Bab 14

Romance Series 154867

"APA yang akak cuba buktikan pada Abang Said? Sampai pinang saya jadi isteri abang?"

Syakila termangu sesaat sebelum senyuman terukir indah di bibir merah merekahnya. Mata utuh di wajah Uyaina. Dia tahu Uyaina takut pada penerimaan masyarakat.

"Aina... akak cuma jalankan tanggungjawab akak. Akak tahu yang akak dah rampas Abang Said dari kamu."

Terbeliak mata Uyaina. Rampas? Bila masa pula Syakila rampas Said darinya. Satu-satunya perempuan yang Said cinta adalah Syakila. Bukannya dia.

"Akak merepek apa ni? Aina dengan Abang Said tak pernah bercinta. Jadi tidak ada kaitan rampas merampas," sangkal Uyaina perlahan. Pandangan mata jatuh ke tengah bendang yang terbentang luas. "Akak ada lagi sehari semalam untuk batalkan semua ni," sambung Uyaina separuh mendesak.

Syakila gelak seketika sambil mata masih memandang wajah Uyaina.

"Akak tak boleh batalkan. Sebab nyawa akak tak panjang lagi dah," komen Syakila mematahkan lagi sekeping hati milik Uyaina.

"Tapi kak... banyak lagi perempuan lain yang lebih layak untuk Abang Said. Bukan Aina."

Syakila diam. Jari jemari bertaut sesama sendiri. Cuba mengusir resah yang hadir tiba-tiba. Takut kalau Uyaina bertindak pergi sebelum majlis esok. Takut kalau Uyaina bertindak batalkan semua.

"Akak tak nak perempuan lain. Akak nak Uyaina," kata Syakila sedikit tegas.

Uyaina mendengus tawa. Terkilan bila Syakila tetap dengan keputusannya. Dia sangat tidak suka berbahagia atas air mata orang lain.

"Akak nak menderita atau akak nak Aina menderita?" tanya Uyaina sambil peluk tubuh. Mata mengerling Uyaina sambil bibir diketap geram. Susah sangatkah Syakila mahu faham tentang dirinya.

"Akak yakin. Kita bertiga akan bahagia. Abang ataupun Aina akan bahagia. Dan paling penting, akak boleh tutup mata dengan tenang," jawab Syakila yakin.

Uyaina mengeluh kasar. Keras sungguh hati wanita itu. Tak sedarkah Syakila yang dia bakal menderita? Tergeleng dan berdecit serentak Uyaina. Nafas dihela kasar. Bahasa apa lagi perlu dia pakai untuk berbicara dengan Syakila? Alien? Sepanyol atau? Argh! Tanpa pamit, Uyaina angkat kaki dan pergi. Sekali toleh pun tidak.

DIPERTENGAHAN jalan Uyaina bertembung dengan Said. Mungkin Said boleh tunaikan harapannya.

"Abang, Aina nak bincang lagi," pinta Uyaina sebaik Said tiba di hadapannya.

"Boleh..." Said angguk tanda setuju. Entah apa lagi Uyaina mahu bincangkan. Kalau pasal nak batalkan majlis, dia juga sudah tidak boleh berpatah arah. Bukan sebab dia tidak berusaha. Dari awal pun dia sudah berusaha. Tapi usaha jadi sia-sia bila ibunya sudah masuk campur.

Mereka berjalan seiringan meniti bendang yang kering kontang. Maklumlah. Musim menuai sudah habis.

"Aina nak bincang apa lagi?"

"Aina nak abang batalkan semua ni," jawab Uyaina tanpa memandang wajah Said.

Jatuh rahang Said. Esok dah majlis nikah. Macam mana nak batalkan. Itu satu hal? Kedua mana mungkin orang tuanya mahu.

"Maaf Aina. Abang tak boleh. Abang dah janji pada Kila," balas Said lemah.

Uyaina berdecit geram. "Penting sangat ke janji tu?"

Said memandang jauh ke tengah bendang sebelum mengerling Uyaina. "Penting sangat. Semua demi Kila."

"Habis tu... macam mana dengan Aina? Masa depan Aina dipertaruhkan untuk jadi isteri kedua?" Uyaina pandang wajah Said tanda tidak percaya dengan apa yang didengar telinganya. Kalau semua demi Syakila, bagaimana dengan dirinya?

"Abang tahu, Aina. Tapi abang tak boleh buat apa-apa. Cuma sekarang ni abang minta, jangan batalkan dan jangan minta abang batalkan. Kerana abang tak mampu."

Uyaina mendengus tawa. Tak mampu konon. Dasar lelaki. Pantang dapat izin isteri, mulalah nak kata tak mampu. Sandiwara sampah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience