Bab 11

Romance Series 154867

IKMAL HARIS melangkah meninggalkan dua gadis itu bersama perasaan bersalah. Ni semua sebab Darina. Beria nak orang cepat! Kalau tak, sempat juga bertukar nama dengan gadis jelita itu. Akal gatal mengunjungi minda seketika.

Pintu Bmw miliknya ditarik perlahan sambil mata masih melekat pada dua tubuh di seberang. Dari jauh, Ikmal dapat lihat gadis itu tersenyum dan tertawa bersama rakannya. Rasa ingin tahu tentang gadis itu membuak-buak. Kalau bukan sebab Darina, bolehlah borak biar sekejap.

Akhirnya Ikmal masuk sepenuhnya dalam perut kereta. Sekejap saja, kereta yang dinaiki meluncur laju meninggalkan perkarangan Taman Perdana. Wajah gadis yang dilanggarnya pula masih terbayang diruang mata.

"HAH! Balik pun," perli Darina separuh geram. Penat dia membebel pada Datin Sumaiyah kerana kelewatan abang kesayangannya itu. Geram gila! Dari dulu tak reti nak tepati janji.

"Dah Rina asyik call aje. Menyusahkan!" Ikmal menunjal dahi adiknya tanda geram.

Darina berdecit. "Mama! Tengoklah abang ni!"

Datin Sumaiyah menjenguk dari ruang makan. Anak-anaknya sentiasa riuh rendah kalau berjumpa. Ada saja masalahnya.

"Tak payah nak bergaduh sangatlah. Kang flight terlepas, apapun tak dapat," balas Datin Sumaiyah sambil geleng kepala.

Ikmal menjelir lidah sambil menghempas duduk di atas sofa. Tubuh disandar sepenuhnya ke sofa sambil tersenyum sendiri. Wajah gadis yang dilanggarnya kembali menghantui minda.

Berkerut dahi Darina melihat tingkah laku pelik abangnya. Bagasi berisi pakaiannya itu dipandang sekilas sebelum peha Ikmal ditampar kuat.

"Abang! Tunggu apa lagi? Nak berangan, nanti. Bukan sekarang."

Ikmal berdecit sambil bangun.
"Hish! Adik ni. Orang nak beranganpun sudah. Kacaulah!" rungut Ikmal geram.

Darina mencebik bibir.
"Nak berangan bukan sekarang! Angkat beg Rina ni. Kalau Rina terlepas flight, abang yang Rina kerjakan. Faham?!"

Nak tak nak, Ikmal terpaksa akur. Padan mukalah dapat adik kuat mengarah. Mengalahkan bos pulak tu. Bengang juga. Tapi nak buat macam mana? Adik kesayangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience