IKMAL rangkul tubuh Uyaina dari belakang. Dagu disangkut ke bahu Uyaina sambil bibir singgah di pipi Uyaina.
“Are you okey sayang?” seikhlas hati soalan diberikan kepada Uyaina sambil mata ralit merenung setiap inci wajah Uyaina. Perasan, Uyaina lebih banyak membisu sejak balik dari kampung.
Uyaina mengerling sambil angguk kepala. “Aina okey…”
“No, you not sayang,” ujar Ikmal sambil membawa tubuh Uyaina agar berdepan dengannya. Wajah Uyaina ditatap penuh kasih sayang.
Uyaina cuba tundukkan wajah namun pantas Ikmal memaudt dagunya.
“Tell me. What happen?” Bibir singgah di dahi Uyaina sambil tubuh Uyaina dipeluk erat.
Uyaina ketap bibir. Memang dia sedikit terganggu. Terkesan dengan sikapnya sendiri terhadap orang kampung sehari lepas. Tubuh Ikmal ditolak perlahan sambil kepala didongakkan ke wajah Ikmal.
Pandangan mata mereka bertaut seketika. Bibir Ikmal yang tidak henti senyum buat hati Uyaina tenang.
“Aina ingat bila Aina layan mereka dengan cara macam tu, Aina akan tenang…” kata Uyaina lembut sambil mencapai jari jemari Ikmal dan ditautkan dengan jari jemarinya.
Ikmal sungging senyum. “Layan macam mana?”
Uyaina hela nafas sekejap sebelum memulakan cerita. Sambil itu, jari jemari suaminya terus dielus lembut.
Ikmal tarik nafas panjang bila mendengar cerita Uyaina. Tubuh Uyaina dipeluk lagi. Tanda mahu memberi semangat kepada isterinya. Beberapa saat kemudian, Ikmal lerai pelukan dan kedua bahu Uyaina dipegang lembut.
“Nak balas dendam tak semestinya kita tenang. Lebih elok kita lepaskan semua dan mulakan kisah yang lebih indah dari tu. Lagipun, jadi orang lain lebih sakit dari jadi diri sendiri,” kata Ikmal lembut sambil mata ditanam ke anak mata Uyaina.
Uyaina ketap bibir sambil membalas panahan anak mata suaminya. “Tapi macam mana dengan kesakitan yang kita pernah rasa? Tak kan nak biar semua tu berlalu macam tu saja?”
Ikmal tarik nafas sedalamnya. “Allah beri ujian sebab Allah sayang. Bukan sengaja nak seksa kita. Kita Cuma perlu reda. Terima semuanya dengan hati yang lapang. Cuba sebut ‘Alhamdulillah, terima kasih atas ujian ini, ya Allah.’ Mesti tenang.”
Uyaina diam. Lebih kepada memikirkan tentang kata-kata suaminya.
Melihat Uyaina membisu, Ikmal tarik senyum. “Abang suka Aina jadi diri sendiri. Tak perlu nak berdendam dan tak perlu nak fake macam orang lain. Semua tu tak beri apa-apa manfaat pun.”
Uyaina diam lagi. Hanya mata membalas tatapan mata suaminya.
“Dah, pergi siap. Kita nak ke rumah papa. Papa dengan mama nak sangat jumpa sayang,” arah Ikmal sambil mengelus rambut Uyaina manja.
Uyaina lorek senyum paling ikhlas khas untuk suaminya seraya membawa langkah ke ruang almari.
Mata Ikmal setia mengekor langkah sang isteri sehingga menghilang dibalik dinding. Tanpa sedar, satu keluhan panjang meletus dari bibirnya. Dia sangat berharap yang Uyaina tidak terlalu melayan perasaannya kerana dia takut satu masa nanti, Uyaina akan menyesal.
“ASSALAMUALAIKUM, mama papa…” Uyaina menghulur tangan untuk bersalaman.
Datin Sumaiyah tersenyum sambil menarik Uyaina dalam pelukannya. “Wa’alaikumsalam. Apa khabar menantu mama?”
Uyaina tersipu malu memandang Ikmal bila diperlakukan sebegitu oleh Datin Sumaiyah.
Datuk Shamsuddin tergelak kecil melihat telatah isterinya. “Apa khabar, Aina?”
Pelukan dilerai dan Uyaina membalas pandangan mereka sambil senyum. “Alhamdulillah. Baik ma, pa,”
“Alhamdulillah. Ni datang bermalam ke singgah je?” tanya Datin Sumaiyah lembut. Mata memandang Ikmal sambil kening dijongket ingin tahu.
Ikmal diam sesaat sambil mengerling Uyaina. Dia tidak mahu Uyaina tidak selesa nanti.
