UYAINA atur langkah masuk ke dalam pejabat Ikmal. Senyuman terukir lebar khas buat pekerja yang sedang memandang dirinya dengan pandangan kagum. Tatkala menoleh ke kiri, langkah kakinya terhenti seketika sebaik pandangan mata bertaut dengan Said yang entah datang dari mana. Ketap bibir, kembali atur langkah bersama wajah yang sedikit angkuh dan sinis. Dia mahu Said tahu yang dia sangat bahagia dengan Ikmal. Kalau boleh satu dunia. Bukan setakat Said.
Said terpaku sesaat, serentak langkah terhenti. Tubuh Uyaina yang sudah menghampiri tubuhnya membuatkan dirinya terbuai seketika. Saat bibir mengukir senyum, Uyaina menghadiahkan pandangan sinis tanpa senyuman. Bagaikan Uyaina sedang membisikkan kata ejekan buatnya kerana menceraikan Uyaina satu ketika dahulu.
“Sayang…”
Kali ini Said terkejut. Suara itu betul-betul di belakangnya. Pantas dia menoleh ke belakang. Ikmal sedang berdiri di hadapan biliknya menanti kehadiran Uyaina bersama senyuman manis.
“Abang… jom lunch,” ajak Uyaina lembut sambil melintasi tubuh Said. Lengan Ikmal dipaut manja.
Ikmal sungging senyum. Tubuh Said yang kaku di hadapannya itu, dipandang sekilas.
“Jom sayang. Nak makan apa hari ni?” tanya Ikmal sambil meraih pinggang Uyaina dan mencium pelipis kepala Uyaina tanpa mempedulikan sekeliling mereka.
Membahang juga wajah Uyaina. Tapi, untuk sakitkan hati Said, dia tidak kisah.
“Kita balik rumah lah. Sayang masak untuk abang. Special….” Leret Uyaina sambil mengatur langkah beriringan dengan Ikmal.
Sebaik langkah tiba di belakang Said, Uyaina mengerling Ikmal sekilas. Bibir diherot ke tepi. Sinis.
“Excuse me sir. Boleh bagi laluan tak?”
Spontan Said berpusing menghadap pasangan itu.
Uyaina jongket kening sambil mengeratkan pelukan pada lengan Ikmal.
Said mengetap bibir sambil memandang lengan Uyaina yang memaut lengan Ikmal. Hati mula dikunjungi perasaan cemburu yang teramat sangat. Sumpah! Dia benci melihat kemesraan pasangan itu.
“Sir…” Uyaina mengangkat tangan kanannya lalu menggoyangkan di hadapan wajah Said.
“Hah?” Said terus membuka langkah ke tepi bersama pandangan cemburu.
“Thank you!” kata Uyaina sinis. Kembali atur langkah untuk pergi bersama suami tercintanya. Puas hati bila melihat wajah Said yang sudah bertukar riak.
Ikmal hanya membisu. Menggeleng tidak, menggangguk juga tidak Yang pasti, dia sudah mula tidak senang hati bila isterinya itu bersikap seperti itu.
“APA yang sayang buat ni, tak baik,” tegur Ikmal sebaik mereka masuk ke dalam kereta.
Uyaina berkerut dahi. Mata memandang Ikmal yang sudah menghidupkan enjin kereta.
“Apa yang Aina buat?” soal Uyaina seolah-olah tidak faham dengan apa yang Ikmal maksudkan.
Ikmal menarik nafas sedalamnya sambil mengerling Uyaina.
“Sayang sengaja nak buat Said sakit hati kan?” Ikmal mengjongket keningnya.
Uyaina menghela nafas berat. Lambat-lambat dia mengangguk. Memang dia sengaja mahu membuat Said sakit hati dan cemburu.
“So, apa yang sayang dapat?” tanya Ikmal lembut. Mata fokus pada pemanduan.
“Puas hati,” balas Uyaina ringkas.
Ikmal mengerling Uyaina. “Itu je?”
Uyaina diam sambil memandang wajah Ikmal dari tepi. Bibir diketap perlahan.
Melihat Uyaina diam, Ikmal mengeluh kecil.
