BAB 65

Romance Series 154867

TARIK nafas panjang, Uyaina atur langkah menghampiri pintu bilik yang menjadi tempat Ikmal beradu. Hatinya benar-benar sudah tidak tahan dengan perang dingin yang dilancarkan oleh suaminya. Dia perlu jelaskan segalanya. Beritahu yang dia tidak pernah memakan biar sebiji pun ubat perancang itu.
Tuk! Tuk! Tuk!
Sesaat. Dua saat. Tiga saat.
Pintu dibuka. Ikmal muncul bersama pakaian kemas yang tersarung di tubuhnya.
Uyaina kerut dahi. "Abang nak ke mana?"
"Keluar," jawab Ikmal sepatah dan dingin.
Uyaina mengeluh kecil.
"We need to talk..."
"Tiada benda yang perlu dicakapkan. Abang nak keluar!" serentak itu, Ikmal memboloskan tubuhnya di tepi pintu dan berlalu meninggalkan Uyaina di situ.
Uyaina terkedu. Terasa hati? Kali ini dia betul-betul terasa hati. Ikmal betul-betul memperlakukan dia seolah dia tidak wuiud dalam rumah itu.
"Abang..."
"Tak payah tunggu abang. Malam ni abang balik rumah mama." Ikmal memintas sambil berlari menuruni tangga tanpa menoleh biarpun sekali.
Sekali lagi Uyaina rasa dirinya bagaikan terkena tamparan hebat. Selama ini, Ikmal tidak pernah meninggalkan dirinya sendirian di rumah itu. Tapi, kerana satu kesilapan yang tidak disengajakan, Ikmal semakin menjauh.

IKMAL merenung Said sedalamnya. Dia mahu menyelesaikan segalanya dan mahu Said pergi dari hidup dia dan Uyaina sebelum perkara lebih buruk melanda. Dia tidak mahu semua itu berlaku.
"Rasanya dah lama kita tak keluar sekali kan? Kau mimpi apa sampai ajak aku keluar ni?" Said menajamkan pandangan ke wajah Ikmal.
Ikmal membuang pandang ke luar restoran. Tidak sudi berbalas pandang dengan lelaki itu. Walaubagaimanapun, dia masih menganggap Said sebagai rakannya.
"Aku nak kau move on. Lupakan kisah lalu kau dengan Aina," kata Ikmal berterus terang.
Said meledakkan tawa. Kening dijongket sinis.
"Kalau aku tak nak aku?" Said bertanya sinis.
Ikmal sudah menjangka jawapan itu. Bibir diherot ke tepi. Wajah Said dipandang sambil kepala digeleng kan.
"Boleh. Tapi lepas kau dengar semua yang aku nak cakap kat kau baru kau buat keputusan. Waktu tu, kau fikirlah sama ada kau layak untuk Aina ataupun tidak." Ikmal melorek senyuman sinis.
Said berkerut dahi. "Apa maksud kau?"
Ikmal mendengus tawa. Nampak sangat Said tidak pernah ambil tahu apa yang pernah jadi pada Uyaina sebelum ini.
"Kau tak pernah tahu yang Aina mengandung waktu kau ceraikan dia, kan?"
Said tergamam. "Me... mengandung?"
Ikmal geleng kepala sinis.
"Kau tahu aku jumpa dia kat mana?" soal Ikmal. Pandangan tajam ditujah ke wajah Said. "Aku jumpa dia dalam keadaan fragile. Mengandung anak kau, menanggung penderitaan yang kau tinggalkan untuk dia selama berbulan-bulan, Said. Kau rasa kau layak untuk kejar dia? Kau rasa kau masih layak untuk dia?" soal Ikmal keras.
Sekali lagi Said terkesima.
"Mana kau pergi waktu dia kehilangan anak dalam kandungan dia? Mana kau pergi waktu dia perlukan orang di sisi dia sebagai pemberi semangat?"
Said kaku. Mata Ikmal menceritakan betapa cintanya dia pada Uyaina. Betapa sayangnya dia pada Uyaina.
"A..aku tak tahu semua tu..."
"Sebab kau tak pernah ambil tahu tentang dia biar sekali pun, Said. Kau tak pernah kisah. Malah tiada seorangpun dalam keluarga kau mahupun keluarga Aina yang kisah keadaan dia. Macam mana dia menderita, macam mana dia jalani hidup dia. No one. Adapun yang tahu, hanya aku dengan Harlina. Kenapa sekarang kau nakkan dia selepas kau buat dia menderita bertahun-tahun?" Meninggi suara Ikmal meluahkan rasa yang terbuku dalam hatinya.
Said tertunduk kaku. Mindanya kosong serta merta. Rasa kesal menghujani hati.
"Aku minta maaf..."
Ikmal merenung wajah Said.
"Sekarang kau fikir sendiri sama ada kau masih layak untuk dapatkan cinta dari dia ataupun tidak." Usai berkata, Ikmal bangun. Cukuplah di situ saja perbincangan itu. Dia sudah menjelaskan segalanya, dan kalau Said masih berkeras untuk mendekati Uyaina, dia tidak akan teragak-agak untuk bertindak. Dia bukan jenis manusia yang sukakan kekerasan. Tapi bila terpaksa dan tiada jalan lain baru dia gunakan kekerasan.

SAID meraup wajah kasar. Malu dengan semuanya. Malu memikirkan sikap dirinya.
"Abang minta maaf Aina. Kalau abang boleh tebus balik kesilapan itu..."
Tapi, memikirkan cerita Ikmal, dia jadi malu pada diri sendiri. Kalau dia tidak memperlakukan Uyaina seperti itu, pasti mereka sudah bahagia dengan anak-anak mereka.
'Kau dah tersasar jauh, Said.'
Terbayang wajah Syakila satu ketika dahulu. Wajah yang mengharap penyatuan antara dirinya dan Uyaina. Mata dipejam erat.
"Maafkan abang, Kila. Abang dah kecewakan Kila."
Tiada yang mampu dia gambarkan selain kekecewaan dan kekesalan. Kalaulah dia tahu Uyaina mengandung Ketika itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience