~Tinta Kehidupan Uyaina~
Bab 4
"Abang fikir apa? Jauh termenung?" Syakila bertanya sambil memandang suaminya yang sibuk termenung seakan fikirkan sesuatu.
Dia sedar tingkah suaminya selepas balik dari Midvalley berubah seratus peratus. Lebih pada diam dan berfikir.
Said pandang Syakila bersama segaris senyuman hambar. Rasa bersalah fikir tentang wanita lain sedangkan isterinya ada depan mata. Dia bukannya fikir sebab apa. Cuma tertanya kenapa Uyaina beria larikan diri darinya.
"Abang fikir pasal Aina?" Syakila menduga sambil kening dijongket.
Said angguk lambat-lambat. Takut isterinya fikir lain.
Syakila sungging senyum. Dia tahu suaminya fikirkan Uyaina. Biarpun Said tak berkongsi cerita dengannya,dia tetap dapat rasa perkara itu.
"Kan Kila dah cakap..."
"Dah! Abang tak nak dengar isu kahwin. Abang fikir pasal dia bukan sebab abang nak kahwin dengan dia. Abang cuma hairan kenapa dia beria larikan diri dari abang. Itu saja," pintas Said sebelum sempat Syakila habiskan ayatnya.
Syakila mengeluh lemah. Dari pandangan Uyaina pun dia dapat rasa yang Uyaina ada perasaan pada Said. Tak kan Said langsung tak sedar perkara itu.
"Aina suka abang. Mungkin dia kecewa sebab kita kahwin,"
Said jeda sejenak. Wajah lembut isterinya direnung seketika. Suka? Tak mungkinlah. Selama ini Uyaina tak pernah bilang yang dia sukakan dirinya.
"Takkanlah macam tu," nafi Said.
Syakila menggeleng kepala mendengar kata-kata Said. "Kalau dia tak suka dia tak akan mengelak dari abang,"
"Tapi abang tak anggap dia lebih dari adik sendiri," balas Said lagi.Ya. Dia langsung tak mengganggap Uyaina lebih dari seorang adik.
"Itu kata abang. Abang pernah ambil tahu perasaan dia?" Syakila tenung wajah Said.
Said menggeleng. Dia memang tak pernah ambil tahu perasaan Uyaina padanya. Lagipun buat apa nak ambil tahu. Dah dia anggap adik saja.
"Buat apa nak ambil tahu. Itukan perasaan dia. Bukan perasaan abang. Lainlah kalau abangpun suka kat dia," kata Said dengan nada tak senang.
Syakila diam. Mata tunak ke wajah suaminya. Kalau boleh,sebelum dia menutup mata,ingin sekali dia lihat suaminya bahagia.
"Abang... tak salah abang ambil tahu tentang perasaan dia. Mana tahu hati abang akan lembut,"
Said berdecit. "Sampai bila Kila nak timbulkan isu ni?"
"Sampai abang nikah dengan seseorang yang boleh bahagia kan abang,"
"Syakila kebahagiaan abang. Bukan perempuan lain,"
Syakila mendengus lembut. "Abang sedar tak yang Kila ni tak boleh bahagiakan abang. Sampai Kila matipun,Kila tetap akan macam ni abang. Tak de perubahan. Doktor sendiri dah kata yang Kila tiada peluang untuk sembuh. Kenapa abang degil sangat? Susah sangat ke nak tunaikan permintaan Kila yang satu ni? Kila cuma nak abang bahagia!"
Said terdiam. Wajah sayu isterinya ditatap penuh kasih sayang.Dia tak kisah langsung semua tu."Kebahagiaan abang bukan Kila yang tentukan. Abang yang pilih untuk hidup dengan Kila. Itu tandanya Kila saja yang boleh bahagiakan abang."
"Tapi Kila tak boleh bang. Ni kaki Kila ni. Gerakpun tak boleh. Satu kerjapun tak boleh buat. Menyusahkan abang adalah. Kila doakan nyawa Kila tak panjang...."
"Kila! Apa Kila cakap ni?! Sampai hati Kila tinggalkan abang sendiri," pintas Said dengan nada tinggi. Matanya buntang memandang Syakila. Gila! Orang lain berlumba nak hidup lama. Dia sibuk mendoakan dirinya mati cepat.
Syakila tersentak. Bibirnya diketap kuat. Rasa sebak bertandang dalam hati. Hatinya merintih pilu. Ya Allah, kau ambillah nyawaku sekiranya aku hanya menyusahkan dan menghalang bahagia suamiku. Aku redha ya Allah,bisik Syakila dalam hati. Sumpah! Dia nak sangat Said bahagia.
SYAKILA merenung ubat-ubatan yang sudah diletak dihadapannya oleh Said. Sebaik kelibat Said hilang dari pandangan, dia mencapai bekas berisi ubat itu lalu menggerakkan kerusi rodanya menuju tong sampah. Dia tekad. Dia akan berhenti bergantung pada ubat-ubat itu. Kalau tak,dia akan terus wujud sebagai wanita yang menyusahkan hidup Said.
Satu persatu ubat itu di ambil dan dicampak masuk ke dalam tong sampah.
"Kila!" Serentak tangannya ditarik kasar oleh Said. Menyirap darahnya melihat tindakan Syakila membuang semua ubatnya ke dalam tong sampah. Matanya tajam menikam wajah Syakila yang sudah berubah riak. "Apa ni Kila? Abang bagi ubat tu untuk di makan. Bukan untuk dibuang!"
Syakila tayang riak tak peduli. Kalau Said degil,dia juga akan degil.
"Kila tak akan makan ubat ni kalau abang degil tak nak dengar Kila," kata Syakila tanda protes.
Said mengecilkan mata memandang wajah Syakila. Kalau saja Syakila itu Uyaina,memang habis telingannya dipulas. Geram pula hatinya.
"Jangan nak degil boleh tak?"
"Kila tak peduli abang nak kata apa. Kila nak abang kahwin. Tak kisahlah dengan mana-mana perempuan. Asalkan abang bahagia."
Said berdecit. Kerusi roda Syakila ditolak jauh dari tong sampah. Dia beralih ke hadapan Syakila lalu duduk melutut. Jejari Syakila dicapai dan diramas lembut.
"Kila...dengar cakap abang ni baik-baik. Tak kisahlah sayang ada dengan abang atau tak. Abang tetap dengan keputusan abang. Tolong faham?"
"Kalau macam tu, Kilapun tetap dengan keputusan Kila. Kila tak nak makan ubat tu,"
Said menghela nafas kasar. Kepalanya digaru kasar. Sejak bila Syakila jadi sedegil itu.
"Jangan paksa abang sayang..."
"Abangpun jangan paksa Kila makan ubat,"
Mati akal Said.
"Sayang...."
"Abang nak kahwin atau tak? Kalau ye, Kila makan. Kalau tak..." Syakila balas pandangan Said. Sedih bila fikirkan tentang itu. Tapi dia harus korbankan perasaannya demi kebahagiaan Said. Dan dia redha.”Kila tak akan makan ubat start dari hari ni!"
Jatuh rahang Said. Dia makin buntu. Permintaan Syakila di luar kotak fikirannya.
Share this novel