaina lembut.
“Anything for you sayang…”
Janji Ikmal untuk membawa Uyaina dalam kebahagiaan, bukan untuk terluka atau kecewa sekali lagi. Tapi untuk meniti titian bersama. menghadapi segala rintangan bersama. Dia akan pastikan kebahagiaan dan kegembiraan Uyaina terjaga ketika masih bersamanya.

ALUNAN bacaan surah Al-kahfi yang dialunkan oleh Ikmal,membuatkan Uyaina terbuai. Mata berlari di atas setiap baris ayat yang tertera pada Kitab Suci itu.
‘Sesungguhnya, bacalah surah Al-Kahfi di setiap jumaat. Nescaya kita akan terselamat dari fitnah dajjal.’
Itulah nasihat Ikmal buat Uyaina sebelum mereka memulakan bacaan itu. Tiada apa lagi yang Uyaina harap dalam hidup mereka berdua. Kehadiran Ikmal sudah cukup untuk membimbing dirinya jauh ke jalan syurga.
“Bila sayang nak pakai tudung? Buang semua pakaian yang seksi tu?” soal Ikmal ketika mereka berada di balkoni rumah. Menikmati pemandangan malam bersama.
Uyaina tertunduk malu saat mendengar soalan bernada lembut itu. betullah! Malu kerana hingga saat ini dia masih belum berubah sepenuhnya.
“Insya’Allah, bila dapat hidayah,” jawab Uyaina lambat-lambat.
Ikmal menguntum senyum. Langkah diatur mendekati Uyaina. Dia tidak berniat untuk memaksa Uyaina melaksanakan itu. Dia lebih suka memberi nasihat.
“Hidayah tu… selagi kita tak usaha, kita takkan dapat,” komen Ikmal lembut.
Uyaina diam seketika. Wajah Ikmal dipandang sekilas sambil bibir melorek senyuman malu. Tangan Ikmal dicapai lembut.
“Doakan Aina…”
Ikmal masih dengan senyumannya. Tubuh Uyaina ditarik mendekati tubuhnya.
“Sayang sentiasa dalam doa abang,” ujar Ikmal penuh kasih sayang. Tanpa amaran, tangan kanannya singgah ke perut Uyaina bersama pandangan nakal. “Bila nak bagi abang baby?” soal Ikmal mengusik.
Uyaina berdecit sambil menepis tangan itu. Hati sedikit berdebar. Terbayang pil perancang yang dibeli beberapa bulan lalu. Namun, dia tidak sampai hati memakan pil itu. Takut Ikmal tahu nanti, kecil hati. Dia tidak sanggup mengecewakan hati lelaki itu.
“Insya’Allah ada rezeki, adalah…”
Ikmal meraih Uyaina dalam pelukan. Dia tidak kisah tentang itu. betul kata Uyaina. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau tiada, dia tak kisah pun. Asalkan Uyaina kekal bersamanya.
“Kita usaha sama-sama,” kata Ikmal spontan tunduk dan mencempung Uyaina.
Terjerit Uyaina dengan tindakan suaminya itu.
“Abang! Nak ke mana ni?” soal Uyaina sambil melingkarkan kedua lengannya ke leher Ikmal.
Ikmal mengukir senyuman nakal. “Nak usaha buat baby,”
Membahang wajah Uyaina mendengar kata-kata Ikmal. Bibir diketap kuat. Biarpun mereka sudah lama bergelar suami isteri, tapi dia masih malu kalau isu itu ditimbulkan.

Assalamualaikum guys kita buat sesi bantai membantai dulu ye. Ready untuk sesi kecewa esok. terima kasih guysss

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience