BAB 23

Romance Series 154867

KERATAN tiket yang berada di tangannya, ditilik seketika. Wajah suram memikirkan dirinya yang bakal berjauhan dengan insan-insan yang di sayang.

"Miss... boleh saya duduk sini?"
Uyaina mendongak. Berubah riak wajahnya serta merta. Bukankah lelaki itu....

"Hai... jumpa awak lagi," kata Ikmal sambil tersenyum. Tanpa menunggu kata izin dari Uyaina, dia ambil tempat di sisi Uyaina.

Uyaina terkebil sesaat sebelum bibirnya mula bersuara.
"Awak follow saya ke?" Uyaina pandang sekeliling mereka. Cuba mencari sesuatu yang pelik. Tapi gagal.

Ikmal tergelak kecil. "Itu tuduhan atau pertanyaan?"

"Dua-dua," balas Uyaina pantas. Mata tajam menikam wajah Ikmal yang sudah bersandar di kerusi.

Ikmal gelak sekali lagi. Pandangan mata ditumpu ke wajah Uyaina.
"Kalau boleh, saya tak nak ikut awak je. Saya nak masuk dalam hati awak. Boleh?" Mata kanan dikenyit nakal.

Berderau hati Uyaina. Rasa nak menampar pun ada. Laju mata dihala ke depan.

"Awak memang duduk sebelah saya atau..."

"Tak. Saya tukar dengan pak cik depan tu. Saya kata nak duduk dengan bakal makmum saya." wajah Uyaina dipandang dari tepi. Menanti Uyaina memandang wajahnya.

Membahang wajah Uyaina. Sekali lagi mata mereka bertaut namun sesaat kemudian Uyaina buang pandang ke tingkap. Gila punya lelaki.

"Awak ni jual mahal sangatlah. Cuba lah awak layan saya elok-elok. Mesti kita boleh bina keluarga bahagia sama-sama,"

Uyaina ternganga seketika. Terbit decitan halus dihujung bibir. Gigi diketap erat. Lantas kepala disandar dan mata dipejam erat tanda tidak mahu melayan Ikmal.

Ikmal ketawa sejenak. "Tak payah menipulah. Allah tak suka orang menipu."

Membulat mata Uyaina mendengar itu. Wajah Ikmal dipandang bersama riak tidak percaya.

"Awak boleh diam tak? Saya nak tidur. Rimaslah!" kata Uyaina sebal.

"Nak saya dodoikan?" Ikmal bersuara nakal. Saja mahu mengusik.

Membahang lagi wajah Uyaina. Jelingan tajam diberi kepada Ikmal sambil bibir diherot ke tepi.

"Tak baik tau.... Saya buat baik, awak layan saya macam ni. Macam mana kita nak bahagia nanti?"

Sekali lagi Uyaina berdecit. Gigi diketap kuat. Kenapalah dia ditakdirkan duduk sebelah lelaki becok tu. Sebal!

"Awak nak diam atau tak? Saya nak rehat. Saya takde masa nak layan mulut awak!" kata Uyaina akhirnya.

"Masa ni lah kita kena beramah mesra. Eratkan silaturrahim sesama kita. Kot-kot turun nanti boleh nikah terus."

Uyaina mengeluh kasar. Nafas ditarik sedalamnya. Geram bertamu dalam hati.
"Lagi lama saya duduk dengan awak, lagi gila saya dibuatnya. Baik awak diam sebelum saya sumbat chewing gum dalam mulut awak," ugut Uyaina sambil acah-acah hendak mengelurkan chewing gum dari mulutnya.

Ikmal ketawa nakal. Macamlah dia takut. Mulut dinganga luas. "Bak sini. Dapat juga rasa first kiss awak."

Jatuh rahang Uyaina. Mamat ni tak malu langsung ke. Wajahnya membahang malu.Hati semakin diulit geram. Sumpah nak mateyyy!

Melihat wajah Uyaina yang membahang malu, Ikmal tertawa lagi.Timbul idea gila dalam kepala.

"Saya boleh diam..." Wajah Uyaina ditatap nakal. "Tapi awak kena jadi girlfriend saya?" Kening dijongket nakal.

Uyaina berdecit. Gila!

"Awak ni gila ye?"

"Ye. Gilakan awak."

Uyaina berdecit kasar. "Kalau saya tak nak?"

"Saya pun tak akan diam..."

Uyaina ketap rahang kali ini. Gila punya jantan. Entah dari mana tiba-tiba nak dia jadi girlfriend. Tak pernah dibuat orang.

"Awak setuju atau tak?" sekali lagi Ikmal bersuara nakal.

Uyaina menarik nafas panjang lau menghelanya kuat. Satu jelingan tajam diberikan kepada Ikmal.

"Dalam mimpi awak lah..." balas Uyaina sambil tangan dimasukkan ke dalam kocek jaketnya. Sebuah roti bun berintikan ikan bilis dikeluarkan dan dibuka.

"Kalau macam tu...."
Belum sempat Ikmal habiskan ayatnya, Uyaina menyumbat roti bun itu ke dalam mulutnya.

Terkebil-kebil Ikmal bila mulutnya penuh dengan roti bun.

"Habiskan dan diam!" Uyaina menjengilkan mata lalu memandang ke depan. Bibir diketap kuat cuba menahan ketawa yang hampir meletus. Hati digeletak hebat.

Padan muka!

Okey... Habis dah part sedih. Kat sini kita gelak ye...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience