BAB 38

Romance Series 154867

HARLINA merenung wajah Uyaina. Suram tanpa senyuman. Dia terbang semata-mata mahu membantu Uyaina untuk buat persiapan nikahnya di bumi London. Tapi wajah suram itu yang dilihatnya.
“Apa lagi yang kau nak fikir? Dah cukup baik Ikmal nak kan kau sebagai isteri dia,” bebel Harlina lembut sambil mencapai baju nikah Uyaina yang dibawanya dari Malaysia. Semuanya sudah disiapkan oleh Ikmal. Tinggal Uyaina siapkan diri sahaja.
Uyaina selak rambut yang berjuntai dan memandang wajah sahabatnya. Kasihan dan terharu bila Harlina sanggup korbankan wang ringgitnya untuk datang ke bumi London. Semuanya kerana mahu melihat dirinya bahagia.
“Har… aku takut, Ikmal kahwin dengan aku sebab simpati,” luah Uyaina akhirnya meluah perasaan.
Harlina berdecit kasar. “Apa masalah kau ni, Aina. Kau tahu kan macam mana si Ikmal tu sayang gila kat kau. Takkan itu pun kau tak puas hati lagi? Dah banyak yang dia buat untuk kau. Mana ada lelaki sanggup buat semua tu selain Ikmal. Selama ni, aku nampak dia ikhlas je dengan kau, Aina.”
Uyaina mengeluh lagi. Dia masih tidak yakin dengan satu perkara itu. Takut, resah dan risau silih berganti. Takut terluka kembali juga ada. Takut dicerai tiba-tiba juga ada.
“Aku takut dia ceraikan aku macam mana Said ceraikan aku dulu,”
Terbuntang mata Harlina mendengar andaian tidak berasas sahabatnya itu. Lantas kepala digeleng laju sambil bibir berdecit tanda geram.
“Tak semua lelaki sama, Uyaina. Kalau ada yang baik itu, Ikmal. Satu dalam sejuta,” kata Harlina lagi meyakinkan Uyaina.
Uyaina diam. Tunduk merenung baju nikah rona putih yang dilitupi manik-manik mewah.
“Tapi dia anak orang kaya, Har. Aku anak…”
“Kau rasa dia pandang darjat ke? Kalau dia pandang darjat, dari awal lagi dia tak dekati kau…”
“Macam mana kalau keluarga dia tak suka aku?”
Sekali lagi Harlina berdecit geram. Mahu saja dia tunjal kepala Uyaina. Biar sedar diri. Kenapa suka sangat nak buat andaian yang bukan-bukan?
“Tulah kau. Suka buat andaian. Belum cuba belum tahu. Dan kalau keluarga Ikmal tak suka, Ikmal takkan sampai tahap ni, Aina. Tak mungkin dia nak buat majlis nikah sampai kenduri kendara ni kat sini.” Harlina mula meluahkan ketidak puasan hatinya pada sikap Uyaina itu.
Uyaina mengeluh kasar. wajah Harlina dipandang sekilas. Baru nak buka mulut, terdengar ketukan di pintu rumahnya. Laju Uyaina bangkit dan menuju ke pintu rumah. Buka saja, wajah berubah serta merta.

“ASSALAMUALAIKUM, future wife.” Ikmal jongket kening sambil kenyit mata. Di belakang Ikmal, sepasang suami isteri dan seorang gadis seusia dirinya. Rasa nak pitam sekejap bila tengok senyuman yang mereka ukir di bibir masing-masing.
“Wa’alaikumsalam.” Harlina ambil tindakan menjawab salam Ikmal sambil menyelit di tepi Uyaina. Sempat dikerling wajah terkejut Uyaina itu. Tangan menolak Uyaina ke tepi sambil pintu dibuka luas. “Masuklah, Ikmal, Dato’ Datin dan….” Harlina tanam pandangan ke wajah gadis yang sedang senyum lebar itu.
“Darina…” Darina memperkenalkan diri bersama senyuman yang terukir di bibirnya.
“Cik Darina…” ucap Harlina bersama senyumannya.
Ikmal ukir senyum sambil melangkah masuk. Mata masih mengerling Uyaina yang sedikit keliru.
“Kenapa tunjuk muka keliru? Tak pernah nampak muka saya ke?” tanya Ikmal sambil memberi isyarat mata untuk Uyaina berkenalan dengan keluarganya.
Uyaina tersentak sekejap. Seolah baru sedar dari mimpi, dia pandang Dato’ Shamsuddin, Datin Sumaiyah dan Darina yang sudah melangkah masuk. Bibir ukir senyuman paling manis untuk mereka sambil maju selangkah menghampiri mereka.
“Apa khabar? Maaf, Aina terkejut sikit. Sebab Ikmal tak bagitahu yang dia nak datang hari ni,” ucap Uyaina serba salah. Tangan dihulur untuk bersalam.
Nasib baik bersambut. Kalau tidak, malu setahun dia.
“Khabar baik, Aina. No wonderlah Ikmal tergila-gilakan Aina. Lawa sangat. Aina apa khabar? Takziah atas kehilangan baby. Untie dengan uncle minta maaf sangat sebab kami tak dapat ikut Ikmal waktu tu. Apapun, kami doakan Aina sentiasa tabah dan sabar ye…” kata Datin Sumaiyah sambil menarik tubuh Uyaina dalam pelukan.
Uyaina terpaku. Wajah Dato’ Shamsuddin yang sedang senyum itu dipandang sekilas kemudian beralih kepada Darina.
“Ikmal bagitahu?” tanya Uyaina sambil melerai pelukan. Ikmal yang berdiri memerhati bersama Harlina dipandang bersama riak wajah ingin tahu.
Mereka berpandangan sambil tersenyum. “Ikmal dah cerita semua tentang Aina.”
Uyaina terdiam. Hanya pandangan beralih ke wajah Ikmal bersama kerutan di dahi.
“Jangan risau, Aina. Kami terima Aina seadanya…” ucap Darina tanpa segan. Lengan Uyaina dicapai dan dirangkul seketika bersama senyuman yang cukup manis di bibirnya. Sikapnya seolah Uyaina adalah rakan baiknya dan juga sudah bekenalan lama.
“Betul tu, Aina. Uncle terima Aina sebagai menantu, seadanya. Tak semestinya Aina janda, Aina tak sempurna. Kerana Aina masih perempuan. Ikmal nak kahwin dengan nenek tua sekalipun, kami tetap akan terima apa adanya.”
Ikmal tersenyum lebar sambil menjongket kening nakal. Rasa terharu melihat layanan keluarganya terhadap bakal isterinya. Tiada apa yang dia harapkan selain dari restu kedua orang tuanya.
“See, Aina. I already told you…”
Uyaina diam. Lidah kelu untuk berbicara. Hati dilanda rasa haru yang teramat sangat. Rasa sebak juga ada. Keluarganya tidak sebaik ini, tapi keluarga Ikmal? Jauh sungguh bezanya. Bagai langit dengan bumi.

“AKU dah kata kat kau kan? Keluarga Ikmal tak macam yang kau fikir. Tak perlu ragu…” bisik Harlina sambil menaikkan lengan ke bahu Uyaina.
Uyaina diam. Hanya mata yang terus membalas pandangan Ikmal tanpa kerdipan. Hati semakin cair. Senyuman Ikmal melemahkan diri. Kebaikan Ikmal membuatkan dirinya semakin jatuh hati. Tapi bersediakah dirinya menjadi isteri sekali lagi? Bagaimana kalau dia terluka.
“Jadi macam mana, Aina? Setuju jadi permaisuri kepada anak untie?” Datin Sumaiyah melorek senyuman nipis, tanpa ada kejanggalan.
Uyaian tunduk seketika.
“Uncle yakin, Ikmal tak akan sia-siakan kamu,” sambung Dato’ Shamsuddin pula.
Harlina mengerling Uyaina sekilas. Tahu Uyaina masih berbelah bagi.
“Aina, Datin dengan Dato’ tanya tu?” Giliran Harlina bertanya.
Uyaina angkat wajah lalu memandang Harlina. Kemudian Ikmal yang mengharap. Sejurus kemudian, Darina yang sedang tersenyum lebar. Semua menanti jawapan dari bibirnya. Kalau dia menolak, Ikmal akan terluka. Dan sia-sia saja mereka habiskan duit semata-mata mahu datang ke Kota London itu demi dirinya. Lantas apa lagi keputusan yang dia mahu beri selain ya.
“Saya… setuju…” Dua perkataan mengundang senyuman yang makin lebar di bibir masing-masing. “Tapi bersyarat….” Uyaina pandang wajah yang menanti.
“Syarat apa? Saya sanggup penuhi apa saja syarat awak?” Pantas Ikmal mengaju soalan sambil mata tidak dilarikan dari wajah Uyaina.
Uyaina tarik nafas sedalamnya sebelum bibir melorek senyuman hambar. Wajah Ikmal dipandang sedalamnya. Akan setujukah Ikmal dengan syaratnya? Akan setujukah keluarga Ikmal dengan syaratnya atau bagaimana?
“Saya nak, lepas kita nikah, awak balik Malaysia. Kita hanya akan tinggal sekali selepas saya balik ke Malaysia,” ucap Uyaina lancar.
Ikmal melorek senyum nipis. Syarat yang mudah baginya. Begitu juga dengan keluarga Ikmal. Apa salahnya? Lagipun, Uyaina masih lagi belajar. Mungkin itu salah satu sebabnya, Uyaina mengenakan syarat itu.
“Deal!” Ikmal terus beri persetujuan. “Macam yang saya cakap, saya akan tunggu awak sampai bilapun.” Ikmal menyambung kata-katanya bersama segaris senyuman manis. Bila sudah nikah, dia hanya tinggal menangi hati Uyaina.
Tak kisahlah apa cara sekalipun.
Datin Sumaiyah dan Dato’ Shamsuddin hanya mampu senyum melihat persetujuan Ikmal. Betapa sayangnya Ikmal pada Uyaina sampai sanggup menanti Uyaina.
“Kami tak kisah pasal tu. Kami faham yang Aina nak tumpukan perhatian pada pelajaran. Tapi, kami harap sangat yang Aina tak lukakan hati Ikmal. Kalau boleh, sayangi dan cintai dia sebagaimana dia menyintai dan menyayangi Aina. Kerana saat peluang sudah tamat, hati kami mungkin akan terkunci untuk terima Aina balik,” ujar Datin Sumaiyah.
Datin Sumaiyah tidak mahu Ikmal terluka. Dia tidak mahu Ikmal disia-siakan oleh perempuan yang dicintai Ikmal. Kerana dia tahu, cinta dan sayang anaknya itu pada Uyaina terlalu dalam dan ikhlas. Kalau tidak, masakan sanggup lakukan apa saja untuk Uyaina.
Uyaina tidak tahu apa lagi ucapan yan perlu dia berikan. Seluruh keluarga Ikmal seakan menyimpan harapan tinggi dalam hubungan yang bakal tercipta antara dia dan Ikmal. Dia tidak punya pilihan lain. Hanya itu caranya membalas budi Ikmal selama ini. Terima dan berusaha menyintai. Terima dan berusaha menyayangi. Tak salah mencuba. Biarpun berat rasanya terikat dengan seseorang.

Maaf lambat. Hari ni Eyfah busy. Dapat update satu bab je. Terima Kasih atas komen yang sangat memberi semangat. Eyfah happy kalau korang Happy Sayang Korang

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience