IKMAL kehilangan kata-kata bila setiap kisah yang disampaikan Uyaina menjengah pendengaran. Wajah suram Uyaina yang dibasahi air mata, direnung seketika. Bibir terkunci rapi. Ingin sekali dia menyeka air mata itu tapi niatnya dibatalkan. Uyaina masih isteri orang selagi dia tidak bersalin. Yang kedua, biarpun dia sudah bersalin, dia masih bukan haknya selagi Uyaina belum menjadi isterinya.
"So... awak dah faham kenapa saya cakap masih banyak perempuan yang layak untuk awakkan?" tanya Uyaina dalam sendu.
Ikmal diam sesaat. Bila masa Uyaina kata begitu. Ataukah dia yang lupa ingatan sejak dapat tahu Uyaina janda? Entahlah.
"Kenapa? Janda macam awak tak layak kahwin ke? Tak layak nak bahagia macam orang lain?" soal Ikmal sambil jongket kening.
Uyaina berdecit. "Ikmal, awak tak faham..."
Ikmal menunduk seketika. Bila dapat tahu Uyaina janda, hatinya langsung tidak terusik. Malah makin kuat hasrat di hati untuk menjadikan Uyaina sebagai isterinya yang sah satu masa nanti. Mungkin terlalu awal untuk dia buat kesimpulan, tapi hatinya jelas mahukan Uyaina.
"Kalau saya kata saya sanggup jaga awak sampai awak bersalin?"
Jatuh rahang Uyaina. "Takkanlah..."
Ikmal senyum sambil mengangguk. "Ye, Aina. Saya akan jaga awak. Kalau boleh jaga sampai syurga, saya akan jaga awak dengan anak awak sampai syurga."
Sekali lagi Uyaina terkedu. Kenapa lelaki itu begitu mudah memberi janji sedangkan belum tentu dirinya mahu. Lagi satu, kenapa lelaki itu terlalu risau akan dirinya sedangkan mereka tiada apa-apa hubungan. Pandangan mata mereka bertaut seketika membuatkan jantung Uyaina mula berdetak laju. Debaran di dada mula meresahkan.
"Dah dua bulan awak bercerai kan? Lupakan dia. Dia tak layak untuk awak." Ikmal menyambung lagi kata-katanya. "Habis je edah awak, saya akan jadikan awak isteri saya dan anak awak sebagai anak saya."
Untuk seketika, Uyaina jeda. Bibir terkunci rapi. Minda kosong kerana tidak tahu apa yang perlu difikirkan. Senyuman yakin Ikmal menambahkan lagi keresahan dalam hatinya.
"Maaf, Ikmal. Saya bukan untuk awak..."
Ikmal mencebik nakal. "Habis tu untuk sape? Untuk mamat tepi jalan? Atau ada lelaki lagi kacak tunggu awak?"
Uyaina tergelak sekejap. Mamat tepi jalanlah pulak. Terhibur hati melihat telatah Ikmal itu. Entah kenapa hati menyenangi telatah Ikmal yang satu itu. Kelakar biarpun orang tak gelak.
"Macam mana pun awak mengelak, saya akan pastikan awak jadi milik saya yang sah. Bukan untuk disakiti atau dilukai tapi untuk dicintai dan disayangi. Demi Allah, Aina...."
Uyaina terkebil-kebil mendengar kata-kata berbaur tekad dari Ikmal. Jantung semakin berdetak laju. Panahan mata Ikmal penuh dengan makna tersirat.
SELESAI menghantar Uyaina pulang, Ikmal terus ke rumah rakannya. Shima dan Khalil. Satu-satunya harapan yang dia ada untuk menjaga Uyaina ketika dia balik ke Malaysia nanti.
"Kau janji nak datang pagi. Asal sampai lewat?" soal Khalil sebaik Ikmal masuk ke dalam rumah mereka.
"Ha'ah... Janji yang tak boleh nak dipakai," kutuk Shima dari arah dapur sebaik menjenguk kepala untuk melihat gerangan yang datang.
Ikmal tergelak. Punggung dihempas kasar ke sofa. Khalil turut duduk dihadapannya. Tidak sampai beberapa minit, Shima sertai mereka berdua.
"Kau dari mana je? Biasa kalau datang sini terus datang cari kitaorang. Ni dari semal kau kat sini, petang ni baru muncul," cebik Shima.
Ikmal memandang pasangan itu sipih berganti kemudian tersenyum penuh makna.
Berkerut dahi Khalil dengan Shima melihat kelakuan pelik Ikmal. Jarang Ikmal berperangai pelik seperti itu.
"Dari tadi asyik senyum je. Dah kenapa?" soal Shima lagi.
Khalil turut mengangguk tanda hairan melihat tingkah laku Ikmal.
"Aku jumpa bakal isteri aku," ujar Ikmal tanpa berselindung. Senyuman lebar ke telinga. Terbayang wajah Uyaina di ruang mata.
Hah? Shima dan Khalil berpandangan sekilas. Kening terangkat kerana mendengar berita mengejut itu.
"Alhamdulillah... Setelah sekian lama, kau jumpa juga bakal makmum kau. Orang sini ke?" tanya Khalil ingin tahu.
Ikmal geleng perlahan. "Tak... orang Malaysia."
"Oh... ingatkan kau dah jatuh cinta kat minah mat saleh," usik Shima berseloroh.
Ikmal ceber bibir. "Aku tak minat dengan minah saleh. Korang tahukan aku macam mana,"
Shima tergelak kecil. "So... mana dia? Kat Malaysia atau kat sini?"
Ikmal pandang pasangan itu silih berganti. Pasti mereka akan terkejut kalau dapat tahu tentang Uyaina.
"Dia janda. Tengah mengandung...."
"What?!" Terbeliak mata Khalil dan Shima. Wajah Ikmal dipandang bersama riak tidak percaya. Janda? Mengandung pulak? Tergeleng Shima sesaat.
"Kau ni buang tebiat ke? Punya ramai perempuan kat luar sana, janda juga yang kau nak?" soal Shima tidak puas hati.
Ikmal terdiam seketika melihat reaksi dua sahabatnya. Wajahnya berubah riak.
"Apa masalah dengan janda? Dia bukan perempuan ke? Bukan manusia macam kita? Tak layak nak kahwin macam kita?" soal Ikmal sinis. Hati jadi tidak selesa melihat reaksi Shima dengan Khalil. Rasa diri dipersenda sekejap.
Shima dan Khalil berpandangan sambil mengeluh perlahan. Sedar yang dia sudah menyinggung Ikmal. Sepatutnya mereka tidak perlu persoalkan itu. Kedua tertunduk malu.
"Bukan macam tu, Mal. Tapi... kenapa pilih dia. Kenapa bukan perempuan lain?"
"Sebab aku suka dia. Bila aku tengok muka dia, aku rasa tenang. Bila dia senyum aku rasa bahagia. Bila dia ketawa aku rasa gembira. Paling penting aku suka sikap dia, aku suka semua tentang dia," balas Ikmal bersahaja sambil menyandar malas di sofa. Caranya bercakap seolah-olah dia sudah terlalu mengenali Uyaina.
Terpaku Shima dan Khalil. Bibir masing-masing terkunci rapat. Tak tahu nak kata apa. Kalau lihat gaya Ikmal, sah Ikmal tengah angau.
UYAINA mengeluh kasar. Selepas satu masalah, datang lagi satu masalah. Kenapa ujian dia sebegitu. Wajah diraup berkali-kali.
Lelaki bernama Ikmal betul-betul buat dirinya keliru. Tak tahu nak kata apa. Kenapa dirinya juga yang dikejar. Tak faham sungguh dia.
Maaf guyssss.... sis lambat update. Semalam busy tengok cerita bigboss hindustan. Sorry sangat. Happy reading
Share this novel