UYAINA henyak punggung kasar dalam kereta. Tangisan dilepaskan sekuat hati. Andai mereka terluka dengan sikapnya, dia lebih terluka. Menerima pandangan terkilan dari mereka meranapkan segunung kebencian dalam hati. Namun, andai dia kembali seperti Uyaina yang dulu, akankah dia dihargai dan disayangi seperti yang lain. Bahu terhinjut sambil bibir mengeluarkan esakan.
Melihat Uyaina menangis, Harlina simpati. Tahu Uyaina berusaha mengubah dirinya. Menunaikan kemahuan hati yang tidak ikhlas. Lantas bahu Uyaina disentuh perlahan. Mahu tenangkan Uyaina.
"Kau tak perlu jadi orang lain semata-mata nak balas dendam. Takde faedahnya untuk kau,” komen Harlina lembut.
Uyaina kesat air mata sambil pandang Harlina. “Salah ke kalau aku nak buat semua ni Har?”
Harlina mengeluh kecil. Tali pinggang dipasang sambil mata mengering sahabatnya sekilas.
“Terpulang kau nak anggap tu salah atau tak. Aku tahu kau dah matang untuk fikir yang baik dengan yang buruk.” Harlina memulakan pemanduannya.
Meninggalkan kampung itu bersama hati Uyaina yang sarat dengan perasaan sendiri.
“Tepuk dada tanya hati. Bagi aku, kau Cuma perlu buktikan yang kau kuat. Tak perlulah nak sakiti hati mereka. Tiada bezanya kau dengan diorang, kalau kau buat benda tu,” nasihat Harlina lembut.
Uyaina diam seketika. Betul kata HArlina. Apa bezanya dia dengan mereka, kalau dia ikutkan sangat hati. Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini.
IKMAL mengeluh kasar. Mesej yang diberikan oleh Harlina itu dibaca berulang kali. Dia tahu Uyaina pernah lalui hidup yang getir. Tapi sebagai suami, dia tidak mahu Uyaina melayan dendam yang bertamu dalam hati. Baginya, hidup berdendam, tiada maknanya.
Jari menggodek telefon. Mencari nama ‘my beautiful wife’.
Sekejap saja jumpa. Haruslah. Nombor kegemaran kot. Nombor itu didail dan telefon dibawa ke telinga kanan. Bibir menguntum senyum tatkala terdengar suara Uyaina di hujung talian.
“Sayang… are you okey?”
Mendengar soalan itu, Uyaina kerut dahi sambil mengering Harlina. Ni mesti kerja minah sekor ni. Kalau tidak, masakan Ikmal menghubunginya.
“Aina okey. Kenapa tanya?Ada reporter ye?” sindir Uyaina sambil mengerling Harlina.
HArlina terbatuk sekejap. Terkejut dengar sindiran itu. Tahu sindiran ditujukan padanya.
Ikmal sungging senyum sambil bangun dari kerusi. Langkah dibawa ke tingkap. Mata memandang ke luar tingkap sambil tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.
“Apa pula reporter. Abang tak perlu reporter. Hati abang mengatakan ada sesuatu yang jadi. Tu yang abang call tanya,” balas Ikmal lembut.
Uyaina cebik bibir manja. “Yelah tu…”
Ikmal senyum. “Bila nak balik. Semalaman sayang takde buat abang termimpi-mimpi, tau,”
Uyaina ketap bibir sambil menjeling Harlina. “Nak balik lah ni. Pagi nanti baru sampai kot. Abang tak payah tunggu ye?”
Ikmal angguk seolah-olah Uyaina ada di hadapannya. “Jangan lama-lma. Esok nak balik rumah papa. Papa dengan mama dah cari sayang,” pesan Ikmal lembut.
“Okey abang. Don’t worry Okey. Aina Okey dengan Har.”
Ikmal tarik nafas panjang. Dia tidak pernah berhenti risaukan isterinya. Apatah lagi bila dapat tahu yang isterinya berdendam pada yang mereka yang pernah lukakan hatinya.
UYAINA menjeling Harlina. "Kau saje nak mereport kat si Ikmal tu kan? Nak aku lempang ke?"
Harlina garu kepala sambil gelak sekilas. "Mana ada report. Kau je salah faham..."
Uyaina mencebik. "Jangan nak menipu. Kalau kau tak gitau, macam mana dia boleh call aku masa ni? Kena pula waktu aku baru lepas nangis..." Bibir membebel geram. Sempat jari kanan singgah di bahu Harlina.
Terjerit Harlina menerima sepit ketam berbisa dari Uyaina.
"Janganlah.... Tak nampak aku tengah memandu ni," bebel Harlina sambil menepis tangan Uyaina.
Uyaina menjongket bibir atas tanda menyampah. "Kau jangan mengada nak jadi reporter Ikmal tu ye. Kang aku hantukkan kepala korang berdua. Baru tahu..."
Harlina menjeling geram. "Amboiii... Daripada kau hantukkan kepala kitaorang, baik kau nikah kan aku dengan si Ikmal. Boleh juga aku rasa kahwin dengan orang kaya. Plus jadi madu kau sekali."
Uyaina terbeliak. Spontan tangan menempeleng bahu Harlina sambil mata dijegilkan.
"Kau jangan nak mengada jadi madu aku. Aku tanam kau hidup-hidup..."
Harlina ketawa sambil mengerling Uyaina. "Tahu takut..."
Uyaina mencebik. "Bukan takut. Tapi tak suka. Aku bukan kahwin untuk dimadukan. Faham?"
Harlina menyengih. "Yelah.... Siapa nak jadi madu kau. Tak hingin aku!"
Uyaina gelak seketika sambil bibir dijuihkan. Mata mengerling Harlina yang lembali fokus memandu.
Assalamualaikum Selamat bertemu kembali. Eyfah kembali sibuk dengan ebook latest guys. Tapi Eyfah tetap akan update sehari sekali. Terima Kasih! Terima Kasih!
Share this novel