UYAINA duduk termenung di dalam sebuah restoran segera memikirkan segala kekusutan yang melanda diri. Sesekali milo ping di hadapannya itu disedut perlahan. Mata meliar mencari kelibat Harlina yang tidak kunjung tiba.
Terbit keluhan kecil. Lagi seminggu, dia akan ke London. Di situlah dia membawa diri. Sekali membawa hati yang rawan. Mahu mencipta kisah yang indah tanpa ada derita. Tapi, persoalannya, mampukah dia?
Streettt... Kerusi di hadapannya ditarik sekali menyebabkan bunyi geseran pada lantai bergema memenuhi ruang restoran sekaligus mengejutkan Uyaina.
Laju matanya memandang ke depan. Sepasang mata hazel milik seorang lelaki yang tidak dia kenali menikam wajahnya bersama segaris senyuman manis memperlihatkan ketampanan yang ada pada wajahnya.
Berlapis dahi Uyaina sekejap.
"Finally... i found you," komen lelaki itu tanpa mengenalkan diri.
Makin berlapislah dahi Uyaina. "Found me? Pardon?"
Lelaki itu tersengih sesaat sebelum wajah berubah serius.
"Tasik Perdana? A few months ago..." Lelaki itu jongket kening dengan harapan Uyaina ingat pada insiden langgar itu.
Uyaina diam sejenak. Cuba memerah otak tapi gagal.
"Maaf... saya betul-betul tak ingat," ujar Uyaina. Satu senyuman kelat dihadiahkan kepada lelaki itu.
Lelaki itu tersenyum nipis. Tak kisah Uyaina ingatkan dia atau pun tidak. Asalkan dia sudah jumpa Uyaina.
"Nevermind... by the way... saya Ikmal. Awak?" Tangan dihulur untuk bersalam.
Uyaina pandang huluran itu lalu secebis senyuman diberi. "Maaf... kita bukan muhrim."
Dush! Rasa basah sekejap disimbah air. Wajah Ikmal berubah merah kerana malu. Perlahan tangan ditarik dan bibir melorek senyuman malu.
"Maaf juga...." Tertunduk Ikmal sekejap.
Uyaina sungging senyum. Bunyi hon menarik perhatiannya. Laju mata menoleh ke jalan raya. Lambaian Harlina membuatkan Uyaina terus mencapai beg tangan dan fail yang diletak di kerusi sebelah. Sambil itu mata memandang Ikmal.
"Sorry sir.... I need to go...."
Termangu Ikmal sekejap. "Err... nama cik?"
Uyaina yang baru melangkah berhenti sekejap. Wajah mengharap Ikmal dipandang seketika.
"Uyaina. Panggil Aina..." kata Uyaina lalu atur langkah perlahan.
Ikmal bangun dan mengejar langkah Uyaina. Dia tak akan lepaskan peluang untuk dapatkan nombor telefon Uyaina. Takut lepas ni, dia tak akan dapat jumpa gadis itu lagi.
"Cik..."
Uyaina berhenti dan menoleh. Kedua kening dinaikkan serentak tanda bertanya.
Ikmal menyengih sesaat sambil menyeluk kocek seluar slacknya. Iphone 6 dihulur bersama senyuman manis.
"Nombor telefon?"
Uyaina jeda. Pertama kali seorang lelaki minta nombor telefonnya. Dan dia boleh berdiri disitu bersama wajah yang sukar ditafsir? Keliru sekejap.
"Nak buat apa?"
"Nak kenal dengan awak.... Tak salahkan?" Ikmal jongket kening sambil senyum. Tubuh Uyaina dirapati.
Uyaina berdecit. Lambat-lambat telefon itu dicapai dan wajah Ikmal dipandang seketika.
"Kenapa nak kenal dengan saya?"
"Sebab saya suka awak." Ikmal langsung tidak menapis ayatnya. Terus terang saja. Lagipun, bukannya salah kalau kita nyatakan yang kita suka dia, ujar hati sendiri.
Menyerbu darah ke wajah Uyaina. Pengakuan berani mati lelaki itu buat dia terkejut. Serentak tangan Ikmal ditarik dan telefon itu diletak ke atas telapak tangan Ikmal.
"Saya tak berminat!" Usai habiskan ayat, Uyaina melangkah deras keluar dari restoran itu menuju ke arah Harlina yang sudah masam menantinya.
Ikmal terkebil-kebil melihat pemergian Uyaina. Hati hampa dan kecewa. Entah bila lagi dia akan jumpa dengan Uyaina.
"SIAPA mamat tu?" tanya Harlina sebaik Uyaina masuk ke dalam kereta.
Uyaina angkat bahu. "Entah."
Harlina memulakan pemanduan sambil mengerut dahi.
"Entah? Elok je kau dengan dia bercakap tadi. Bakal imam ke?" Harlina mengusik nakal.
Wajah Uyaina membahang sekejap. Laju sepitnya singgah di peha Harlina. "Kau ni... ke situ pula...."
"Aw! Sakitlah...."
"Padan muka. Lain kali, fikir lagi bukan-bukan," kata Uyaina sebal. Boleh pulak Harlina fikir macam tu.
Baru bercerai kot. Kang orang kata dia gatal. Tak nak lah!
IKMAL menghempas duduknya ke sofa. Wajah Uyaina buat hatinya dilanda gelisah. Terkadang dia tertanya sendiri. Kenapa Uyaina mampu menimbulkan debaran di hatinya. Sekali pertemuan, dia masih mampu nafikan. Dua kali pertemuan, dia sedar dirinya jadi tidak ketentuan sebaik Uyaina memandang wajahnya. Jantung berdetak laju seolah memberitahu yang Uyaina adalah wanita idamannya.
Gemersik suara Uyaina menyapa pendengaran, mengalahkan melodi indah yang bergema. Setiap bait ayat yang dilafazkan, ibarat bisikan syahdu yang bergema diruangan hati.
"Argh...who are you, Uyaina...."
Pak!
"Mengkhayal?!" Tanpa belas kasihan, Said menampar bahunya sekali.
Ikmal terkejut. Said yang sudah ambil tempat di sisinya, dipandang senget.
"Kacau ke kau ni. Baru nak berangan!"
Said gelak kuat. Fail di hadapan mereka, dicapai lalu dibuka.
"Aku nak turun JB petang ni. Kau tak ikut ke? Boleh jumpa Delia...."
Terbeliak mata Ikmal. Terbayang wajah Delia yang solekannya mengalahkan langsuir. Dengan minyak wangi yang menusuk hidung. Boleh pengsan setahun dia kalau Delia yang duduk di sebelahnya. Tu belum kes Delia sengaja duduk di hadapannya sambil silang kaki. Sampai nampak segala peha yang putih mulus. Pakej wajah menggoda lagi. Aih! Boleh sewel dia menghadap karenah Delia.
"Tak nak aku. Pengsan setahun aku kalau dia ada depan mata," balas Ikmal sambil menggeleng kepala berkali-kali.
Said ketawa besar. "Kau ni tolak tuah betullah. Orang dah nak tu terima je lah."
Ikmal mencebik. "Aku tak terdesak lagi nak cari bini."
Said ketawa lagi. Namun bila ingat tentang isteri, wajah berubah sayu. Hampir sebulan arwah tinggalkan dia. Rindu sarat menggunung dalam hati.
Melihat Said diam, Ikmal tepuk bahu Said.
"Sabar Id.... Allah lebih sayangkan arwah..."
Said menunduk lalu angguk. Tiada siapa tahu dia pernah kahwin lebih dari satu dalam pejabat itu. Hanya orang kampung saja yang tahu.
Surprised guys... Said n Ikmal adalah bestfriend. Maaf kalau ada yang tak suka. Terima kasih yang sedang nantikan sambungannya. Sayang semua. Eyfah Zakirin
Share this novel