“Abang tak suka sayang buat perangai macam tu. Jadi diri sendiri je. Bukannya sayang dapat apa-apa. Kalau sayang buat macam tu, tiada bezanya sayang dengan dia,” kata Ikmal dengan nada memujuk.
Uyaina menunduk malu. Teguran suaminya itu menusuk ke dalam hati. Ya, apa bezanya dia dengan yang lain kalau dia buat macam tu.
“Jadi diri sendiri. Perbaiki yang perlu diperbaiki. Jangan keruhkan yang sudah sedia keruh.”
Uyaina semakin membisu. Hanya helaan nafas kedengaran.
PANG! Berderau bekas pensil kaca itu kerana jatuh angkara tepisan Said. Hatinya betul-betul bernanah melihat kebahagiaan yang terpancar di wajah pasangan itu. Api amarah menyala semaraknya di dalam hati.
Sejujurnya Said betul-betul tidak mampu menahan perasaan cemburunya melihat Uyaina bersama dengan Ikmal. Kalau dulu, mungkin dia tidak kisah. Tapi sekaranga, itulah penderitaan sebenar dirinya.
Penyesalan bertamu dalam hati untuk pertama kalinya. Minda mula memikir cara untuk kembali memenangi hati bekas isterinya itu. Tak kisahlah kalau ada yang memanggil dia gila talak. Dia sanggup asalkan Uyaina kembali dalam pangkuannya.
Kerana itu jugalah, Said ambil keputusan untuk ke pejabat Uyaina sekali lagi. Mahu memujuk Uyaina.
“APA lagi kau nak?!” soal Uyaina separuh melenting. Sejak bila lelaki bernama Said Mustaqim itu tidak faham bahasa. Pandangannya mencerlung tajam ke wajah Said.
Said mengeluh kecil. Wajah Uyaina terus direnung sedalamnya.
“Abang nak Uyaina balik pada abang?”
Jatuh rahang Uyaina mendengar apa yang diutarakan oleh Said. “Gila!”
“Memang abang gila. Gilakan Aina.” Said menanam pandangan ke wajah Uyaina.
Uyaina mendengus disusuli decitan kasar. Wajah berharap Said itu sangat mengganggu tumpuannya ketika tu.
“Sudahlah Said. Antara kita dah tamat. Kau dan aku dah berpisah sepenuhnya. Takkan kau lupa yang kau dah buang aku dulu. Tak malu nak jilat ludah sendiri ke?”
Said menggelengkan kepalanya.
“Abang takkan berhenti selagi Aina tak setuju dengan kata-kata abang,” balas Said tegas.
Uyaina merengus kasar.
“Tolonglah faham! Aku tak nak ada kaitan lagi dengan lelaki tidak berguna macam abang ni. Menyakitkan hati saja!
“Abang Cuma akan faham bila Aina balik pada abang.”
Uyaina menutup kedua belah telinganya. “Keluar dari pejabat aku sekarang juga!!!”
Hampir runtuh satu pejabat itu kerana jeritan Uyaina. Pekerja yang berada di luar juga berpandangan sesame sendiri kerana hairan.
Said mengeluh kasar.
“Aina…”
“Get out and go to hell!” tempik Uyaina sakit hati. Bangun dari duduk, Uyaina menghampiri Said. Tanpa amaran, lengan lelaki itu ditarik kasar agar Said bangun dari kerusi yang dia duduki itu.
“Keluar dan tolong jangun muncul lagi depan aku. sampai mati pun, aku takkan balik pada kau!”
Said sekali lagi sakit hati. Kedegilan Uyaina betul-betul mencabar kesabarannya.
“Aina halaulah abang beribu kali, abang tetap akan datang pada Aina. Percayalah, abang menyesal, Aina. Abang nak Aina balik pada awak,” pujuk Said. Lembut ketika mereka sudah menghampiri pintu keluar.
Uyaina mendengus. Tubuh Said ditolak kasar keluar dari biliknya dan pintu bilik ditutup kasar.
Bum! Berdentum kuat bunyi pintu bilik itu. Tapi Uyaina tidak kisah. Asalkan Said pergi. Dia betul-betul benci melihat Said.
Assalamualaikum maaf semua eyfah lambat. settlekan kerja y tertangguh selama Eyfah menulis ebook hari tu.
Share this novel