Bab 17

Romance Series 154867

JAGA dari lena, Uyaina merenung siling beberapa ketika. Ketika itu hatinya rasa kosong. Perlahan, dia memandang ke sisi. Said tiada di tempatnya.

"Aina!" Telinga dapat mendengar laungan Puan Hamida dari luar. Agak panik dan cemas.

Pantas Uyaina turun dari katil. Disarung segala pakaian yang tadi bertaburan atas lantai. Setelah pasti semuanya sempurna, dia menuju ke pintu bilik. Buka saja, mata tertacap pada tubuh Puan Hamida.

"Mak... kenapa pagi-pagi menjerit ni?" soal Uyaina hairan.

Puan Hamida berdecit. "Kamu tak pergi hospital ke? Teman Said. Syakila dah takde."

Uyaina terkesima mendengar berita itu. Bibir dikemam kuat. Baru semalam dia lihat Syakila tersenyum di tengah ruang tamu.

"Innalillahwainnailaihirojiun.... Abang Said?"

"Pukul tiga pagi Mak Ngah Siah kamu datang. Tapi Said tak kejut kamu. Kata kamu penat," kata Puan Hamida sambil berlalu ke dapur. "Pergilah siap. kita pergi sekali," sambung Puan Hamida.

Uyaina memegang kemas bingkai pintu. Perasaan berbaur. Rasa terkilan menyusup masuk dalam hati. Semalam dia langsung tidak memandang Syakila kerana melayan sakit hatinya. Terjawab sudah kenapa dia beria mahu dirinya dan Said nikah.

SAID duduk berteleku di hadapan jenazah isterinya Syakila yang baru diturunkan ke atas lantai. Air mata masih saja mengalir. Betapa lemahnya dia ketika itu. Kehilangan isteri yang paling dia sayangi.

Terasa sentuhan lembut pada bahu, namun diabaikan.
"Abang..." panggil Uyaina lembut sambil duduk bersimpuh di sisi Said.

Said tidak menoleh. Sebaliknya, dia melentok kepala ke bahu Uyaina. "Dialah sumber kekuatan abang selama ini. Abang tak sangka semalam kali terakhir abang nampak dia tersenyum. Sekarang dia dah tinggalkan abang untuk selamanya,"

Uyaina diam. Ada rasa hiba menyelubungi hati. Simpati menjalar pantas dalam hati.

"Mesti dia tak tahan bila dia terpaksa bagi suami dia kahwin lain." Kedengaran suara sumbang menyapa telinga Uyaina sekaligus menyentak tangkai hati Uyaina.

Dia menoleh ke arah suara itu. Terlihat senyuman sinis di wajah Jannah.

Celupar! Orang lain datang nak ucap takziah. Dia sibuk mengata orang! Hati Uyaina menggerutu geram. Ikut hati, nak saja dia sumbat mulut Jannah dengan cili padi. Biar tau rasa.

SELESAI majlis pengkebumian, Uyaina menemani Said ditanah perkuburan. Biarpun suasana makin suram, tapi Said masih lagi duduk merenung tanah yang masih baru. Sesekali tangannya meraba tanah itu bersama hati yang sedih.

"Abang... kita balik," pujuk Uyaina lembut. Bahu Said disentuh.

Said menggeleng kepala. "Aina pergilah balik. Abang nak tunggu lagi sekejap,"

Uyaina mengeluh kecil. "Abang... tak baik duduk sini. Dah nak senja ni."

Said berdecit geram. Tak suka dipaksa dal keadaan seperti itu.

"Aina faham ke tak apa yang abang cakap tadi? Pergi balik! Tak payah tunggu abang. Abang tak perlukan Aina!"

Uyaina terkesima melihat kemarahan Said. Nak atau tak, Uyaina terpaksa bangun dan pergi. Hati sedikit terkilan bila Said terang-terang mengatakan yang dirinya tidak diperlukan. Tanpa menoleh, Uyaina berlalu.

"KENAPA balik sini? Baliklah rumah mak ngah."

Puan Hamida menyambut kedatangan Uyaina dengan kata-kata itu.

"Mak... Aina tak nak ganggu Abang Said. Biar Abang Said tenang dulu," balas Uyaina malas. Langkah dibawa je bilik tidur untuk mengambil tuala mandi dan kain batik.

Puan Hamida berdecit. Dia tak tahu sama ada Uyaina bodoh atau buat-buat bodoh. Patutnya inilah masa Uyaina tambat hati Said. Ini tak.

"Kamu ni Aina... dari dulu bodoh. Tak reti berfikir langsung. Patutnya inilah masa kamu ambil hati si Said tu. Sentiasa ada dengan dia. Bukannya kau kat sini, dia kat sana. Takkan benda tu pun, aku nak ajar," bebel Puan Hamida tidak puas hati.

Uyaina ketap bibir. Dia tak tahu sama ada mak dia kejam ataupun tidak berperasaan. Orang tengah bersedih, sibuk nak bagi nasihat bukan-bukan.

"Aina tak bodoh. Aina tak nak orang nampak Aina terhegeh-hegeh."

Puan Hamida mendengus. "Bodohlah tu namanya. Ada peluang buat-buat tak nampak!"

Uyaina mengeluh kasar. "Terpulang mak nak anggap apa. Aina malas nak cakap apa-apa."

Daripada layan perangai maknya, baik dia mandi. Solat. Ini apa dia dapatm Asyik dikutuk bodoh. Apa salahnya pun, dia tak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience