BAB 53

Romance Series 154867

MALAM yang sangat panjang buat Ikmal. Untuk kali pertama hatinya takut. Pada firasatnya, Uyaina masih sayangkan Said. Kalau tidak, masakan Uyaina boleh menangis seteruk itu. Setelah sekian lama dia tidak melihat Uyaina menangis, hari ini Uyaina menangis tanpa henti. Itu membuatkan hatinya sakit. Kenapa perlu Uyaina tangisi lelaki yang sudah menghancurkan hatinya satu ketika dahulu. Wajah diraup kasar, tubuh disandar ke sofa. Mata memandang ke atas. Dia tidak tahu kalau Uyaina sudah lena atau belum.

"Abang..."

Pantas mata dilarikan ke tangga. Uyaina sedang berdiri bersama pakaian malam. Bersama sekuntum senyum menggoda.

Berderau hati Ikmal seketika. Kalau sebelum ke majlis beberapa jam lepas, hati ingin sekali mendatangi Uyaina. Tapi bila melihat Uyaina seperti itu, dia dapat rasa apa yamg Uyaina lakukan itu hanya kerana mahu melupakan rasa yang bertamu dalam hati angkara pertemuannya dengan Said.

"Sayang tak tidur lagi?" Ikmal gagahkan diri untuk bangun dari sofa lalu menuju tangga. Satu persatu anak tangga didaki dengan langkah yang amat berat sekali.

Bertemu di pertengahan tangga, Uyaina merangkul tubuh Ikmal. Kepala diletak di dada Ikmal.
"Aina minta maaf, abang. Aina tak patut menangis sebab lelaki tak guna tu."

Ikmal diam seketika. Tangan membalas pelukan Uyaina dan bibir singgah di dahi Uyaina. Penuh kasih sayang. Seikhlas hati.

"Abang tak marah. Abang cuma terkilan sebab kehadiran abang dalam hidup sayang tak mampu menghapus luka dalam hati sayang. Abang ingat sayang akan lupa semuanya. Abang ingat sayang akan kuat. Tapi..." Ikmal mengeratkan pelukan. "Sayang tetap menangis. Abang tak suka tengok sayang menangis." sambung Ikmal ikhlas. Sejujurnya itulah yang dia rasa.

Uyaina angkat wajah. Menautkan panahan matanya dengan panahan mata Ikmal. "Aina ingat Aina dah kuat. Aina dah mampu berdepan dengan dia. Tapi..." Uyaina hempas kepala perlahan ke dada Ikmal. "Aina tak kuat, abang. Tiap kali abang nampak muka dia, hati Aina sakit. Hati Aina terseksa bila tengok dia senyum bahagia sedangkan dia dah buat Aina terluka. Dia dah hadiahkan penderitaan yang cukup besar bagi Aina," sambung Uyaina lemah.

Ikmal menguntum senyum. Pelukan dilerai dan wajah Uyaina ditatap. "Jadikan abang sumber kekuatan sayang. InsyaAllah semua akan baik. Percaya pada takdir Allah untuk kita."

Uyaina menunduk seketika. Kematangan kata-kata Ikmal mengundang rasa malu dalam hatinya.

"Jom naik. Takkan nak tidur kat tangga." Ikmal mencapai tangan Uyaina lalu memimpin Uyaina naik ke atas.

Uyaina akur bersama perasaan yang sarat.

SAID berdiri tegak membelakang katil. Kata-kata Uyaina beberapa jam lepas terus menghantui dirinya. Sungguh dia tidak sangka. Isteri yang dipuja oleh Ikmal adalah Uyaina.

Wajah kecewa dan tangisan Uyaina beberapa tahun lepas kembali menghantui dirinya. Betapa besar penyesalannya bila kembali bertemu dengan Uyaina.

"Ingat janda you lagi ke?" Soal Syamira separuh memerli. Bukan dia tidak tahu kisah antara Said dan Uyaina. Dia sendiri tidak sangka kebetulan yang terjadi itu.

Said berdecit sambil menoleh pada Syamira. "Kalau ye?"

Syamira mendengus sambil menarik gebar. Mata tajam menikam wajah sinis Said. Sejak akhir-akhir ini mereka selalu bertengkar kerana isu anak. Dan sekarang, mungkin akan ada isu baru yang bakal timbul.

"You jangan mimpi nak balik dengan sepupu you tu. I siat you hidup-hidup." Syamira memberi amaran.

Said mendengus tawa. Macamlah dia takut. Yang dinamakan perempuan, dia tidak pernah takut biarpun sesaat.

"Maaflah Mira. Ugutan you tu tak mampu takutkan I," balas Said sinis. Langkah dibawa ke sisi Syamira.

Syamira mendengus kasar. "Really? Fine. You cuba buat dan kita tengok apa yang jadi,"

Said mencebik bibir tanda menyampah. Mengugut pula. Tubuh direbah ke katil tanpa mempedulikan Syamira.

"You dengar tak apa I cakap?" soal Syamira separuh sebal.

Said tambah tidak peduli. Gebar ditarik sehingga menutupi kepalanya. Biarlah Syamira dengan ugutannya. Dia tidak kisah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience