BAB 43

Romance Series 154867

IKMAL ukir senyuman lebar tatkala hidangan terakhir itu mendarat di atas meja makan. Puas hati dapat memasak untuk Uyaina. Setelah memastikan semua makanan sudah tersedia, Ikmal atur langkah keluar dari ruang makan. Tangga dituju, seterusnya tingkat atas dijejaki.
Berdetak laju jantung Ikmal sebaik melihat tubuh Uyaina yang hanya dibaluti tuala separas peha. Gila tak debar. Haish! Halal tu. Nak baham? Memang taklah. Kang makan terajang dari Uyaina.
Ehem!
Pucat lesi wajah Uyaina mendengar deheman itu. Pantas dia berpusing menghadap Ikmal sambil ketap bibir. Melihat pandangan Ikmal, jantung berdetak laju. Irama merdu hilang entah ke mana.
“A… abang. Bukan abang tengah masak ke?”
Ikmal tahan senyum bersama rasa yang hadir. Langkah akhirnya tiba di hadapan Uyaina. Mata menilik tubuh Uyaina dari atas ke bawah. “Dah siap. Abang masak simple je. Ni kenapa seksi sangat ni? Tak nak lunch ke?” Ikmal jongket kening nakal sambil sebelah tangan meraih lekuk pinggang Uyaina. Terlihat dada Uyaina yang sedikit berombak. Pasti gemuruh.
Uyaina gigit bibir. Tangan ditekap awal-awal ke dada Ikmal. Tidak mahu tubuh mereka bersentuhan. Dia bukan sengaja berpakaian seperti itu. Tadi nak tidur, tapi niat terbantut kerana tubuh rasa melekit. Itu yang bangun. Tak sangkalah pulak… Mak! Aina nak nangis. Wajah merona malu.
“Abang…Aina nak pakai baju,” kata Aina. Hampir tergeliat lidahnya.
Ikmal sembunyi senyum. Gelora hati disimpan rapi. Pautan di pinggang Uyaina dilepaskan. Tapi rambut Uyaina yang disanggul sengaja dilepaskan membuatkan rambut Uyaina yang sedikit basah terurai. Wangi. Tak boleh jadi ni.
“Cantik…” leret Ikmal separuh berbisik sambil memaut dagu Uyaina agar bertentang mata denganya.
Uyaina berdecit kecil. Tapak tangan kanan ditekap ke perut sambil bibir menarik senyuman malu. “Aina lapar…”
Ikmal tergelak kecil. “Okey. Abang tunggu kat bawah. Cepat tahu…”
Sejurus itu, Ikmal pusing tubuh dan berlalu pergi. Lagi lama dia melihat Uyaina dalam keadaan itu, lagi gila dia dibuatnya. Bukan mudah nak menahan nafsu yang satu itu. Apatah lagi Uyaina halal untuk disentuh dan dimanjai.
Uyaina menghembus nafas lega. Hampir saja. Inilah padahnya kalau lupa kunci pintu. Kena pula berkongsi bilik dengan suami. Dengan tuala saja yang ada di badan. Haduh!
LEBAR senyuman Ikmal melihat kelibat Uyaina muncul. Melalui pandangan Uyaina, dia tahu Uyaina malu dengan kejadian sebentar tadi.
“Jemput duduk sayang…” Ikmal bangkit sambil menarik kerusi untuk Uyaina.
Uyaina senyum. “Tak payahlah layan Aina sampai macam ni sekali. Aina boleh bu…”
Kata-kata Uyaina terhenti tatkala bibirnya dikucup sesaat. Serentak wajah kembali membahang. Mata membulat.
Ikmal tarik wajah sambil kenyit mata. “Stop talking and eat!”
Uyaina ketap bibir. Decitan halus terbit dari bibir. Malu makin meningkat. Lelaki itu langsung tak tahu nak bertapis. Di meja makan pun boleh suka hati main cium. Dia ingat bilik tidur ke. Geram juga ada.
“Abang ingat ni drama korea ke? Buat scene kiss kat meja makan pula.” Uyaina menjeling geram sambil melabuhkan duduk.
Ikmal tarik senyum. “Abang boleh buat benda tu di mana-mana dalam rumah ni. Lagipun dalam rumah ni, hanya kita berdua. So… tiada yang nak dirisaukan. Faham, sayang…”
Uyaina mencebik. “Yelah!”

UYAINA menarik langsir yang menutupi pintu gelangsar kaca itu. Ingin tahu apa yang ada di belakang rumah. Ikmal sudah menghilang ke pejabat. Katanya ada urusan. Mata memerhati setiap bunga-bungaan yang mekar di belakang rumah. Itu bermakna, rumah itu sudah didiami Ikmal selama ini. Melalui susun atur perabot dalam rumah itu, Uyaina sedikit sebanyak dapat meneka Ikmal lelaki yang santai. Tidak suka serabutkan diri dengan masalah peribadi dan masalah kerja.
Langkah dibawa ke sofa sederhana mewah. Anak Dato’ tapi suasana rumah itu tidak menampakkan yang Ikmal anak dato. Tergeleng kepala Uyaina sekejap. Bibir menguntum senyum. Tak sangka, dia akhirnya tiba di rumah itu.
Telefon yang berada di tangan, ditilik. Godek punya godek, nombor Mak Ngah Siah dicari. Dengan siapa lagi dia hendak tanya tentang keluarganya kalau bukan dengan Mak Ngah Siah. Untung Mak Ngah Siah masih mahu melayannya biarpun dia bukan lagi menantu wanita itu.
Selama ini pun, dia sentiasa menghubungi Mak Ngah Siah untuk dapatkan khabar keluarganya. Cuma dia minta Mak Ngah Siah rahsiakan dari semua orang. Ada dendam yang perlu dilunaskan. Bibir menguntum senyum sinis. Gigi dikatup rapat.
Uyaina yang kembali, bukan Uyaina yang dulu. Cengeng dan lemah. Kali ini dia kembali sebagai isteri bakal CEO sebuah syarikat terkemuka. Bukan itu saja. Dia juga sudah berubah menjadi Uyaina yang keras hati. Lebih cekal dan lebih tabah dari Uyaina yang dulu.

IKMAL tersengih sendiri. Tak sabar nak balik rumah untuk bertemu dengan Uyaina. Dia terpaksa tinggalkan Uyaina beberapa jam lepas kerana kerja yang tidak boleh dielakkan.
Said yang kebetulan masuk untuk minta tandatangan dari Ikmal berkerut dahi. Terangkat keningnya melihat sengihan senget Ikmal.
“Bukan main lebar sengihan kau? Tahulah bini dah ada kat rumah. Tak payah nak excited sangat,” perli Said sambil melabuhkan duduk di hadapan Ikmal.
Ikmal mencebik bibir. “Kau jeles ke?”
Bercantum kening Said mendengar soalan bernada sinis itu. Jari telunjuk naik ke wajah. Menuding wajah bersama kening yang terangkat. “Aku jeles?”
“Yelah,” balas Ikmal tidak mahu kalah.
Said meledakkan tawa tanpa amaran. “Tak kuasa aku nak jeles. Berlambak perempuan nak kat aku. Yang aku nak pergi jeles kat kau kenapa? Bini kau pun, aku tak kenal, nak jeles kenapa?”
Melihat Said ketawa, Ikmal menjuihkan bibir. “Gelak… gelak. Kau tak nampak lagi bini aku kan? Majlis makan malam lusa aku bawa dia. Biar ternganga mulut kau tengok tahap kejelitaan dewa dia tu. Meleleh air liur kau nanti…”
Said menghentikan tawa. Bibir dicebik. Entah siapa bini Ikmal pun, dia tak tahu. Jauh sekali nak meleleh air liur. Huh! Ramai lagi perempuan di luar sana yang boleh bagi dia meleleh air liur. Tapi isteri Ikmal, tak akan sama sekali. Tapi di sudut hati kecil, nak juga dia tahu siapa isteri kesayangan Ikmal. Rasa ingin tahu semakin membuak bila Ikmal sanggup berhabis duit semata-mata hendak ke London. Kalau dia, memang takkan jadi semua tu. sanggup je dia cari perempuan lain daripada menanti yang jauh di seberang dunia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience