UYAINA merenung Ikmal seketika sebelum membuang pandang ke arah bunga ros merah yang sedang mekar ranum di sisi kerusi mereka.
“Awak nak cakap sal apa?” Ikmal mengerling Uyaina sekilas. Ingin sekali dia selami hati Uyaina. Apa yang dirasa ketika itu.
Uyaina mengeluh kecil. Kerlingan Ikmal dibalas sekilas. “Saya boleh terima awak sebagai suami. Tapi… mungkin untuk cintakan awak, saya perlukan masa.”
Ikmal tersenyum. Dia sudah menduga apa yang bakal Uyaina katakan. Rambut yang berjuntai di dahi, disauk ke belakang sambil tubuh dihadapkan kepada Uyaina yang memandang ke hadapan.
“Saya akan tunggu awak cintakan saya, Aina. Saya dah cakap banyak kali benda ni kan? Saya tak kisah berapa lama masa yang awak perlu asalkan awak jadi isteri saya yang sah,” kata Ikmal lembut.
Uyaina mengeluh kecil. “Awak tak takut terluka?”
“Saya seribu kali awak lukakan hati saya, saya tetap akan berusaha untuk bersama dengan awak. Untuk cintai dan sayangi awak. Untuk jadi pelindung awak.”
Uyaina terpanar. Lelaki itu benar-benar tekad dengan keinginan hatinya. Dia kehilangan kata-kata. Liur diteguk rasa pahit. Tak sanggup terus melukakan hati lelaki yang banyak membantunya.
“Pasal syarat tu pun, saya langsung tak kisah. Asalkan satu masa nanti kita bersama sebagai pasangan suami isteri yang sah.” Ikmal berkata lagi sambil mengerling Uyaina yang diam membisu.
Uyaina tunduk menekur tanah. Kenapa dia dipertemukan dengan lelaki yang sebaik itu? Menerima segala kekurangan dirnya.
“Awak tak menyesal beristerikan janda macam saya?”
Ikmal berdecit. Sekali lagi isu janda disebut oleh Uyaina. “Kalau awak janda sekalipun, awak masih perempuan. Masih manusia yang punya hati dan perasaan. Masih layak dicintai. Ke… awak ni alien?” Kening dijongket separuh mengusik. Mata melirik Uyaina.
Uyaina jeda. Alien? Lirikan mata Ikmal dibalas sambil bibir dicebik. “Kenapa tanya macam tu?”
“Mana tahu awak ni alien cantik yang turun ke bumi mencari cinta. Saya okey je. Kalau awak nak saya ikut balik kat planet awak pun, saya lagi excited. Tak sabar…” leret Ikmal mengusik.
Uyaina berdecit. “Awak ni merepeklah. Mana ada alien dalam dunia ni…”
“Mana tahu…” balas Ikmal tidak mahu mengalah.
Uyaina mengeluh kasar. Tak tahu apa lagi yang mahu dikatakan kepada Ikmal. Semua yang dia katakan, tidak dipedulikan. Ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Haish! Rambut yang berjuntai ditolak ke tepi telinga. Bibir dikunci rapi.
BAJU nikah yang tergantung di tepi almari, direnung Uyaina. Satu lagi fasa terbaru yang perlu dia lalui dalam hidupnya. Sekali lagi bergelar isteri.
“Hai, termenung lagi?”
Shima melangkah masuk menghampiri Uyaina yang duduk di birai katil. Dia ke rumah Uyaina untuk melihat persiapan saat akhir Uyaina. Tapia pa yang dia lihat, Uyaina lebih banyak menyepikan diri.
Uyaina menoleh bersama senyuman hambar. Shima yang sudah ambil tempat di sisinya, dikerling sekilas.
“Aku tak tahu apa yang aku buat ni betul atau tak,” ujar Uyaina sambil meramas jari jemarinya. “Aku takut, Ikmal terluka satu masa nanti,” sambung Uyaina dalam kesal.
Shima diam. Tangan menepuk bahu Uyaina lembut. “Percaya cakap aku. Ikmal mampu bahagiakan kau lebih dari segalanya. Dia mampu jadi imam dan suami yang terbaik untuk kau.”
Uyaina diam. Berdesis sambil tangan mengusap kepalanya. Masih ada setahun untuk dia duduk di bumi London itu. Tak tahu apa yang akan jadi dalam masa setahun itu. Takut menghadapi segalanya. Resah memikirkannya.
HARLINA menampar kuat bahu Uyaina bila melihat Uyaina masih lagi termenung sambil merenung telefon. Entah apa lagi yang difikir Uyaina. Sepatutnya, menjelang hri bahagianya, dia lebih banyak senyum. Ini sibuk nak termenung.
“Betul ke apa yang aku buat ni, Har?”
Harlina berdecit sambil tarik kerusi. Wajah Uyaina dipandang seketika. “Kau nak bahagia atau nak menderita?”
Uyaina jeda. Soalan jenis apa yang sedang ditanyakan oleh Harlina itu. Mata menjeling Harlina. “Mestilah nak bahagia. Ada ke orang nak menderita.”
Harlina menarik nafas sedalamnya.
“Kalau nak bahagia, terima Ikmal dengan ikhlas macam mana dia ikhlas terima kau. Ajar hati untuk cintai dia. Ajar hati untuk sayangi dia. Bukan salah pun.”
“Tapi…”
“Dah lah Aina. Boleh tak fikir benda yang positif sikit? Jangan asyik nak fikirkan perkara yang negetif. Tiada manfaat! Jauh sekali faedah. Buka hati dan buka mata. Kenali Ikmal dan sayangi dia. Dia mampu bahagiakan kau. Jangan sampai kau kehilangan dia, baru nak menyesal,” pintas Harlina tanda tidak mahu mendengar apa-apa alasan darinya. Bibir terketap kuat tanda geram. Ikut hati, mahu diketuk kepala Uyaina agar sedar dari mimpi derita semalam.
Uyaina terdiam. Kelu lidah untuk berbicara. Fikiran menerawang. Teringat pada keluarganya yang sudah tidak pedulikan dirinya.
Uyaina nak nikah guys
Share this novel