Bab 3

Romance Series 154867

~Tinta Kehidupan Uyaina~
Bab 3

Uyaina dan Harlina menapak perlahan masuk ke dalam pusat beli belah Midvalley. Ada barang yang hendak dicari oleh Uyaina.

"Kau nak cari apa sebenarnya?" tanya Harlina sambil melirik Uyaina. Hairan bila sudah setengah jam di dalam tapi Uyaina langsung tak masuk mana-mana kedai.

"Cari hatiku yang hilang," balas Uyaina sambil sungging senyum nakal. Saja mahu mengenakan Harlina.

Harlina tarik bibir senget. Menyampah pula bila orang tanya betul-betul tapi dibuat main.

"Main-main pulak kau. Kau ingat kita takde kerja? Asyik merayau aje. Parcel kat rumah banyak lagi tak bungkus. Nak kena maki dengan Customer ke," bebel Harlina separuh geram.

Uyaina ketawa nakal. Tak peduli pada bebelan Harlina.Mata masih meliar mencari sesuatu yang menari.

"Alah... sekali sekala apa salahnya.Bukannya...." Bibirnya berhenti bicara saat mata tertacap pada satu pemandangan yang tidak dia duga. Serentak kaki juga bagai tidak mahu melangkah lagi.

Harlina mengerling Uyaina yang tiba-tiba berhenti berceloteh dan melangkah. Hairan melihat tingkah pelik Uyaina,dia pandang depan.

Seorang lelaki yang sedang menyorong sebuah kerusi roda. Di atas kerusi roda itu ada seorang perempuan yang agak jelita pada pandangan Harlina. Lebih pelik lagi,lelaki itu berhenti sambil matanya melekat pada Uyaina.

Perlahan Harlina pandang Uyaina. Tangannya singgah dibahu Uyaina.

"Aina?"

"Hah?" Bagai tersedar dari mimpi, Uyaina toleh ke wajah Harlina.Kemudian pandangannya kembali pada lelaki itu. Liur yang ditelan rasa pahit. Bibir diketap kuat. Kenapa sukar sangat dia lupakan lelaki itu. Pandangannya jatuh pada wanita yang duduk di atas kerusi roda.

"Kau okey?" tanya Harlina lembut.

"Kita balik!" Uyaina pusing tubuh ke belakang dan terus menonong pergi.

Harlina terpinga-pinga. Dia memandang lelaki itu dan juga Uyaina yang sudah jauh pergi. Ada tanda tanya yang datang dalam hatinya. Siapa lelaki itu dan apa hubungannya dengan Uyaiana. Siapa pula wanita lumpuh itu?

"SIAPA lelaki tu?" Harlina cuba korek rahsia.

"Tiada siapa," balas Uyaina malas. Dia menyandarkan tubuhnya ke kerusi dan mata dipejam erat.

Harlina mendengus kasar. " Kalau bukan siapa-siapa,kenapa lari?"

Tanpa menjawab soalan itu,Uyaina hidupkan kereta. Wajah Harlina tidak dipandang. Dia tak mahu Harlina tahu yang dia bertepuk sebelah tangan pada Said. Kalau boleh dia tak mahu Harlina tahu siapa Said.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience