Bab 70

Romance Series 154867

RENUNGAN tajam Uyaina betul-betul meresahkan Ikmal. Berkali dia cuba untuk tidak peduli, tapi hati pula semakin tertanya.
"Sayang..."
Uyaina diam. Hanya kening dijongket tanda bertanya. Matanya masih melekat di wajah Ikmal.
"Kenapa pandang abang macam tu?" tanya Ikmal. Cuba tersenyum, tapi janggal.
Uyaina mengeluh lalu menunduk. Cuba menghapuskan perasaan ingin tahu di dalam hati, tapi gagal. Akhirnya dia kembali mendongak dan menatap anak mata Ikmal. Cawan Ikmal yang sudah kosong juga dipandang sekilas.
"Sejak bila abang hantar duit pada mak?"
Soalan bernada dingin bersama pandangan tajam.
Ikmal terdiam beberapa ketika. Pandangan Uyaina dibalas sekilas.
"Maksud sayang?" soal Ikmal pura-pura tidak tahu.
Uyaina mendengus tawa.
"Abang tak payah nak bersandiwara pada Aina. Aina dengar apa yang abang cakap pada mak semalam," kata Uyaina lagi.
Ikmal terdiam dan mengeluh perlahan. Wajah Uyaina dipandang sekilas.
"Abang dah lama hantar duit belanja pada mak," jawab Ikmal serba salah.
Uyaina berdecit kasar. Mendengar jawapan itu, hati jadi sakit. Dia tidak suka bila Ikmal memanjakan Puan Hamidah dengan wang ringgit.
"Siapa izinkan abang buat macam tu?" soal Uyaina keras.
Ikmal berkerut dahi. "Perlukah abang minta izin dari sesiapa untuk buat kebaikan?" soal Ikmal lembut.
Uyaina mendengus.
"Aina tak suka abang manjakan mak dengan duit. Aina dah terlalu banyak berhutang budi pada abang. Aina tak nak keluarga Aina pula terhutang budi pada abang. cukup Aina seorang!" tegas Uyaina sambil bangun dari duduk.
Ikmal mengeluh kecil. Uyaina yang sudah bangun dari duduk direnung.
"Siapa kata berhutang budi?" soal Ikmal lembut. "Apa yang abang buat ni sebab tanggungjawab." Ikmal menyambung kata-katanya dengan harapan Uyaina faham niatnya.
Uyaina tergelak sinis. "Tanggungjawab abang hanya pada Aina. Bukan pada keluarga Aina."
"Dan tanggungjawab abang untuk bantu keluarga sayang selagi abang mampu!" tegas Ikmal. Tetap dengan pendiriannya yang satu itu.
Uyaina merengus.
"Abang tak perlu sibuk urusan keluarga Aina. Cukuplah Aina seorang yang terhutang budi pada abang selama ni. Dah banyak yang abang buat pada Aina. Aina tak nak satu masa nanti Aina tak mampu nak balas semua," kata Uyaina dengan nada tinggi. Langkah kaki dihayun meninggalkan meja itu.
"So, sayang kahwin dengan abang sebab terhutang budi ke?" soal Ikmal sambil bangun dari duduknya. Sekaligus menghentikan langkah Uyaina.
Uyaina ketap bibir perlahan. Takut menjawab, tersalah jawab. Perlahan dia menoleh ke arah Ikmal.
Ikmal atur langkah menghampiri Uyaina bersama pandangan ingin tahu.
Uyaina berdecit. "Ma... mana ada..."
Ikmal berdiri tegak menghadap tubuh Uyaina. Pandangan langsung tidak dialihkan dari wajah Uyaina. Hati mula rasa tidak puas hati mengenangkan jawapan Uyaina yang gagap sekaligus melenyapkan rasa yakin dalam hatinya.
"Jawab soalan abang dengan jujur. Aina kahwin dengan abang sebab terhutang budi atau Aina betul-betul sayangkan abang? Jatuh hati dengan abang?" soal Ikmal sedikit mendesak.
Uyaina kaku. Menerima panahan mata lelaki itu buat hatinya diserbu rasa gerun. Takut tersilap kata, memusnahkan cinta Ikmal buatnya. Lantas pandangan dilarikan.
Ikmal mendengus perlahan. Kesal melihat Uyaina yang sengaja mahu melarikan wajahnya dari terus ditatap. "Aina...?"
Uyaina ketap bibir. Perlahan mata kembali memandang wajah Ikmal.
"Abang tak boleh salahkan Aina..."
"So, betullah yang Aina kahwin dengan abang sebab terhutang budi? Sampai sekarang?" soal Ikmal tidak puas hati.
"Ye! Memang Aina kahwin dengan abang sebab terhutang budi. Sebab abang dah banyak tolong Aina. Sebab abang sentiasa ada bila Aina perlukan seseorang!" Uyaina tanam pandangan ke anak mata Ikmal.
Ikmal terdiam kecewa. Selama ini dia mengharap yang Uyaina menerimanya kerana cinta. Bukan kerana budi yang ditabur selama ini. Kepala digeleng tanda kecewa.
"Tapi itu dulu, abang. Sekarang Aina sayangkan abang. Cintakan abang!" tegas Uyaina.
Ikmal diam. Wajah Uyaina terus dipandang seketika.
"Tapi still sebab terhutang budi kan?" soal Ikmal lemah.
Uyaina ketap bibir. Tangan cuba meraih lengan Ikmal tapi Ikmal menepisnya lembut.
"Abang nak bersendirian!" Usai habiskan kata, Ikmal mengatur langkah perlahan. Bersama fikiran yang mula berkecamuk. Bibir diketap perlahan. Dia tidak tahu apa yang membelenggu dirinya ketika itu. Mengetahui punca Uyaina menerima dirinya satu ketika dahulu buat dia keliru.
"Abang!" Uyaina cuba mengejar langkah Ikmal.
Ikmal menoleh seketika.
"Leave me alone!" putus Ikmal lemah. Terus atur langkah menuju ke tangga rumah. Bilik tamu dituju.
Uyaina mengeluh kasar. Hanya kerana perkara kecil, isu jadi besar. Bukan niatnya memperlakukan Ikmal seperti itu. Tapi dia cuma mahu meluahkan isi hati yang terpendam selama ini. Memang dia menerima Ikmal sebelum ini kerana budi. Tapi kini berbeza. Hatinya betul-betul sayangkan Ikmal.

IKMAL meraup wajah kasar sambil mengaminkan doanya. Tengahari itu, dia sengaja menunaikan solat zuhur tanpa Uyaina. Dia mahu bersendiri melayan perasaannya yang sedikit terkilan itu. Baru mahu bangun, pintu bilik tamu diketuk dari luar. Dia yakin yang mengetuk itu adalah Uyaina.
Belum pun bergerak ke pintu, pintu itu terbuka dari luar. Terjengul kepala Uyaina ke dalam.
"Aina dah siapkan makan tengahari," kata Uyaina lembut seraya membuka pintu bilik itu luas.
Ikmal tidak memandang Uyaina, sebaliknya sengaja fokus pada sejadah yang sedang dilipat.
Uyaina mengeluh perlahan. Langkah diatur menghampiri Ikmal. Melihat wajah cemberut Ikmal, yakinlah dia yang Ikmal sedang merajuk.
"Abang... jom makan?" ajak Uyaina lembut.
Ikmal diam. Masih dengan tingkahnya tidak peduli pada Uyaina.
Uyaina berdecit. Tanpa amaran, sejadah di tangan Ikmal itu dirampas kasar.
"Abang! Aina cakap dengan abang ni," kata Uyaina geram.
Ikmal berdecit. Wajah Uyaina dipandang seketika.
"Tak payah kacau abanglah. Kalau nak makan, pergilah makan sendiri. Abang tak lapar!"
Uyaina menarik nafas sedalamnya. Tubuh menghadap tubuh Ikmal. Sejadah yang berada di tangannya itu diletak ke borai katil lalu meraih jari jemari Ikmal. Bibir menguntum senyum. Kaki dijongketkan ke arah Ikmal.
Cup! Tanpa amaran, bibir Ikmal dikucup. Serentak wajah membahang kerana malu pada tindakan sendiri. Namun Uyaina abaikan.
"Ikmal menahan nafas yang mula tidak teratur angkara tindakan Uyaina. Gila tak tergugat. Lagi-lagi bila Uyaina cuma mengenakan dress bertali halus mengikut bentuk badan dan memperlihatkan bahagian dadanya yang putih melepak. Nak-nak pula, rambut diikat tinggi. Lagilah menggoda dengan leher yang jinjang. Ikut hati, iman dah runtuh.
"Aina buat apa ni?" soal Ikmal tidak keruan.
Uyaina tersenyum menggoda. Kedua lengan melingkari leher Ikmal dan wajahnya dirapatkan ke telinga Ikmal.
"Abang rasa kalau sayang cuma terhutang budi, baby ni ada tak dalam ni?" Uyaina jongket kening. Serentak juga tangan mencapai tangan kiri Ikmal dan membawanya ke perut yang masih kempis. "Dalam ni ada cinta hati abang dengan sayang tahu. Abang ingat senang-senang sayang nak bagi dia duduk dalam ni kalau sayang tak cintakan abang?" Sekali lagi Uyaina melakar senyuman menggoda.
Ikmal ketap bibir. Keberanian Uyaina buat dia hilang arah. Keseksian Uyaina buat dia lupa tentang kekecewaannya. Namun dia menepis keinginan dengan ego sendiri. Lantas lengan kanan Uyaina yang melingkar di leher, dijatuhkan dan tangan kiri yang berlabuh di perut Uyaina ditarik perlahan.
"Tak payah nak menggoda sangat. Abang tak berminat," balas Ikmal sambil memusing tubuh untuk pergi.
Uyaina ketap bibir. Tanpa amaran, tubuh Ikmal dipeluk dari belakang.
"Abang... Sayang tak reti pujuk orang merajuk. Tapi sayang nak abang percaya yang sayang mungkin kahwin dengan abang sebab terhutang budi tapi itu dulu. sekarang ni, sayang tak malu nak mengaku yang abang adalah lelaki paling sayang mahukan dalam hidup sayang. Tiada lelaki lain selain abang..." ucap Uyaina jujur.
Langkah Ikmal terhenti. Mendengar ucapan jujur Uyaina buat bibir menguntum senyum tanpa sedar. Senang sekali hatinya ter pujuk mendengar ucapan jujur itu.
"Tapi sayang kahwin..."
"Penting ke benda tu untuk dijadikan isu sedangkan kita dah bahagia dengan cinta dan kasih sayang yang tersemai selama ni?" cantas Uyaina sekaligus melerai pelukan. Lengan Ikmal ditarik agar Ikmal kembali menghadap nya. Wajah Ikmal dipandang tekun. "Penting ke sedangkan sayang dah rela serahkan seluruh hidup sayang pada abang. Sayang dah rela mengandungkan zuriat abang?" soal Uyaina sambil menanam pandangan ke wajah Ikmal.
Ikmal terdiam. Soalan Uyaina itu meresap masuk dalam hatinya. Mungkinkah dia terlalu berfikiran negetif sampai melupakan perkara yang satu itu. Bibir meluahkan keluhan tanpa sedar. Pandangan Uyaina dibalas dalam. Memikirkan kata-kata Uyaina, rasa terkilan dan kecewa beransur pergi. Dia tidak mahu isu itu mengganggu emosi Uyaina yang sedang mengandung. Perlahan tangan kanan naik ke bahu Uyaina dan menarik Uyaina dalam pelukannya.
Uyaina melerai pelukan dan memandang wajah Ikmal bersama bibir yang sudah melorek senyum.
"Abang minta maaf. Abang terlalu ikutkan perasaan. Abang tak sepatutnya..."
Cup! Melekat bibir Uyaina pada bibir Ikmal, menghentikan kata-kata Ikmal. Pandangan mata bertemu beberapa saat sebelum Uyaina melepaskannya. Bibir menguntum senyuman nakal.
"Denda untuk abang sebab terlalu sensitif. Sepatutnya sayang yang sensitif sebab mengandung. Ni dah terbalik," kata Uyaina separuh mengusik.
Ikmal tergelak seketika. Tingkah Uyaina buat dia tidak mampu menahan rasa yang bertamu. Laju lengannya meraih pinggang Uyaina sekaligus menarik tubuh Uyaina agar rapat ke tubuhnya.
"Dan ini denda untuk sayang sebab buat abang sensitif. Takkan sayang tak tahu yang abang juga jadi sensitif sebab sayang mengandung..." Ikmal terus membenamkan bibirnya ke bibir Uyaina.
Uyaina kaku sekejap. Rasa menyesal bertandang tiba-tiba. Lantas cuba menolak tubuh Ikmal agar menjauh,namun gagal bila Ikmal menolak tubuhnya sehingga jatuh terbaring atas katil.
"You're mine now... sayang..."
Ikmal kenyit mata sambil mengukir senyuman gatal. Tambah lebar senyumannya melihat wajah Uyaina yang sudah berubah merah. Niatnya cuma satu. Menghilangkan resah yang bertamu di dalam hati, sekaligus menghanyutkan Uyaina dalam dunia mereka yang tersendiri dan menikmati dunia rumahtangga yang penuh dengan kemanisan.

Assalamualaikum Selamat Hari Raya Rakan pembaca yang dikasihi dan setia menanti update dari Eyfah. Maaf ye, Eyfah busy sangat. Buat biskut, masak juadah buka puasa dan yang menyedihkan battery laptop tk sampai lagi. Eyfah update dengan phone je. Sakit jari jemari ni menaip. Tapi Eyfah gagahkan aje. Untuk korang semua. Di hari lebaran, Eyfah harap kamu semua dapat maafkan segala silap Eyfah. Jika ada terkasa bahasa, Eyfah minta ampun. Yang baik itu datang dari Allag S.W.T, dan segala kekurangan itu dari Eyfah sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience