UYAINA rapikan rambut dan pakaiannya. Kemas dan bergaya. Nama pun syarikat kecantikan. Kalau dia tidak bergaya, boleh kena kecam satu Malaysia.
Ikmal yang keluar dari ruang almari tersenyum seketika. Tubuh Uyaina dirapati dan dirangkul dari arah belakang. Wangian enchanter yang dipakai Uyaina, buat Ikmal tidak tentu arah. Namun disabarkan hati. Keduanya nak pergi kerja. Kalau tidak, sah berlayar dipagi hari.
"Abang..."
"Hmmm..."
Uyaina cuba longgarkan rangkulan suaminya, namun Ikmal sengaja mengeratkan. Bibir sempat singgah di pipi Uyaina membuatkan Uyaina berdecit kegelian.
"Aina nak kerja ni..."
"Abang pun nak kerja,"
Uyaina berdecit.
"Kenapa pakai lawa sangat?" tanya Ikmal lembut. Sambil itu mata menilik wajah Uyaina yang dihiasi solekan ringkas. Biar ringkas, tapi masih kelihatan jelita.
Uyaina berkerut dahi. Mata menilik tubuh dari atas ke bawah.
"Cantik ke? Biasa je," nafi Uyaina perlahan.
Ikmal lerai pelukan. Tubuh isterinya dipusing menghadap tubuhnya. Lantas mata terus menilik Uyaina dari atas ke bawah. Office jumpsuit yang dipakai oleh Uyaina langsung tidak mengena di matanya. Agak sendat dan memperlihatkan bentuk tubuhnya.
"Abang tak suka sayang pakai macam ni," komen Ikmal lembut.
Uyaina tarik bibir. Apa yang tak kena? "Kenapa?"
Ikmal mengeluh kecil. Takut nanti kalau dia bersuara, Uyaina kecil hati. Lantas mata Uyaina yang dihiasi eyeshadow nude ditenung. Matanya yang sedia cantik tambah menyerlah. Perlahan dahi Uyaina ditarik rapat ke bibirnya.
"Abang tak senang hati bila tengok sayang keluar dari rumah dalam keadaan macam ni." Ikmal melabuhkan bibirnya di dahi Uyaina sambil kedua tangan melingkari tubuh Uyaina.
Uyaina mengeluh kasar. Satu perkara yang dia tidak suka, bila apa yang dipakainya, dipertikaikan.
"Abang... Aina ni bos tahu. Aina kena jaga imej Aina," balas Uyaina sebaik Ikmal melerai pelukan dan menjauhkan bibirnya dari wajahnya.
Ikmal senyum. Rambut Uyaina yang berjuntai di dahi, diselit ke belakang.
"Abang tahu sayang. Tapi tak semestinya tak pakai seksi, tak pakai make up sayang tak jaga imej kan?" Kening dijongket sambil mata terus merenung wajah Uyaina.
Uyaina ketap bibir. Renungan mata lelaki itu buat dia kalah."Fine. Aina tukar dan Aina basuh muka,"
Baru Uyaina mahu menolak tubuh Ikmal, Ikmal menarik lengan Uyaina, agar kembali menghadap dirinya.
"Marah?" tanya Ikmal lembut.
Uyaina diam. Hanya tunduk merenung lantai. Takkan nak kata marah. Terang-terang yang dia buat tu salah.
"Sayang..." panggil Ikmal sambil memaut dagu Uyaina agar mendongak.
Uyaina mendongak. Pandang mata bertaut seketika mengundang senyuman paling ikhlas di bibir sang suami.
Ikmal mengelus lembut wajah kesayangannya itu.
"Wajah Aina dah sedia cantik. Kalau tambah lagi makeup, lebih cantik. Tapi abang lagi suka wajah yang asli. Badan Aina, terlalu lawa untuk dipertontonkan kepada semua orang di luar sana. Kalau boleh, abang tak nak kongsi pemandangan dengan diorang. Pemandangan yang indah ni hanya untuk abang." Lembut tutur bicara Ikmal menyapa pendengaran Uyaina. Memaksa Uyaina beralah.
"Aina tukar..."
Ikmal tersenyum mendengar kata-kata Uyaina. "Aina ikhlas?" Kening dijongket. "Kalau tak ikhlas, tak payah..." sambung Ikmal lagi.
Uyaina angguk laju tapi hati hanya dia yang tahu. Nak buat macam mana. Memang hidupnya terikat dengan Ikmal. Ikmal berhak buat keputusan untuk dirinya, apatah lagi tentang itu.
IKMAL melangkah masuk dalam pejabat sambil mata meliar. Mencari kelibat Said. Tak sampai di pintu biliknya, Said datang dari arah bertentangan dengan wajah sedikit tertekan.
"Apasal kau ni?" tanya Ikmal hairan. Pintu biliknya ditolak sambil wajah Said dipandang sekilas. Langkah diatur masuk ke dalam.
"Syamira," luah Said sambil mengekori langkah Ikmal masuk ke dalam.
Berkerut dahi Ikmal. Meja dituju tanpa menoleh pada Said. Kunci kereta dicampak ke atas meja lalu punggung dihempas kasar atas kerusi empuknya. Mata memandang Said yang sudah duduk di depannya.
"Apa pula masalah kali ni?"
"Syamira tak nak anak," keluh Said sambil raup wajah lemah.
Ikmal tertawa kecil mendengar masalah Said. "Itu je?"
Berkerut dahi Said mendengar soalan yang meluncur laju dari bibir Ikmal. "Kau mengejek?"
Meletus lagi ketawa Ikmal. Lima saat ketawa, Ikmal berhenti bila sedar wajah serius Said. "Anak tu rezeki Allah. Mana tau dia tak nak sekarang, nanti-nanti dia nak. Benda macam tu tak perlu nak risau."
"Tapi dia ambil depo, Mal." Said meluahkan ketidakpuasan hatinya.
"Depo? Amende depo tu?" Ikmal kerut dahi tanda hairan. Pertama kali dia dengar benda alah tu.
Said berdecit. "Perancang suntik tu. Kan ke kalau ambil tu, harapan nak mengandung cepat tipis?"
Sekali lagi Ikmal berkerut dahi. "Manalah aku tahu bab perancang ni. Aku bukannya perempuan. Tapi... takkan isteri kau ambil perancang sedangkan belum ada anak?"
Said angguk sambil meramas kepalanya.
Tergeleng kepala Ikmal sekejap. "Kau dah slow talk dengan dia?"
Said angguk kesal. Bibir diketap kuat. Kalaulah dia tidak ceraikan Uyaina, pasti dia tidak perlu bergaduh tentang anak. Menyesal pun tak guna.
Ikmal diam sambil berfikir. Sejujurnya, dia tak tahu nak komen apa. Sebab dia dan Uyaina pun belum fikir sampai ke situ.
"So, apa plan kau? Nak paksa dia atau..."
"Aku nak anak. Takkanlah aku dengan Syamira nak berdua sampai ke tua," balas Said sambil menyandar di kerusi empuk itu.
Ikmal tarik nafas sedalamnya. Teringat pula cerita Said mengenai jodohnya yang diceraikan satu ketika dahulu. Waktu baru dengar cerita itu, dia mengutuk Said habis-habisan kerana menceraikan isterinya tanpa sebab yang kukuh.
"Mungkin kalau kau tak ceraikan sepupu kau tu, kau dah ada anak sekarang," komen Ikmal sambil memandang wajah Said.
Said mengeluh kasar. Bila Ikmal timbulkan hal itu, Said teringat kembali pertemuan tang berlaku beberapa hari lepas. Nak terduduk dia bila tengok Uyaina yang sekarang.
"Aku jumpa dia baru-baru ni. Banyak yang berubah," komen Said sambil membayangkan wajah dingin Uyaina.
"Wah... apa kata kau pujuk dia?" Ikmal jongket kening nakal.
Said berdecit. "Dia dah benci aku Mal. pandang muka aku pun tak nak,"
Ikmal tergelak. "Padan muka kau. Waktu dia sudi, kau buang dia."
Said mencebik bibir. Tahulah Ikmal tidak menyokong tindakannya menceraikan isteri yang dipilih oleh arwah Syakila untuknya. Masih terbayang wajah terkejut Ikmal ketika dia menceritakan tentang perkahwinan kedua yang di atur oleh keluarganya. Tambah terkejut bila tahu dia sudah menceraikan isterinya.
UYAINA tersenyum lebar sebaik melihat tubuh Ikmal masuk dalam bilik pejabatnya.
"Masuk tak reti ketuk pintu ke? Tak tahu ke yang abang masuk ni bilik bos?" Kening dijongket nakal tanda mahu mengusik.
Ikmal melepas tawa sambil membawa langkah menuju ke kerusi Uyaina.
"Abang tak kisah. Sebab bos kepada bos ni adalah abang."
Uyaina menjuihkan bibir. "Kuasa veto?"
Ikmal tarik bibir senget. "Hakikat Mrs. Ikmal. Lunch?"
Uyaina senyum segaris sebelum tangan mencapai beg tangannya. "Nak lunch kat mana?"
"Hati sayang," balas Ikmal sambil kenyit mata.
Uyaina memuncung bibir sambil bangun. Langkah dibawa menghampiri Ikmal. "Nak lunch dalam hati Aina, ada syaratnya..."
Ikmal tergelak sambil bangun. Pinggang Uyaina diraih dan bibir didekatkan ke telinga Uyaina. "Apapun syaratnya, akan abang tempuhi."
Uyaina ketawa kecil mendengar kata-kata Ikmal. "Ye lah tu."
"Betullah." Ikmal melepaskan pinggang Uyaina lalu meraih jari jemari kanan Uyaina. "Jom. Abang lapar..."
Uyaina tersenyum sambil mengekor pergerakan Ikmal.
"ABANG, kita buat apa kat mall ni. Banyak lagi kerja Aina kat pejabat tu," komen Uyaina sebaik mereka melangkah masuk ke Pavilion.
Ikmal mengeratkan tautan. Mata mengerling Uyaina sebelum meliar mencari sesuatu. "Kita cari barang jap."
Uyaina kerut dahi. "Barang apa?"
"Adalah..." leret Ikmal. Malas nak terangkan barang apa yang hendak dicari.
Akhirnya langkah mereka terhenti di sebuah kedai menjual barang kemas. Apa yang mengejutkan Uyaina, Ikmal membelikannya satu set barang kemas yang agak mahal. Tak tahu nak terima atau tidak.
"Abang, Aina tak perlukan benda ni," kata Uyaina sebaik Ikmal selesai membuat pembayaran.
Ikmal tersenyum sambil menyambut bakul yang dihulur kepadanya. "Abang nak sayang pakai untuk abang. Boleh kan?"
Uyaina berdecit. Dia bukan jenis perempuan yang sukakan barang kemas. Rimas dan rasa terganggu.
"Abang..."
"Sayang... apa salahnya abang belikan sayang. Sayang tu isteri abang. Bukannya perempuan simpanan," pintas Ikmal lembut. Sekali lagi jejari mereka bertaut sebelum meninggalkan kedai itu.
Hati Uyaina dilanda rasa serba salah.
Kedai kedua yang dimasuki mereka adalah sebuah butik mewah. Makin bertambah resah dalam hati Uyaina. Tambah resah bila melihat harga pakaian yang tertera di tag harga.
Melihat tingkah laku Uyaina, Ikmal sembunyi senyum. Takut harga mahal lah tu!
"Abang yang bayarkan sayang..."
"Tapi..."
"Sayang... only for today okey. Lepas ni sayang shoppinglah seorang-seorang. Abang tak kacau dah," pintas Ikmal sambil mengeratkan tautan jejari mereka.
Uyaina mengalah. Dia sebenarnya tidak suka dengan semua itu. Tapi bila Ikmal sudah membuat keputusan, terpaksa jugalah dia turutkan.
Assalamualaikum, Sorry guy's. 17hb Eyfah busy study untuk ujian komputer. Dari pagi sampai ke malam Eyfah study. Sampai hafal semua jawapan dalam buku tu. Ye lah, pertama kali ambil ujian komputer hari tu, Eyfah failed sebab langsung tak buka buku. Tapi 18hb, Eyfah rasa macam nak melompat guys. fullmark Eyfah dapat. Hahahaha. Dah lah jantung rasa nak terkeluar dari badan sendiri. Tangn menggeletar mengalahkan orang sakit. Adui... itulah kali pertama Eyfah nervous yang tak boleh bawa bincang. Jumaat, Eyfah recover balik tenaga. Haha. Tak leh nak berfikir guys. So... Hari ni Eyfah update. Thank You!Thank You!Thank You!
Share this novel
sweet ja ikmal dgn Uyaina