“AINA jatuh.”
Kata-kata itu yang membuatkan Ikmal tidak senang duduk dari semalam. Sanggup dia terbang ke bumi London dan meninggalkan semua kerjanya demi Uyaina. Dato Shamsuddin terpaksa akur untuk mengganti tempat Ikmal, mempengerusikan mesyuarat terpenting dalam syarikat kerana buah hati Ikmal.
Dengan perjalanan yang ambil masa itu, hati Ikmal betul-betul dilanda perasaan serba tak kena. Terbayang wajah Uyaina dalam kesakitan dan kesedihan. Sesekali mata menjeling tajam sang pramugari yang lalu.
“Miss…”
Langkah pramugari yang bernama Watie terhenti di tepinya sambil melayang senyuman manis buat Ikmal.
“Ye Encik. Ada apa boleh saya bantu?”
“Thank’s god. Are you Malaysian?”
Pramugari itu gelak seketika. “Yes I am…”
“Boleh tak bagitahu pilot kesayangan tu. Bawa cepat-cepat. My wife sakit.” Tegas sekali nada Ikmal membuatkan pramugari itu keliru. Siap kerut dahi depan Ikmal tanda tidak faham.
Ikmal berdecit. “Bagitahu pilot, bawa laju sikit. My wife tengah tunggu I,”
“Maaf encik. Ini bukannya bas ke, kereta api ke atau teksi,” tegur pramugari itu.
Ikmal garu kepala. Dia jadi keliru. Dia lupa yang dia sedang berada dalam pesawat. Bukan dalam teksi, mahupun kereta api. Lantas senyum malu diberi kepada pramugari.
“Maaf…”
“It’s okey.”
Ikmal cuba bersandar sambil pejam mata. Gagal. Sumpah dia betul-betul risau bila fikir tentang Uyaina.
TURUN saja dari pesawat, Ikmal terus berlari anak. Kalau boleh semua dia mahu cepat. Sekali lagi dia terpaksa bertekak dengan imegresen yang bertugas di pintu masuk kerana keburuan untuk segera pergi. Nasib baik mereka faham.
Lima belas minit perjalanan ke hospital yang menempatkan Uyaina, juga dirasa sangat lambat. Dia sudah tak kisah tentang malam dan siang. Dia sudah tak kisah berapa jam dia habiskan masa demi Uyaina. Dan akhirnya langkah terpacak kemas di hadapan bilik yang menempatkan Uyaina.
“Ikmal.” Shima yang kebetulan keluar, terus saja memanggil namanya dengan wajah sugul.
“How Uyaina? Baby? Diorang okay? Selamat?” Bertalu soalan Ikmal lontarkan sambil langkah dipacu keras masuk ke dalam bilik itu. Namun langkah terpaku saat melihat Uyaina yang sedang memeluk lutut di atas katil dan kedengaran esak tangisnya. Dia menoleh pada Shima.
“Shima…”
“Baby dah takde Mal. Tekanan darah Aina terlalu rendah dan Aina kurang darah. Baby tak dapat diselamatkan. Even Aina, bleeding teruk.”
Terasa langit menghempas diri tika itu. Ikmal dilanda rasa bersalah yang teramat. Kalau Uyaina di Malaysia, pasti senang untuk dia jaga dan pantau. Saat Uyaina angkat wajah dan memandang ke arahnya bersama air mata yang berjuraian, Ikmal tidak mampu menahan rasa. Halal atau haram dilupakan. Lantas tubuh menonong ke arah Uyaina dan memeluk erat tubuh itu. Rambut Uyaina dikucup bertalu-talu.
“Baby dah takde…. Semua salah saya.” Rintihan kedengaran dari bibir Uyaina tatkala tubuh itu selamat dalam pelukan Ikmal.
Ikmal kaku dalam sedar. Minda berfungsi tapi tidak mampu berkata apa-apa. melihat air mata yang mengalir di pipi Uyaina buat dadanya sesak. Hatinya sakit.
“Please… don’t say anything sayang…”
Uyaina terus menangis. Tanpa sedar, tangan memeluk tubuh kekar itu. Dia perlukan sokongan. Dan lelaki itu yang datang memberi sokongan.
“Semua salah saya…”
“Awak tak pernah salah. Ini ketentuan untuk baby tu. Calm down and relax.” Ikmal leraikan pelukan lalu memaut dagu Uyaina untuk mendongak. “Baby ada atau tak, saya tetap akan tunggu awak dan jadikan awak isteri saya. Faham?”
Airmata yang mengalir di pipi Uyaina dikesat lembut. Dahi Uyaina dikucup penuh kasih sayang. Tanpa sedar, Ikmal benar-benar lupa tentang tembok yang memisahkan mereka berdua. Kerana cinta dan sayang dia mula buta. Hukum hakam hampir diketepikan.
“HE REALLY LOVE HER…”
Khalil yang baru sampai kehilangan kata-kata. Dia tidak pernah melihat Ikmal menyayangi seorang gadis sampai macam tu sekali.
Shima tunduk seketika. “Kita akan satukan mereka,”
Ya. Itu yang terbaik. Uyaina dan Ikmal perlu disatukan sebaik saja Uyaina habis edah.
“Insya’Allah.”
PERJALANAN yang terlalu panjang buat Uyaina. Menghadiri pengkebumian yang tidak pernah dirancang ataupun diharapkan, sangatlah memeritkan. Berpantang tanpa bayi satu perkara yang tidak pernah diimpikan. Ikmal, Khalil mahupun Shima, setia berada di sisinya sepanjang masa. Tidak sesaatpun dia ditinggalkan.
“Kau okey?” tanya Shima sambil memeluk bahu Uyaina lembut.
“Hampir sembilan bulan aku bawa baby tu dalam perut aku…” Uyaina pandang Shima sekilas bersama senyuman tawar dan terkilan. “Lastly… ini yang jadi,” sambung Uyaina dalam air mata.
Shima mengeluh kecil. Bahu Uyaina ditepuk perlahan. “Percayalah, Aina. Apa yang jadi ni ketentuan Allah. Kita tidak boleh menolak dan menidakkan setiap kejadian ini,”
Uyaina tunduk menekur tanah. “Kenapa hidup saya macam ni, Shima. Lepas satu, satu datang. Saya dah penat,”
“Sebab Allah dah pilik awak untuk lalui semua ini. Allah tahu awak mampu dan Allah juga tahu ini yang terbaik untuk awak,” celah Ikmal sambil menepuk bahu kiri Uyaina.
Shima dan Uyaina berpandangan. Bila masa Ikmal menghampiri mereka pun, meraka tak tahu.
“Kita balik…” ajak Ikmal lembut sambil memandang wajah suram Uyaina. Kemudian wajah Shima.
Shima senyum sambil melepaskan bahu Uyaina dan berlalu menghampiri Khalil yang masih lagi sibuk berbual dengan rakan-rakan mereka. Syukur, ada rakan seagama yang boleh membantu menguruskan jenazah dan tahlil arwah Mohammad Irwan Hakim. Ya, itu nama yang Ikmal beri untuk Uyaina. Uyaina hanya menurut tanpa bantahan memandangkan dia sudah tidak punya kudrat untuk berfikir ketika ini.
“AWAK kena jaga diri baik-baik. Lagi tiga bulan saya datang dengan rombongan. Nak jadikan awak isteri saya.”
Ikmal mengukir senyum buat Uyaina.
Uyaina terpanar dalam diam. Lantas pandangan mata dialihkan ke arah lain. Rasa yang bermukim dalam hati ingin diluah tapi takut melukai hati lelaki yang sudah banyak membantunya. Sudahnya, Uyaina diamkan saja.
“Awak tak menyesal?”
“Saya lagi menyesal kalau kehilangan awak,” putus Ikmal membuatkan lidah Uyaina keras. Tak mampu nak menjawab.
“Apa yang buat awak tekad lakukan semua ini?”
“Sebab saya nak jaga awak sampai hujung nafas saya…”
“Kenapa saya?”
“Sebab saya jatuh cinta pada awak…”
Hati Uyaina haru biru. Keikhlasan yang terpancar di wajah Ikmal buat dia semakin serba salah. Bukan dia tidak suka, tapi hati lebih kepada rasa kasihan. Ikmal takkan dapat apa-apa darinya. Dia bukan perempuan yang mudah menyerahkan cinta pada seorang lelaki. Tapi kebaikan Ikmal memaksa dirinya mengalah buat kali pertamanya.
Share this novel