Bab 28

Romance Series 154867

"KAU buat apa kat London sampai dua minggu?" tanya Said sambil meletakkan cawan berisi kopi o yang baru dibancuh sebentar tadi. Wajah Ikmal yang berseri itu dipandang sekejap.

"Adalah..." leret Ikmal. Tanpa memikirkan reaksi Said, kopi o yang baru diletakkan oleh Said itu ditarik perlahan. Sambil itu bibir ditarik senget.

Said yang baru menarik kerusi di hadapan Ikmal tarik bibir senget bila melihat Ikmal selamba mencapai minuman panas yang dia bancuh tadi. Laju juga tangannya mencapai tangkai cawan itu.

"Ini aku punya. kalau nak, buat sendiri." kata Said sambil menarik cawan berisi kopi yang masih panas itu.

Ikmal menjuihkan bibirnya. "Kedekut!"

Said mencebik bibir. "Haruslah! kau ingat senang ke nak bancuh? Nak kena asingkan dia punya serbuk dengan air kopi tu pun dah melecehkan tahu,"

Ikmal menyandar tubuh ke kerusi kayu itu sambil mata dihala ke tingkap. Bibir mengukir senyuman tatkala wajah Uyaina muncul dalam bayangannya. Dua minggu habiskan dengan Uyaina buat dia makin jatuh cinta dengan gadis itu. Kalaulah Uyaina halal buatnya, sudah pasti dia akan bawa Uyaina balik ke Malaysia.

Melihat gelagat Ikmal, Said menjongket bibir tanda menyampah. Ni tak lain dan tak bukan, fikir pasal perempuanlah ni. Entah perempuan mana pula yang menarik perhatian Ikmal kali ini.

"Kau ni duk sengih-sengih mesti fikir pasal perempuan baru kan?"

"Hah?" Ikmal jeda sesaat sambil mata dilarikan ke wajah Said. "Perempuan mana?" soalnya pada Said.

Said berdecit. "Awek baru kau lah."

Ikmal ketawa besar. Bila masa dia ada awek? Kalau Said, yelah. Berlambak. Yang anehnya, begitu mudah Said sembunyikan keburukan dirinya dari pengetahuan arwah Syakila.

"Kau ingat aku kaki perempuan macam kau?" soal Ikmal sambil menjongket bibir.

Said menjulingkan mata mendengar kata-kata Ikmal. "Yelah tu. Yang berderet kejar kau tu bukan perempuan ke?"

Bercantum kening Ikmal mendengar kata-kata Said. "Itu perempuan kejar aku. Bukan aku kejar perempuan,"

"Tapi kau layan," balas Said malas. Kopi itu dicicip perlahan sambil mata menikam wajah Ikmal. "Kau tak terfikir nak kahwin ke?" soal Said menyambung soalan.

"Tahun depan," balas Ikmal yakin.

"Wah! Calon dah ada ke?" Said jongket kening tanda ingin tahu.

Laju Ikmal angguk sambil sungging senyum. "Ada. Sangat istimewa."

Said angguk sambil ceber bibir. Terbit rasa kagum di hatinya bila dapat tahu yang Ikmal sudah ada calon. "Dalam diam kau ye..."

Ikmal senyum bangga. "Takkanlah aku nak heboh-hebohkan. Lainlah macam kau..." leret Ikmal sengaja mahu mengusik Said.

Said tergelak. Faham sangat apa yang dimaksudkan oleh Ikmal. Terbayang wajah Syamira di ruang mata. Selama ini, dia berusaha menyembunyikan hubungannya dari pengetahuan semua orang termasuk arwah Syakila. Kini dia tidak perlu sembunyi lagi. Syakila sudah tiada. Uyaina juga sudah dia buang jauh dari hidupnya. dan kini dia tinggal menghitung hari untuk menamatkan zaman duda yang tak berapa nak duda itu.

"Macam mana kau sembunyikan hubungan kau dengan Syamira ye?" tanya Ikmal memecah lamunan Said.

Said sengih sambil membalas pandangan ingin tahu Ikmal. "Well... Syakila tu bukanlah pintar mana. Mana je dia sampai dalam keadaan macam tu. Tak ke mana Mal."

Ikmal diam. Langsung tiada riak bersalah di wajah Said ketika menuturkan ayat itu. "Kau tak rasa bersalah ke? Dulu sebelum kahwin, bukan main lagi kau janji kat arwah tu. Tak nak khianati konon! Alih-alih tak sampai setahun nikah, kau pergi declare dengan Syamira."

Said garu kepala sambil tersengih memanjang. Memang dia janji dengan Syakila seperti itu tapi entah kenapa hatinya tiba-tiba melekat pada Syamira. Terpaksa jugalah dia tunaikan permintaan hatinya itu. Dasar jantan tak guna!

"Nak buat macam mana. Hati aku dah jatuh hati. Bukan boleh mengelak. Lagipun kau sendiri tahu apa yang jadi kat arwah tu kan? Mana boleh tahan..."

Ikmal mencebik. "Kau berkenalan dengan Syamira sebelum arwah tu sakit. Tak payah nak mengadalah."

Kadang-kadang Ikmal kasihan melihat arwah Syakila selama masih hidup. Cara Said melayannya memang tidak pernah kurang. Tapi dalam diam, Said gunakan semua kesempatan yang ada untuk berduaan dengan Syamira. Bukan itu saja, malah Said selalu juga keluar masuk hotel dengan Syamira. Dia pernah berdoa agar semua perbuatan said itu terbongkar tapi akhirnya Syakila pergi tanpa mengetahui sikap sebenar said.

IKMAL menghumban tubuh ke sofa berangkai tiga. Wajah Uyaina terus menghantui dirinya membuatkan bibir tidak henti mengukir senyuman.

Kemunculan Darina dan Kelly dari atas langsung tidak dihiraukan. Malas nak berbasa basi dengan minah dua orang itu.

"Eh... abang handsome you ada kat sinilah..." leret Kelly dengan nada terujanya.

Terbangun Ikmal dari pembaringan mendengar nada teruja Kelly. Geli geliman dia mendengarnya.

Darina ambil tempat di hadapan Ikmal. Manakala Kelly sudah menyamping di sisi Ikmal bersama senyuman menggodanya.

"Hai, abang handsome..." leret Kelly sambil cuba merangkul lengan Ikmal.

Ikmal berdecit sambil bangun. Wajah Darina yang sudah tergelak kelucuan dijeling.
"Lain kali jangan ajak sotong kurita datang rumah ni. Rimas!"

Meletus ketawa Darina bila Ikmal menggelar Kelly sotong kurita. Wajah cemberut Kelly dikerling.

"Babe...." Jeritan si gadis sotong terus bergema memenuhhi ruang tamu rumah agam itu. Bibir dijuihkan tanda geram. Ada ke patut dia digelar sotong kurita. Hish! mentang-mentanglah separuh lelaki, separuh perempuan.

"Lain kali jangan kacau abang aku. DAh tahu abang aku alah dengan kaum kau, situ juga kau nak menempel."

Kelly mencebik. "Eleh! Macamlah aku nak sangat kat abang kau yang tak berapa nak sado tu!"

Darina hanya menggeleng kepala melihat gaya pondan Kelly. Hai si pondan tak sedar diri!

Share this novel

Bibi Norazima
2021-02-24 19:56:56 

alahai...rupanya teruk juga perangai Si Said tu


NovelPlus Premium

The best ads free experience