"APA sebenarnya tujuan kau pergi London? Rasanya dalam beberapa bulan ni, selalu sangat kau ke London."
Said merenung wajah Ikmal yang sibuk menggodek telefon.Tambah hairan melihat tingkah Ikmal yang seolah tidak peduli pada kewujudannya. Sudahlah majlis nikahnya pun, Ikmal tak datang. Semua sebab London. Ada apa sebenarnya di London.
"Mal?!" Naik seoktaf suara Said bila Ikmal langsung tidak memandang wajahnya.
Ikmal tersentak seraya mendongak hairan. Geram bertamu di dalam hati. Nak aje dia ketuk kepala Said. Mengganggu dirinya bermesej dengan buah hati kesayangan jantungnya.
"Kau nak apa?" soal Ikmal sebal. Jelingan diberi tanda tak puas hati.
Said mendengus kecil. "Ada apa-apa yang kau sorok dari aku?"
Ikmal berdecit. "Aku nak sorok apa pula? Kau dah tahu yang aku jumpa buah hati aku kan?"
Terangkat kening Said. Buah hati? Pandangan mata ditumpu ke wajah Ikmal. Dahi dikerut seketika.
"Buah hati? Siapa buah hati kau? Bila masa kau ada buah hati? Tak pernah cite pun kat aku?" Bertalu soalan dituju pada Ikmal.
Ikmal kerut dahi. Wajah Said ditenung sekejap. Cuba ingat kalau dia ada bagitahu Said ataupun tidak.
"Aku tak gitau kau erkh?" Kening dijongket sambil bibir ditarik ke tepi. Menyengih sekejap.
Said mencebik bibir. "Kau tak bagitahu apa-apa kat aku pun,"
Ikmal garu kepala sambil meletak telefon ke atas meja. Tumpuan mata dihala ke wajah Said. "Aku dah jatuh cinta bro..."
Said ternganga sekejap. "Jatuh cinta..."
"Yelah. Kan hari tu aku kata aku nak kahwin? Kau je lupa ingatan. Tulah! Dah digilakan dengan Syamira tu." tempelak Ikmal bila teringat cerita mereka tempoh hari, yang mana dia memberitahu Said yang dia mahu kahwin.
Said berfikir sejenak. Membulat matanya sekejap lalu tersengih. "Aku lupa..."
Ikmal mencebik. "Aku tahulah kau baru kahwin. Jangan nak tunjuk sangat kebiulan kau selepas menikmati alam rumah tangga dengan Syamira,"
"Hamboi... bukan main kau kutuk aku ye. Kau kata aku biul..."
Meletus ketawa Ikmal. Bibir disengetkan. Sengaja mengejek Said.
"Boleh aku tahu sape pompuan tu?" Said menjongket kening nakal. Diabaikan kutukan Ikmal sebentar tadi.
Ikmal tarik senyum sambil membayangkan wajah jelita Uyaina. "Someone yang boleh buat aku gila dan tak tentu arah. Kalau dia senyum, satu dunia boleh pandang dia. Kalau dia bercakap, semua orang boleh pandang dia. Suara dia dah macam lagu-lagu merdu kat telinga aku. Haih... gila aku hadap dia hari-hari. Rasa nak peluk, tapi sayang... tak halal lagi,"
Spontan Said mencebik bibir. Menyampah pula bila tengok cara Ikmal bercakap seolah sedang membayangkan gadis yang dicintainya itu. Jadi jeles pun ada. Haih!
"Over sangat kau ni Mal,"
Ikmal menjuih kan bibir. "Jeleslah tu!"
DATIN SUMAIYAH berkerut dahi melihat Ikmal yang asyik bergayut di ruang depan rumah. Sesekali matanya menangkap senyuman bahagia Ikmal. Hairan! Tak pernah Ikmal bergayut sampai macam tu sekali. Macam orang dilamun cinta pun ada.
Perlahan langkah diatur ke ruang depan sambil mata terus menatap anak lelakinya itu. Tergeleng sekejap kepalanya.
"Sakan bergayut. Dengan sape?" Datin Sumaiyah ambil tempat di hadapan anaknya itu.
Ikmal tersentak kerana terkejut. Nasib baik dah letak telefon. Kalau tak, sah malu setahun. Sengihan diberi kepada mama kesayangannya. Bibir dijuihkan.
"Mama..."
Datin Sumaiyah ukir senyum. "Anak bujang mama dah jumpa buah hati ye?" Kening dijongket nakal tanda mengusik.
Ikmal senyum malu. Lalu mengangguk perlahan. "Mal sayang dia, ma.
Bercantum kening wanita setengah abad itu mendengar kata-kata Ikmal. Wajah Ikmal ditatap tunak. Dari cara Ikmal senyum saja pun, dia tahu yang Ikmal terlalu sayang pada gadis yang dinyatakan itu.
"Boleh mama tahu siapa?"
Ikmal tarik nafas panjang-panjang sambil mata membalas tatapan Datin Sumaiyah.
"Tapi ma... dia janda," beritahu Ikmal tanpa berselindung.
Datin Sumaiyah tidak tunjuk riak terkejut sebaliknya dia senyum. Wajah anaknya terus ditatap sedalamnya. Dia mahu anak-anaknya tahu satu perkara. Dia tidak pernah menghalang jodoh anak-anaknya. Kerana itu kebahagiaan mereka.
"Nama?" tanya Datin Sumaiyah lembut.
"Uyaina..."
Datin Sumaiyah angguk seketika.
"Tak kisah lah dia janda ke, mak budak ke, nenek ke, untie ke..." Datin Sumaiyah ukir senyum. "Dia pun manusia yang ada hati dan perasaan..."
Ikmal tersenyum sambil mengangguk mengiakan. Syukur bila Datin Sumaiyah tidak mempertikaikan status Uyaina.
"Mama okey..."
Datin Sumaiyah angguk. "Apa salahnya kalau dia mampu terima baik buruk keluarga kita,"
Semakin lebarlah senyuman Ikmal bila mendengar jawapan itu. Tak sangka mamanya faham dengan perasaannya.
"Kadang-kadang, Ikmal hairan. Dia perempuan yang baik tapi... kisah dia sangat sedih. Keluarga dia sisihkan dia. Kata dia bawa bala. Bekas suami dia yang sepatutnya beri perlindungan, juga ceraikan dia sebab bini pertama mati. Siap hina dia bawa bala," luah Ikmal sambil meraup wajah.
"Bini kedua ke?" tanya Datin Sumaiyah ingin tahu.
Ikmal angguk. "Isteri pertama bekasa suami dia yang pinang dia. Lepas tu dia terpaksa setuju sebab keluarga dia tak nak dia membantah. Tak sampai sehari nikah, isteri pertama meninggal. Sebab tu dia diceraikan waktu tu juga. Oramg anggap dia bawa bala,"
"Allahuakbar!" mengucap Datin Sumaiyah mendengar cerita Ikmal. "Kesian," keluhnya perlahan.
"Betul ma..."
"Kadang-kadang, Allah beri ujian untuk kebaikan dia. Mungkin Allah nak dia sedar yang dia tak perlukan orang-orang macam tu. Mungkin juga kebahagiaan dia dengan Ikmal," komen Datin Sumaiyah.
Ikmal angguk. "Insya'Allah. Kalau ada peluang tu, Ikmal tak akan lepas kan dia ma."
Datin Sumaiyah angguk bersama senyuman di bibir. Semoga bahagia anakku, bisik hati penuh harapan. Siapa saja perempuan itu, dia sangat bertuah kerana Ikmal seorang lelaki yang penyayang dan prihatin.
"Mama doakan jodoh Ikmal dengan dia panjang..."
"Insya'Allah... Aamiin.... Terima kasih mama...."
Bersyukur bila mamanya menyokong dirinya tika itu. Hanya Allah tahu betapa dalamnya kasih dia pada Uyaina.
"Can't wait..." Bibir mengukir senyum. Restu sudah ada. Tinggal tunggu Uyaina bersalin je lagi. Habis edah, terus ajak Uyaina nikah.
Share this novel
moga ad jodoh ikmal dgn uyaina.. said tu jahat. x sesuai