IKMAL tarik nafas sedalamnya. Wajah Said yang menjelma di hadapannya tidak mampu menarik minatnya untuk berbicara. Hatinya tawar sama sekali. Apatah lagi bila teringat semua penderitaan yang Said berikan kepada Uyaina selama ini.
"Kenapa kau tak pernah bagitahu aku nama Uyaina yang sebenar?"
Ikmal tertawa sinis. Pen yang berada di tangannya itu diletak perlahan ke atas meja dan wajah Said dipandang penuh makna tersirat.
"Perlu ke kau tahu nama isteri aku? Sekarang kau dah tahu kan? Apa lagi kau nak tahu?" soal Ikmal sinis.
Said membalas pandangan sinis Ikmal. Bibir diketap perlahan. Dari riak wajah Ikmal, dia dapat meneka yang Ikmal mengejek dirinya.
"Macam mana kau kenal dia?" tanya Said lagi ingin tahu.
"Takdir dan jodoh yang membawa perkenalan kami," balas Ikmal selamba.
Said tersenyum kelat mendengar jawapan balas dari Ikmal.
"Takdir." Said tertawa kecil setelah menuturkan perkataan itu.
Ikmal hanya memandang tanpa riak. Hati dipalu rasa geram.
"Kau sayang dia?" tanya Said sambil jongket kening.
"Kalau aku tak sayang, aku tak kahwin dengan dia. Aku bukan jenis lelaki macam kau. Senang-senang lukakan hati perempuan," jawab Ikmal sedas.
Said menarik nafas sedalamnya. Bibir menyungging senyuman sinis.
"Kau rasa dia sayang kau?"
Ikmal mendengus tawa. Wajah Said dipandang tajam. "Dia tak akan kahwin dengan aku kalau dia tak sayang aku."
Said meletuskan tawa mengejek. "Uyaina yang aku kenal adalah perempuan yang sentiasa menjaga hati insan yang berada di sekeliling dia. Aku tak hairan kalau dia kahwin dengan kau sebab takut kau kexil hati."
Berderau hati Ikmal mendengar kata-kata sinis Said. Kening bercantum sesaat sebelum bibir diherot ke tepi.
"So, kau nak bagitahu aku yang Uyaina tak cintakan aku? Tak sayangkan aku?"
"Aku tak cakap macam tu. Kau yang cakap. Satu je aku nak cakap kat kau. Aku ni cinta pertama dia. Anything can happen," balas Said sambil menjongket kedua keningnya.
Ikmal ketap bibir. Ikut hati, ingin ditumbuk wajah Said ketika itu.
"Kalau kau masuk bilik aku sebab nak cakap benda ni, lupakan." Ikmal memberi isyarat tangan agar Said keluar dari biliknya.
Tanpa menunggu lama, Said angkat punggung. Dia pun tidak betah menghadap wajah Ikmal sejak dapat tahu Ikmal suami Uyaina.
"PUAN AINA, ada lelaki nak jumpa," beritahu Rahmah, menjenguk kepala ke dalam bilik Uyaina.
Uyaina kerut dahi. "Siapa?"
Rahmah angkat bahu tanda tidak kenal.
"Suruh dia masuk..."
"Baik puan..."
Tidak sampai seminit, telingan menangkap bunyi ketukan pada pintu. Lantas Uyaina mendongak. Berderau hatinya melihat tubuh Said terpacak dipintu biliknya. Terbangun dia dari kerusi.
"Kau buat apa kat sini?" soal Uyaina ieras.
Said tidak menjawab. Sebaliknya dia atut langkah menghampiri meja Uyaina.
"Jumpa Aina..." jawab Said setelah tiba betul-betul di hadapan Uyaina.
Uyaina merengus kasar. "Aku tak nak jumpa kau. Aku takde masa!"
Said menguntum senyum
"Nak atau tak, Aina tetap kena jumpa abang..." leret Said sambil melabuh duduknya di kerusi yang berada di depan Uyaina. Langsung tidak minta izin dari Uyaina.
"Keluar!" Tekan Uyaina tegas. Mata tajam menikam wajah selamba Said. Tapi, Seperti biasa, Said hanya menayang riak tidak peduli.
"Ini bukan Uyaina Arnia yang abang kenal dulu."
Uyaina mendengus kasar. Langkah dipacu kasar menuju ke pintu biliknya dan membuka pintu itu seluasnya.
"Keluar sebelum aku panggil security!" tempik Uyaina tanpa memandang wajah Said.
Said terkedu. Selama dia kenal Uyaina, inilah kali pertama Uyaina bertempik padanya. Tidak mahu ada tempikan kedua kali, Said bangun dengan hati yang berat. Lambat-lambat langkah diatur ke arah Uyaina dan berhenti tepat di hadapan Uyaina.
Uyaina paling pandang. Tidak sudi membalas pandangan itu. Baginya cukuplah segalanya.
"Aina..."
"Out!" Uyaina memintas sambil tangan menunjuk keluar tanpa memandang Said.
Said ketap bibir. Rasa ingin dipeluk tubuh itu. Tapi hati memujuk untuk mengalah. Masa masih panjang lagi.
IKMAL kemam bibir kuat. Jaru jemari digenggam seeratnya menahan rasa sebaik mata terpandang wajah Said keluar dari bangunan yang menempatkan pejabat Uyaina. Pintu kereta ditutup kuat. Langkah diatur menuju ke arah Said.
"Kau buat apa kat sini?!" soal Ikmal tanpa salam.
Langkah said terhenti. Kening dijongket sambil bibir mengukir senyuman sinis.
"Sejak bila aku tak boleh jumpa sepupu sendiri?"soal Said sinis.
Ikmal ketap gigi. Ikut hati, nak ditumbuk saja wajah Said.
"Aku tak suka kau jumpa Aina."
Meletus ketawa Said. Wajah berubah kepada riak tidak percaya. "Itu kata kau. Macam mana kalau dia yang nak jumpa aku?"
Ikmal memandang tajam wajah Said.
"Well... kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa depan, Mal. Aku juga tak pasti kalau aku mampu bertahan tengok dia bahagia dengan kau," kata Said sinis.
"Apa maksud kau?" soal Ikmal keras. Mata ditanam ke wajah Said. Rasa geram makin menggunung.
Said ketawa besar. Buat-buat tak tahu pula. "Kau lupa ke yang aku ni cinta pertama Uyaina. Kau tu cuma pendatang baru dalam hidup Aina. Satu je aku nak bagitahu. Uyaina ni sekali pujuk mungkin tak makan. Tapi aku tak jamin dua kali pujuk dia tak makan."
Ikmal diam. Bibir dan gigi berlaga sesama sendiri. Sakit hati dan marah mula menghantui diri.
"Kau jangan nak cari hal dengan aku Said!"
Said ketawa besar. Melihat wajah Ikmal yang sedang menahan marah, hati rasa geli. Nampak sangat yang Ikmal memang tidak boleh kehilangan Uyaina.
"Tak cari pasal.Sekadar mencuba nasib untuk kali kedua...." Said terus atur langkah untuk pergi bersama senyuman yang penuh makna.
Ikmal ketap bibir. Jari jemari digenggam erat. "Tak guna punya Said!"
Nampaknya Said sedang mencabar kesabarannya ketika ini. Mungkin Said lupa siapa dirinya.
Assalamualaikum Done Update bab menyakitkan hati. Serius, Eyfah sempat ketuk kepala laki Eyfah untuk bab ni. Thank You! Thank You! Thank You!
Share this novel