Prolog 2

Romance Series 154867

~Tinta Kehidupan Uyaina~
Prolog 2

Uyaina berdiri tidak jauh dihadapan rumah mak ngah Siah.Majlis yang berlangsung sekarang betul-betul merobek hatinya.Lelaki yang dicinta dalam diam, bertunang dengan gadis lain.

"Eh! Kenapa tak masuk," tegur Syamel, anak mak long yang seusia dengannya.

Uyaina melakar senyum. Hambar dan kecewa. Perlahan kepalanya digeleng sambil dia memusing tubuh untuk pergi. Kalau boleh, dia tidak mahu lagi di lihat oleh Said.

Lelaki itu pergi tanpa bilang padanya. Dan kembali bersama bakal isterinya. Terluka? Sangat terluka. Tiada satupun yang faham kehendak hatinya.Kata-kata abangnya Azmal dan Puan Hamida masih kekal dapam fikirannya hingga kini.

"Kau ingat Said tu nak kat kau ke?Muka tak lawa, ada hati nak kat laki handsome tu," cemuh Azmal.

Uyaina tahan rasa. Dijeling Azmal yang sedang tersenyum mengejek.

"Udah-udahlah tu Aina. Said tu layak dapat perempuan lebih lawa dari kamu.Kamu tu ada apa. Spm tahun lepas pun gagal. Tak malu ke?" Giliran Puan Hamida mencemuh dengan pandangan mengejek.

"Mak memang tak pernah nak sokong Aina kan? Asyik abang dengan Arif aje mak jaga.Aina bukan anak mak ke?"

Puam Hamida mendengus tawa. Lain dikata, lain pula soalan anaknya itu."Apa kaitan Said dengan hubungan kita?"

"Tak ade mak."

"Dah tu... kenapa timbulkan isu lain?"

Azmal tayang muka bosan. "Minta simpatilah tu mak,"

Uyaina merengus kasar. Wajah abangnya dipandang tajam.Azmal tak pernah melayan dirinya seperti adik. Dia teringin nak rasa kasih sayang abang nya sebagai mana yang lain rasa.

Terbit keluhan kecil dibibirnya. Dia membawa langkahnya ke tepi bendang. Tempat dia dan Said selalu melepak satu ketika dahulu.

"KENAPA tak datang majlis abang?"

Uyaina yang leka mengelamun, tersentak.Laju pandangannya ditoleh ke belakang.Tepat di wajah lelaki yang dirindunya.

Said sedang berdiri sambil kedua tangannya dimasuk ke dalam kocek seluar slacknya.Pandangannya tepat ke wajah Uyaina.

Uyaina ketap bibir.Matanya dilarikan dari terus bertentangan dengan mata lelaki itu."Abang buat apa kat sini. Kan ke abang patutnya..."

"Abang tanya kenapa tak datang! Bukan itu yang abang nak dengar," pintas Said lalu mengambil tempat di samping Uyaina.Wajah Uyaina ditenung sedalamnya.

Uyaina tarik nafas sedalamnya.Nak bagitahu apa? Takkan nak bagitahu yang dia kecewa? Sah-sah digelakkan.

"Aina ada kerja tadi," dalih Uyaina.

Said mengeluh. "Bukan Aina marahkan abang?"

Laju Uyaina geleng. "Kenapa nak marah?"

"Yelah... Abang pergi Kl tak jumpa Aina dulu.Lepas tu abang tak telefon. Mesti Aina marahkan," teka Said.Dia sendiri rasa bersalah bila dia langsung tak hubungi adik sepupunya itu. Tapi nak buat macam mana. Dah dia sibuk.Kuliah, program kampus dan sekarang sibuk pula dengan kerja.

Uyaina tertawa kecil.Kedengaran sinis di pendengaran Said.

"Siapalah Aina ni kan. Sampai nak kena jumpa, call.Takpe... Aina faham," kata Uyaina. Ada rajuk dihujung nada suaranya. Wajahnya juga suram menggambarkan perasaannya ketika itu.

Said mengeluh kecil. Dikerling wajah Uyaina yang suram itu.Dari nada suarapun,dia tahu Uyaina merajuk.

"Abang minta maaf,"

MENYIRAP darah Puan Hamida bila tiba-tiba Uyaina nyatakan hasratnya untuk berhijrah ke Kuala Lumpur.Pandangannya tajam menikam tubuh Uyaina yang sibuk melipat pakaian mereka.

"Kamu buang tebiat ke? Umur baru setahun jagung, ada hati nak pergi kl."

Uyaina mendengus kasar."Mak,Uyaina nak sambung belajar mak,"

Puan Hamida menjegilkan biji matanya. "Sambung belajar amendenya? Spmpun kamu gagal. Ada ke yang nak terima kamu?"

"Aina tak gagallah mak. Bi dengan math je tak credit. Gagal tu G." Uyaina membantah tanggapan Puan Hamida terhadap keputusan Spmya.

"Jadi... apa bezanya gagal dengan tak kredit?" soal puan Hamida tak puas hati.Geram pula hati bila Uyaina asyik melawan katanya.

"Ada bezanya," celah Arif buat Uyaina berkerut dahi. Rasanya ini kali pertama Arif bersuara bagi pihak dirinya. Selalu,dia saja yang pertahankan dirinya. Kecuali abahnya balik.

Puan Hamida memandang Arif dengan pandangan kurang senang.Dia tak suka ada yang membela Uyaina."yang kamu sibuk kat sini buat apa? Kata nak main bola. Pergilah main,"

Arif tayang senyuman.Wajah Uyaina dilirik sekilas."Sesekali, mak kena juga jaga hati Aina. Bukan asyik nak cari salah Aina.Asyik abang je mak lebihkan. Kesian Aina.Aina anak mak juga."

Puan Hamida terkaku. Wajahnya berubah serta merta.Perlahan matanya beralih ke wajah Uyaina yang kelihatan terkejut mendengar kata-kata adiknya itu.

Ya,dari dulu apa saja Uyaina buat,tak kena di matanya. Baginya, Uyaina tak perlu habiskan duit untuk bersekolah. Kerana perempuan seperti mereka hanya duduk di dapur saja. Buat kerja rumah. Membasuh kain dan sediakan makan pakai keluarga. Sebab itu dia membantah keras bila Uyaina mahu turut serta dalam apa juga aktiviti sekolahnya.

"Mak izinkan kamu pergi. Tapi jangan balik kalau tak berjaya.Mak nak kamu buktikan anggapan mak pada kamu selama ini salah,"

Kata-kata itu seakan pembakar semangat buat Uyaina.Dalam kecewa melayan perasaan tentang Said,dia dapat semangat baru untuk membuktikan kemampuan dirinya. Ya! Dia akan kembali sebagai seorang insan yang berjaya dan berguna untuk semua. Dan paling penting,dia tak akan cenggeng lagi!

#tintakehidupanuyaina #shareje #eyfahzakirin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience