EPILOG

Romance Series 154867

LINGKARAN tangan Ikmal membuatkan Uyaina rasa rimas. Tapi disabarkan hati sehinggalah tangisan Nurhayani memecah kesunyian pagi.
"Abang! Baby dah nangis tu. Baik abang lepas kalau tak nak jaga Hayani sampai pagi," kata Uyaina sambil menampar lengan Ikmal.
"Hmmm...." Ikmal melepaskan pelukannya malas. "Sejak Hayani ada ni, sayang dah tak kisahkan abang kan?" soal Ikmal separuh merajuk.
Terangkat kening Uyaina mendengar bicara bernada merajuk itu. Pantas dia bangun dan menghadap tubuh Ikmal.
"Merajuk ke?" soal Uyaina separuh mengusik. "Tak padan dengan dah jadi bapa, masih nak merajuk," sambung Uyaina sambil mencubi pipi Ikmal kuat.
"Argh!!!" Ikmal menjerit sambil menepis cubitan Uyaina. "Sakitlah sayang..." rengek Ikmal manja.
Berdiri bulu tengkuk Uyaina. Jelingan lipat diberi kepada Ikmal.
"Mengada," kata Uyaina, lalu bangun dan pantas mendapatkan Nurhayani yang sudah memekak menangis. Lantak Ikmal lah.
Melihat Uyaina yang sudah bangun mendapatkan anak mereka, bibir Ikmal terus melorek senyuman bahagia. Melihat Uyaina yang kelam kabut dek mahu menguruskan anak, dia bahagia.
Dia ikut bangun dan mengekori Uyaina dari belakang.
"Baby nak apa?" tanya Ikmal mendekati Uyaina yang sudah mengambil Nurhayani dari babycot.
Uyaina menoleh sekilas sambil melabuhkan duduk di sebelah babycot.
"Nak susu lah. Apa lagi dia nak."
Ikmal tersenyum dan berhenti melangkah sebaik tiba di sisi Uyaina. Lengannya melingkari bahu Uyaina. Wajah Nurhayani jadi tatapan mereka. Penuh dengan kasih sayang.

Uyaina tersenyum sambil menutup diari hatinya. Di muka buku tertulis ayat 'Tinta kehidupan Uyaina.'
Ya, semua kejadian manis dan pahit ada dicoretkan di dalam buku itu. Setiap kali dia marah atau sakit hati, dia akan membuka buku itu dan membaca kenangan pahit dan manis yang pernah terjadi dalam hidupnya. Banyak pengajaran yang dia sematkan dalam buku itu sebagai panduan.
"Baca apa sayang?" Ikmal seperti biasa memeluk Uyaina dari belakang.
Uyaina tergelak kecil. Tahu betul Ikmal di mana dia suka bersembunyi.
"Baby dah tidur?" tanya Uyaina lembut sambil mendongak memandang wajah Ikmal.
Ikmal mengangguk sambil menarik tangan Uyaina agar berdiri menghadapnya.
Uyaina berdiri dan menolak kerusi itu ke tepi dengan kaki. Pandangan mata dihala ke mata Ikmal.
Bertaut pandang seketika, debaran kembali membadai dada. Laju Uyaina tundukkan kembali wajah.
Ikmal tersenyum. Sudah masak dengan sikap pemalu Uyaina itu. Pantas saja dia menarik tubuh Uyaina ke dalam pelukan. Erat dan penuh cinta.
"Terima kasih Uyaina. Terima kasih untuk cinta dan kasih sayang yang Aina berikan kepada abang," ucap Ikmal ikhlas.
Uyaina tersenyum lagi dan mendongak memandang wajah suaminya.
"Terima kasih abang. Terima kasih kerana tidak pernah putus asa mendidik Aina. Terima kasih kerana menjadi suami yang baik dan menerima kekurangan Aina," ucap Uyaina lembut.
Ikmal tersenyum dan mengangguk perlahan. Memiliki Uyaina dalam hidupnya adalah satu perkara yang terindah dalam hidupnya.
"I miss you and I love you wifey..."
"Me too..."

~TAMAT~

Kehidupan penuh dengan makna tersirat. Di mana kesudahan? Hanya Dia yang mengetahui. Bahagia atau tidak, pilihan kita tapi kadangkala pilihan kita tidak memberikan apa yang kita harapkan. Kerana ada perancangan lebih rapi Darinya.

Ampun dan maaf dari Eyfah. Sekiranya terlalu lama membiarkan cerita ini tanpa kesudahan. Eyfah terlalu sibuk dengan ebook dan manuskrip tertangguh. Alhamdulillah tamat juga. Semoga ada pengajaran untuk kalian dalam cerita ini. Pengajaran Eyfah dapat, jangan tangguhkan cerita. Salam sayang.

Share this novel

Zai Zai
2024-09-12 17:31:47 

best sangat


NovelPlus Premium

The best ads free experience