~Tinta Kehidupan Uyaina~
Bab 2
"Abang jumpa Aina tadi. Makin lawa." Said mulakan cerita dengan nada ceria.Jejari Syakila dicapai dan dikucup penuh kasih sayang.
Syakila senyum seketika.Bukan dia tak tahu siapa Uyaina.Sepupu suaminya yang sentiasa disebut-sebut.Dia betulkan duduk di atas kerusi rodanya.Wajah Said ditatap seketika.Rasa bersalah kerana dia tak mampu lagi bergerak ke sana sini akibat kemalangan setahun lepas.Bukan itu saja,dia juga tak mampu berikan zuriat pada lelaki itu.
"Kila izinkan abang nikah dengan dia,"
Hampir terlepas pegangan Said mendengar butiran perkataan yang meluncur keluar dari bibir mungil isteri kesayangannya itu. Wajahnya berubah serta merta.
"Apa sayang merepek ni. Kan abang dah kata,abang tak nak dengar benda ni lagi," tegas Said.Dia tak mungkin duakan cintanya. Tak kisahlah Syakila terlantar macam manapun,dia akan setia di sisi Syakila sampai hujung nyawa.
Syakila mengeluh. Lantas jari jemari suaminya digenggam erat.Wajah Said dipandang tunak.Dia tak mahu Said menghambakan dirinya yang sudah lumpuh.
"Abang... Kila tak mengarut.Kila nak abang cari kebahagiaan abang.Sampai bila abang nak hambakan diri abang pada Kila. Kila tak boleh beri apa yang abang perlukan," pujuk Syakila.
Said meleraikan genggaman Syakila lalu bangun."Abang tak perlukan orang lain. Abang cuma perlukan Kila. Tak kisahlah Kila nak kata apa. Abang sanggup hidup macam ni dari khianati cinta kita!"
Said melangkah keluar dari bilik itu meninggalkan Syakila sendiri.Di luar bilik,Mak Izah sedang berdiri sambil menatang dulang berisi makanan buat Syakila.
"Encik..."
Said menyambut dulang itu beserta senyuman yang menghiasi bibir."Terima kasih Mak izah,"
"Sama-sama," sahut Mak Izah.Pandangan mata mengekor langkah Said masuk ke dalam bilik. Terlakar senyuman di wajah tuanya.Alangkah beruntungnya Syakila.Kesetiaan Said tiada galang gantinya. Masih ada lagikah lelaki yang sanggup hidup bersama isteri yang sudah lumpuh separuh badan. Di sahkan pula menghidap kanser hati.
"MAKAN sayang,"
Syakila menoleh bersama senyuman yang menghias bibir.Wajah Said yang kacak itu ditenung sedalamnya. Fikirannya masih sibuk memikirkan cara untuk bahagiakan suaminya. Dia tak mungkin biar suaminya terikat padanya sedangkan dia tak mampu beri apa-apa. Apatah lagi melayan nya.
"Biar Kila makan sendiri," kata Syakila cuba mencapai pinggan berisi nasi dan lauk itu.
Said menjegilkan matanya sambil menjauhkan dulang itu. "Abang suap,"
Syakila tarik muka masam. "Tapi bang..."
"Jangan degil Kila. Kila bukannya sihat sangat," bantah Said sedikit keras. Geram dengan sikap Syakila yang tak sedar diri itu.
Syakila mengalah lagi. Tapi mindanya kembali memikirkan cara untuk pujuk lelaki itu. Dia benar-benar mahu suaminya bahagia.
WAJAH lena Syakila itu ditenung Said. Rasa simpati pada nasib sang isteri menggunung dalam hati. Mana mungkin dia sanggup duakan Syakila.Wajah Uyaina yang tiba-tiba muncul buat dia resah sendiri.
Dia tak pernah anggap Uyaina lebih dari seorang adik. Selama ini,dia berdamping dengan Uyaina kerana mahu merasa apa rasanya bila ada adik sendiri.
Kedinginan Uyaina siang tadi,buat dia terkilan.Tindakan Uyaina yang berlalu tanpa meminta izin juga buat dia sedikit kecewa.
Teringat kembali ketika dia berbual dengan Azmal tempoh hari. Kata-kata Azmal buat dia tertanya-tanya apa sebenarnya masalah antara Uyaina dan keluarganya sendiri.
"Mal,Aina tak balik ke?" tanya Said ketika mereka berbual di majlis kenduri kesyukuran rumah ibunya.
"Aik,kau ingat lagi budak tak guna tu?" Azmal geleng kepala bersama riak menyampah.
Berkerut dahi Said. "Kenapa kau cakap macam tu? Dia ada buat salah ke?"
Azmal berdecit. "Kau sendiri tahukan. Dia hilanhkan diri tak balik-balik,"
"Tapi mak kau izinkan dia kan?" Said pandang wajah Azmal hairan. Tak sayang keluarga ke? Langsung tak kisahkan adik perempuan mereka yang satu itu.
"Memanglah mak aku izinkan,tapi...kau rasa patut ke dia keluar rumah tak balik-balik. Kesian abah aku," kata Azmal separuh menyampah.
"Kan ke mak kau yang tak nak dia balik selagi dia tak berjaya,"
"Dah tu,kalau sepuluh tahun dia tak berjaya, sepuluh tahun jugalah tak balik. Apa dia ingat kami ni tunggul. Tak ada perasaan?" Azmal separuh menempelak.Geram!
"Dah itu yang mak kau nak,"
"Bukan mak aku yang nak. Dia yang beria." Azmal membidas geram.
Said mengeluh kecil. Rasa kasihan pula bila ingat Uyaina yang seolah dipulau keluarga sendiri.Entah apa agaknya perasaan Uyaina bila langsung tak dipedulikan.
Share this novel