“Tak bermalam. Singgah makan malam je. Kan papa dengan mama ajak makan malam. Mana Darina?” sempat Ikmal panjangkan leher mencari Darina.
Datin Sumaiyah diam sambil cebik bibir bila dengar soalan itu.
“Mana lagi kalau bukan dengan si sotong kesayangan dia tu,” balas Datuk Shamsuddin.
Ikmal tergelak. Terbayang rakan baik Darina yang gay itu. Berkali dilarang berkawan, tapi masih juga berdegil.
“Eh, masuklah. Berdiri kat luar ni, buat apa,” ajak Datin Sumaiyah sambil mencapai lengan Uyaina. Lalu ditarik Uyaina ke dapur. “Hari ni, mama nak Uyaina stay dengan mama kat dapur. Teman mama sambil kita borak. Boleh?” Datin Sumaiyah paling muka ke wajah Uyaina sambil ukir senyuman manis.
Uyaina terpaku sekejap. Kemesraan dan kebaikan yang ditunjukkan oleh keluarga itu jauh bezanya dengan keluarganya. Bibir diketap perlahan.
“Boleh mama…”
Datin Sumaiyah senyum. Tiba di dapur, Datin Sumaiyah lepas lengan Uyaina lalu menuju ke peti sejuk.
“Aina ada balik kampungkan?” Wajah Uyaina ditoleh sesaat sebelum pintu peti sejuk jenama Toshiba itu dibuka.
“Er...”
“Ikmal bagitahu semalam yang Aina balik kampung sehari je. Dapat jumpa mak ke?” Datin Sumaiyah tutup pintu peti sejuk sambil tangan kanan memegang satu bungkus ayam bulat. Mata tepat ke wajah Uyaina yang masih berdiri.
“Haah, ma. Aina balik kampung sekejap je,” balas Uyaina serba salah. Takkan nak menipu. Terang-terang mak mertuanya sudah bagitahu yang Ikmal beritahu mereka perkara itu. Takut pula orang tua itu berkecil hati.
Datin Sumaiyah menuju sink sambil ukir senyum. Tahu apa yang Uyaina fikir, setelah melihat wajah serba salah Uyaina. “Jangan risaulah. Mama okey. Tak marah pun,”
Uyaina sungging senyum sambil menuju sink. “Mama nak masak apa ni? Aina tolong, boleh?”
Datin Sumaiyah gelak seketika. “Boleh je kalau Aina nak. Mama nak masak ayam butter. Aina tolong siapkan bahan, boleh?”
Uyaina angguk sambil atur langkah ke peti sejuk. Ayam butter je. Bukannya susah mana.
“Mama tak upah orang gaji ke?” tanya Uyaina ingin tahu. Mustahil Datin Sumaiyah sanggup mengemas rumah sebesar alam itu sendiri.
Datin Sumaiyah senyum segaris. “Upah. Bukan untuk masak. Untuk kemas rumah dengan basuh kain je.”
Uyaina angguk kepala tanda faham.
“AINA!” Terpekik Darina saat mata melekat pada tubuh Uyaina. Serentak dia meluru kea rah Uyaina dan merangkul tubuh itu seolah mereka sudah mesra sekian lama dahulu.
Ikmal yang kebetulan masuk ke dalam dapur menggeleng kepala melihat gelagat adiknya. Selamba bahu Darina ditampar.
“Jangan nak peluk kuat sangat. Pengsan bini abang kat sini kurang oksigen.”
Uyaina tersenyum malu sambil membalas pelukan Darina.
Datin Sumaiyah yang berada di tepi dapur sambil memegang sudip, geleng kepala melihat telatah anak perempuannya itu.
Darina mencebik sambil melepaskan tubuh Uyaina. Ikmal dijeling sekejap. “Eleh! Abang peluk tiap malam, tak kurang oksigen pun. Bukan takat peluk je, ditindih lagi,”
Terbeliak mata Ikmal mendengar kata-kata Darina. Sempat dia kerling wajah Uyaina yang sudah membahang malu. “Adik!”
“Apa?!” Darina jongket bibir. Sengaja mengenakan abangnya.
“Darina… apa benda Darina mengarut ni? Tak baik cakap benda macam tu. Darina tak kahwin lagi. Ke nak mama kahwinkan dengan Pak Mail?” Datin Sumaiyah menyampuk. Kasihan melihat wajah Uyaina yang sudah berubah malu.
“Mama…” rengek Darina.
Ikmal ketawa mengejek. “Habislah adik kena kahwin dengan Pak Mail. Cuba bayangkan kalau Pak Mail yang tindih adi…”
Pak! Sudip singgah di bahu Ikmal.
Datin Sumaiyah membeliakkan mata memandang Ikmal. “Jangan nak cakap benda-benda macam tu, boleh tak. Tak elok tahu!”
Ikmal sengih segaris. Uyaina yang sudah menjegilkan mata dikerling sambil kening terjongket. “Adik yang mulakan…”
Darina mencebik. “Adik mulakan tapi abang yang teruskan…”
“Dah! Mama dengan Aina nak masak. Kamu berdua kalau masuk setakat nak mengacau, pergi blah! Kang mama pukul dengan sudip,” kata Datin Sumaiyah angkat tangan acah mahu memukul dua beradik itu.
“Aiyo… mama ni. Abang pergi depan dulu sayang. Mama dah angkat sudip tu. Kang benjol abang nanti,” serentak pipi Uyaina dikucup tanpa amaran.
Membulat mata Uyaina. Kulitnya membahang malu. Bibir diketap kuat sambil mata mengerling Darina yang mencebik sambil menonong ke pintu keluar.
“Macam dia seorang je dah kahwin,” perli Datin Sumaiyah pula sambil menjeling geram. Tak tahu nak bezakan bilik dengan tempat terbuka Ikmal ni. Mahu saja dia ketuk dengan sudip. Kasihan Uyaina.
IKMAL dan Uyaina balik dari rumah keluarga Ikmal ketika jam sudah menginjak ke angka sebelas malam.
“Baiknya keluarga abang. Kalaulah keluarga Aina sebaik itu,” keluh Uyaina lemah sambil memandang ke luar tingkap kereta. Merenung suasana perjalanan yang ditemani lampu jalan.
Ikmal tersenyum mendengar keluhan itu.
“Jangan nak bandingkan keluarga abang dan keluarga Aina. Setiap perkara ada kelebihan dan kekurangan,” tegur Ikmal lembut.
Uyaina menoleh ke kanan. Mata melekat pada raut wajah Ikmal yang sedang pandang ke depan tanda fokus memandu. Terang-terang keluarga mereka jauh bezanya.
“Kenapa abang terus mahukan Aina sedangkan ramai lagi perempuan yang lebih layak untuk abang?”
Satu soalan yang sudah berkali Ikmal beri jawapan tapi dia masih juga bertanya.
Ikmal tarik nafas panjang sambil mengerling Uyaina. “Sebab hati abang dah terpaut sejak pandangan pertama. Waktu tu hanya sayang dan selamanya sayang.”
“Macam mana kalau Aina tiba-tiba sayangkan lelaki lain?” soal Uyaina menduga.
Ikmal diam seketika. Bagaimana? Itu kan kebahagiaan Uyaina. Dia akan bahagia bila Uyaina bahagia. Bila Uyaina terluka, dia juga akan terluka. Apa maknanya dia hidup dengan Uyaina kalau Uyaina tidak bahagia.
“Abang akan lepaskan sayang untuk sayang cari kebahagiaan sayang. Kalau boleh abang akan tolong sayang cari kebahagiaan sayang.”
Uyaina terpaku seketika. Matanya langsung tidak dilarikan dari memandang wajah Ikmal.
“Biarpun abang terluka?” Uyaina jongket kening.
Ikmal senyum sambil memandang Uyaina sekilas.
“Abang bahagia kalau sayang bahagia. Abang terluka kalau sayang terluka. Kerana hati seluruh hati abang, Uyaina dah rampas sepenuhnya. So, apa yang sayang rasa, itulah juga yang abang rasa.”
Uyaina kehilangan kata-kata. Rasa terharu menyelinap masuk dalam hatinya. Tertunduk dia seketika.
Melihat Uyaina diam, Ikmal sungging senyum. Sebelah tangan mencapai jari jemari Uyaina dan membawanya ke bibir sambil mata dihala ke depan.
“Kalau satu masa nanti sayang dah tak sayangkan abang. Tak cintakan abang, just told me. Abang sedia menerima semuanya…”
Uyaina kelu. Hanya hati menangis melihat keikhlasan yang terpancar di wajah suaminya. Kenapa dia ditemukan dengan lelaki yang terlalu baik.
“Kenapa abang terlalu baik pada Aina?”
“Kerana bila abang sakiti Aina, abang juga akan sakit. Abang tak nak sakit. Abang Cuma nak bahagia dengan Aina. Faham?” Ikmal tarik senyum lebar.
Kadang sukar menerima sesuatu dengan mudah tapi dia sentiasa belajar untuk reda dan ikhlas dalam semua perkara.
Assalamualaikum Terima kasih semua kerana masih nantikan updated dari Eyfah. lov you guys
Share this novel