Prolog

Romance Series 154867

~Tinta Kehidupan Uyaina~ Sekadar sharing.
Prolog 1

"BESAR nanti,Uyaina nak jadi apa?" tanya Said lembut. Dikerlingnya wajah lemah lembut milik Uyaina. Rambut Uyaina yang berjuntai di pelipis kepala, disentuh dan diselit ke tepi telinga.

Uyaina dongak ke wajah itu. Bibirnya menguntum senyum.Terbayang dirinya yang segak dengan baju kurung, siap bawa buku latihan pelajar. Ceh! Kemain angan-angan dia. "Nak jadi cikgu,"

"Alhamdulillah," ucap Said sebaik mendengar jawapan adik sepupunya itu. Satu-satunya adik sepupu perempuan yang manja dengannya.Baru berusia tiga belas tahun.

Mereka berdua buang pandang ke tengah bendang.

"Ingat tak kecil-kecil dulu?" Said melirik Uyaina.

Uyaina mengerling juga. Kening dijongket tanda bertanya.Sejak akhir-akhir ini,dia rasa malu bergaul dengan Said. Maklumlah,Said kan remaja yang digilai ramai.Takut pula ada yang salah sangka.

"Uyaina selalu berlari tengah bendang tu tak berbaju,"
Serentak Uyaina berdecit dan kulitnya merona merah.Mengimbau kembali kenangan,buat dia malu sendiri. Mana mungkin kenangan itu dia lupakan.

"Tak sangka Uyaina dah besarkan. Kalau tak, mesti sekarang masih..."

"Abang nak malukan Uyaina ke?" Pintas Uyaina sambil juihkan bibir.

Said tersengih. "Mana ada. Saja nak kenang kenangan lalu,"

Uyaina mencebik bibir."Kalau nak kenang kenangan lalu jangan yang mengaibkan.Nanti berdosa,"

Said tergelak. "Laa... Itukan zaman kecil-kecil. Apa aibnya."

"Tapi uyaina tak suka," balas Uyaina lemah.

Said kerling Uyaina sekilas.Dia pelik,kenapa dia suka berdamping dengan Uyaina sedangkan seluruh sepupu seusia mereka dan keluarga terdekat memulaunya.Semua kerana sikapnya yang agak cengeng.Hati tisu!

"Kalau abang dah pergi KL nanti,tinggallah Uyaina sendiri. Takde sape nak dekat," usik Said sambil mencapai seketul batu kecil. Selamba batu itu dicampak ke riba Uyaina.

"Abang!" Uyaina sedikit membentak tanda geram.

"Ye adik abang...."

Uyaina terkedu mendengar perkataan adik. Ada rasa aneh terselit di dalam hati. Tapi, takkan dia nak akui yang dia sukakan Said. Budak kot!

#tintakehidupanuyaina
#shareje

Share this novel

Noriah Liasnih
2021-06-07 05:57:07 

ceta ni ada sambungan kah....atau dah jadi novel berbayar....bg link

Aisyah Mysara
2021-05-05 16:24:59 

dah tamat cerita ni tapi mcm tu jak lah

Noriah Liasnih
2021-05-02 22:40:50 

bila nak sambung ceta ni....huhuhu


NovelPlus Premium

The best ads free experience