BAB 44

Romance Series 154867

HAMPIR lapan malam baru Ikmal tiba di rumah. Dari wangian masakan yang terbit dari dalam rumah, dia yakin Uyaina sudah selesai masak.
“Welcome home…” Uyaina menyapa sebaik saja Ikmal membuka pintu rumah.
Ikmal tersenyum lebar sambil menutup pintu. Lantas langkah dibawa menghampiri Uyaina. Sekejap saja, Uyaina sudah ditarik dalam pelukan.
“Lambat balik…”
“Maaf sayang. Abang ada urgent matter tadi. Tu yang lambat,” ucap Ikmal sambil mengucup dahi Uyaina.
Uyaina tersenyum. Faham kesibukan suaminya. Dia tidak mahu membebani suaminya dengan perkara-perkara yang tidak beri manfaat.
“Pergi mandi. Aina dah siapkan makanan. Jangan lupa solat. Maghrib dah nak habis,” arah Uyaina sambil menolak tubuh Ikmal agar menjauh darinya.
Ikmal tarik wajah. “Nak peluk lama sikit…”
“Mandi! Busuk!”
Meletus ketawa Ikmal di situ. Kening bercantum sambil tubuh dipusing ke tangga. Solat harus ditunaikan dahulu. Itu yang lebih penting.

BUKAN berselera lagi Ikmal menikmati ketam masak lemak cili api yang dimasak oleh Uyaina. Rasanya ini kali pertama dia makan masakan Uyaina. Selama di Kota London, mereka lebih suka makan di luar. Kerana tidak mahu susahkan Uyaina.
“Pandai sayang masak. Sedap,” puji Ikmal bersama senyuman manis.
Uyaina menguntum senyum.”Haruslah…”
Ikmal sungging senyum lagi. Bila dengan Uyaina, bibirnya asyik dengan senyuman. Rasa tidak lengkap hidupnya tanpa senyuman.
“Esok, Aina nak balik kampung,” kata Uyaina lembut.
Ikmal berhenti menyuap. Mata terus dilarikan ke wajah Uyaina. Hati diserbu rasa risau. Takut Uyaina disakiti ibunya.
“Nak buat apa kat situ?”
Uyaina diam. Pandangan suaminya dibalas seketika. Terbit keluhan di bibir.
“Nak lawat kubur arwah…”
Ikmal diam. Angguk tidak, geleng pun tidak. Belums ehari dia luangkan masa bersama Uyaina, Uyaina sudah merangka rancangan lain. Makanan itu dihabiskan dan dia bangun menuju ke dapur. Mindanya mula berfikir cara untuk menjelaskan pada Uyaina apa yang dia rasa ketika itu.
Berkerut dahi Uyaina melihat Ikmal bangun tanpa sepatah kata. Hati mula takut kalau Ikmal tidak suka dirinya balik ke kampung. Namun dia memilih untuk berdiam. Selesaikan dulu semua kerja baru duduk dengan Ikmal.
IKMAL berdiri menghadap tingkap di bilik tidur mereka, bila Uyaina datang dan merangkul pinggang Ikmal dari belakang.
“Abang marah Aina?” tanya Uyaina lembut.
Ikmal mengeluh kecil. Marah? Bukan marah tapi lebih kepada risau. Pelukan Uyaina dilerai perlahan lalu tubuh dipusing menghadap Uyaina. Pipi Uyaina dielus lembut. Mata menatap wajah Uyaina lembut.
“Abang tak marah. Tapi, abang risau. Takut sayang disakiti…”
Uyaina senyum. Tahu Ikmal risaukan dirinya. Lantas kepala direbahkan ke dada Ikmal. “Terima kasih kerana risaukan Aina. Tapi, abang jangan risau. Aina tahu apa yang Aina buat. Insya’Allah Aina akan jaga diri.”
Ikmal ketap bibir. Lengan meraih bahu Uyaina lalu memeluk tubuh itu erat.
“Dah banyak yang sayang lalui. Abang tak nak sayang terluka lagi,” ucap Ikmal sambil melabuhkan bibir di ubun-ubun Uyaina.
“Abang kan ada untuk jadi ubat,’ usik Uyaina lembut.
Ikmal tergelak kecil. Minda berputar ligat. Bahu Uyaina diusap lembut. Wangian tubuh Uyaina mengundang gelora dalam hati. Nafas ditarik sedalamnya.
“So… malam ni abang ‘boleh’…” Ikmal menggantung ayatnya sambil melirik wajah Uyaina.
Uyaina ketap bibir. Tidak berani mendongak. Hampir terlupa tentang perkara itu. Takkan nak kata tidak? Nafas dihembus perlahan sebelum lengan Ikmal yang melingkari bahunya ditepis perlahan. Satu langkah dibuka, namun terhenti bila Ikmal segera mencapai lengannya.
Ikmal membawa tubuh Uyaina untuk menhadap tubuhnya sambil menghadiahkan pandangan nakal. “Nak lari ye?”
Uyaina ketap bibir. Wajah merona malu.
Ikmal sembunyi senyum. Dagu Uyaina dipaut lembut. Mendongakkan wajah Uyaina lalu jongket kening nakal. “May I be you official husband tonight?”
Kejang satu badan Uyaina mendengar soalan maut itu. Nak angguk atau geleng? Rasa berdosa kerana abaikan tanggungjawab itu sejak setahun lalu, Uyaina angguk perlahan. Jantung mula berdetak laju. Tambah berdebar bila melihat senyuman penuh makna Ikmal.
Ikmal ketap bibir. Pandangan mata singgah dibibir Uyaina yang sudah dirasmi tengahari tadi. Keinginan semakin membuak-buak. Tangan sebelah menarik pinggang Uyaina agar rapat. Sebelah lagi singgah di belakang kepala Uyaina.
“Jap… abang tahukan yang Aina ni janda?” Uyaina bertanya bersama debaran dalam hati. Takut Ikmal terlupa tentang perkara itu.
Ikmal tersenyum kecil. Kepala mengangguk. Dia tidak pernah lupa kedudukan Uyaina yang satu itu. dia juga tidak aka n persoalkan perkara itu. Wajahnya dibawa rapat ke wajah Uyaina. Bibir dilabuhkan ke bibir Uyaina. Sekejap saja, wajah ditarik jauh dan tubuh Uyaina dicempung ke katil.
Uyaina reda. Itu adalah hak milik Ikmal. Dia sudah tidak boleh menolak kerana Ikmal berhak sepenuhnya atas dirinya.
Tubuh Uyaina dihempas lembut ke atas katil. Bersama renungan penuh makna, Ikmal membelai rambut Uyaina. Pandangan mata ditemukan dengan pandangan mata Uyaina. Bibir menguntum senyum menggoda.
“Assalamualaikum, wifey…” Romantis dan menggoda. Cukup untuk menghanyutkan Uyaina dalam dunia yang asing dan asyik. Di sulami bicara cinta dan sayang dari Ikmal. Dihiasi, senyuman yang penuh makna.
Bersaksikan langit dan bumi, Uyaina akhirnya menyerahkan hak Ikmal buat pertama kalinya.

Eyfah tak tahan. Nak update juga. Nak habiskan cepat-cepat. Penat peram idea. Thank You guys. Love you guys. Btw... ni bukan fasa bahagia yang sebenar tahu. Ini fasa permulaan Uyaina yang sebenar. Yang penuh dendam tersirat. Hahahaha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience