Bab 69

Romance Series 154867

"BALIKLAH, Aina. Mak kamu tak sihat."
Berulang kali ayat itu menjengah pendengaran Uyaina. Memaksa Uyaina berfikir. Tepukan lembut pada bahu, memaksa Uyaina menoleh. Sekilas toleh, senyuman Ikmal menghiasi pandangan.
"Tak habis fikir lagi?" tanya Ikmal lembut seraya tunduk mengucup ubun-ubun Uyaina.
Uyaina mengeluh kecil. Wajah tenang suaminya itu dikerling seketika.
"Abang rasa..." Uyaina menggantung ayatnya sambil merenung jauh ke kaca TV yang gelap.
Ikmal ambil tempat di sisi Uyaina. Lengan kanan meraih pinggang Uyaina. Telapak tangan kiri dilabuhkan ke perut Uyaina.
"Seburuk apapun dia, dia masih ibu sayang. Seteruk mana pun sikap dia, sayang tak berhak menjatuhkan hukum. Dia mungkin bukan ibu yang sempurna untuk sayang, tapi sayang juga bukan anak yang sempurna untuk dia."
Uyaina jeda seketika. Kata-kata Ikmal menyusup masuk ke dalam sanubari. Ya, dia bukan anak yang sempurna. Sepatutnya dia sedar tentang perkara itu.
"Mungkin dia pernah buat salah, tapi..." Ikmal menghentikan ayatnya. Wajah Uyaina dibawa menghadap wajahnya. Sekilas senyum penuh harapan, terlakar di wajah lelaki itu. "Tidak mustahil untuk dia berubah," sambung Ikmal lembut. Wajah Uyaina diusap penuh kasih sayang.
Uyaina menolak perlahan tangan Ikmal itu kemudian sekali lagi mengeluh.
"Sayang tak suka menghukum. Cuma sayang masih terkilan," ujar Uyaina lembut.
Ikmal senyum lagi.
"Terkilan boleh. Abang tak salahkan sayang. Tapi abang tak suka kalau sayang terus macam ni tanpa memberi sesaat pun peluang pada hati sayang untuk mencari kasih yang sempurna dari mak sayang. Abang yakin, jauh di sudut hati mak, sayang tetap anak dia. Cuma kisah yang jadi memaksa dia untuk menutup hati, dari menerima sayang dalam hidup dia. Siapa tahu, sekarang semuanya berbeza?" Ikmal bermain kata sambil menarik tubuh Uyaina dalam pelukan. "Air yang dicincang tak akan putus sayang. Jangan sampai terlambat. Nanti sayang juga yang akan menyesal."
Teresak Uyaina dalam pelukan lelaki itu. Gambaran kisah lalu kembali menyelubungi hati. Bibir diketap perlahan. Perlukah dia melupakan sedangkan luka itu terlalu sukar untuk disembuhkan.
"Syyy... jangan tangisi benda yang dah berlalu. Abang nak sayang fikir baik-baik. Kembali pada mak dan cuba perbaiki apa yang patut. Kalau nak kan kasih sayang, luahkan apa yang sayang mahu dari dia. Biar mak faham dan insyaAllah abang yakin, mak dah berubah," kata Ikmal lembut.
Uyaina menyembamkan wajah ke dada Ikmal.
"Macam mana kalau mak halau sayang?" Uyaina mengangkat wajah. Memandang tepat ke wajah Ikmal.
Ikmal tersenyum. Rambut yang berjuntai di dahi Uyaina itu di selitkan ke belakang telinga.
"Lebih baik pujuk hati untuk berfikiran positif. Bukan negetif. Berdoa banyak-banyak. Allah akan tunjuk jalan yang terbaik untuk sayang," pujuk Ikmal lembut.
Uyaina diam. Betul. Berdoa agar Puan Hamidah sudah menerimanya sebagai anak. Tapi rela kah dia setelah menerima pelbagai kata nista dari wanita itu. Dia tidak tahu. Tapi mungkin betul kata Ikmal.

IKMAL merenung Uyaina yang sudah terlena. Telefon Uyaina yang berdering di meja sisi, dicapai. Nama Puan Hamidah tertera di skrin telefon. Tanpa teragak-agak, ikon berwarna hijau disentuh dan telefon itu ditekap ke telinga.
"Assalamualaikum, Aina. Mak ni..." kedengaran sayu nada suara Puan Hamidah di hujung talian. "Mak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Mak tahu, Mak tak sempurna. Mak bukan mak yang baik..." sambung Puan Hamidah, disusuli esakan kecil.
Ikmal mengerling Uyaina sambil bangun dari duduknya. Langkah dibawa jauh dari katil.
"Wa'alaikumsalam, mak. Aina dah tidur. Dia tak berapa sihat." Ikmal menjawab salam.
Puan Hamidah yang berada di seberang talian, tersentak.
"Ikmal?"
Ikmal tersenyum sendiri.
"Ye,Ikmal mak..."
Puan Hamidah menunduk. Senyap beberapa saat mencari kekuatan untuk berkata-kata.
"Ikmal, mak minta maaf..."
"Mak..." pintas Ikmal lembut. "Mak tak salah apapun pada Mal." sambung Ikmal perlahan. Sesekali mata memandang Uyaina yang terlena. Esakan Puan Hamidah di hujung talian membuatkan hatinya sebak.
"Mak tahu Ikmal pun mesti marahkan mak kan?" tanya Puan Hamidah lembut.
Ikmal mengukir senyuman.
"Mal tak pernah marahkan mak. Ikmal cuma terkilan bila mak buat Aina seolah Aina bukan anak mak..." balas Ikmal lembut.
Esakan Puan Hamidah makin kuat kedengaran.
"Mak minta maaf, Mal. Mak terlalu dibutakan dengan kisah yang tak sepatutnya mak fikir dan ingat. Mak lupa, Allah yang tentukan segalanya." Puan Hamidah meluah penuh rasa.
Ikmal tunduk memandang kakinya.
"Mak... Ikmal akan cuba pujuk Aina. Ikmal pun tak suka bila Mak dengan Aina tak sefahaman. Sebab Ikmal akan rasa Ikmal bukan suami yang baik untuk Aina kalau Ikmal biarkan Aina dan mak dalam keadaan macam ni," luah Ikmal lembut.
Puan Hamidah ketap bibir. Kata-kata Ikmal buat dia malu sendiri. Betapa sempurnanya lelaki itu buat Uyaina.
"Terima kasih, Ikmal."
"Sama-sama. Mak ada duit lagi? Duit yang Mal kirim awal bulan tu, masih cukup?" tanya Ikmal lembut. Mata cuba mengesan Uyaina kalau-kalau Uyaina terjaga. Takut rahsianya yang satu itu terbongkar. Ya, sejak dia nikah dengan Uyaina dia tidak pernah lupa memberi wang belanja pada Puan Hamidah. Uyaina saja yang tidak pernah tahu tentang itu. Puan Hamidah pun, dia sudah pesan agar merahsiakan perkara itu.
Puan Hamidah sekali lagi diserbu rasa malu yang teramat sangat. Biarpun dia melayan Uyaina tidak baik, Ikmal masih mengambil tahu kebajikannya.
"Alhamdulillah. Masih ada lagi. Terima kasih sebab Ikmal prihatin pada mak."
Ikmal tergelak kecil.
"Takde apalah mak. Mal buat semua tu sebab Mal tahu Aina sentiasa risaukan mak. Biarpun dia tak pernah cakap pada Mal, tapi Mal tahu," balas Ikmal lembut.
Puan Hamidah tersenyum kelat. Kesal dan malu menghujani hati.
"Sekali lagi, terima kasih pada Ikmal. Tolong jaga anak mak baik-baik. Assalamualaikum."
Ikmal mengangguk seolah-olah Puan Hamidah ada di hadapannya.
"Jangan risau mak. keselamatan Aina tanggungjawab Mal. Wa'alaikumsalam..."
Perbualan berakhir bersama senyuman yang menghiasi bibir Ikmal. Tekad untuk memujuk Uyaina makin menggunung. Dia tidak mahu Uyaina menyesal satu masa nanti.

UYAINA mengetap rahang sendiri. Perbualan akhir suami dan Puan Hamidah mengganggu mindanya. Bila tahu Ikmal menghantar duit belanja pada Puan Hamidah di luar pengetahuannya, buat dia malu. Rasa geram tiba-tiba bertamu dalam hati. Selama ini dia beria mengabaikan Puan Hamidah, tapi ternyata suaminya bijak memainkan peranan..
Mahu bangkit untuk marah, tidak mungkin. Nampak sangat dia mencuri dengar perbualan mereka. Terpaksalah dia tunggu esok pagi, untuk bermain kata dengan Ikmal

Assalamualaikum Eyfah minta maaf sebab lama tak timbul Sebenarnya Laptop Eyfah takde battery. Kembung. Tengah tunggu battery baru. Eyfah tak suka on laptop yang bersambung dengan soket. Tak selesa dan takut meletop. Maklumlah, mengada-ngada kan. Hahaha. Mesti korang dah sakit hati ngan Eyfah kan. Sorry tau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience