UYAINA merenung bakul plastic yang berbaris atas katil.Patutlah lelaki itu mengajaknya shopping barang kemas dengan pakaian selepas makan tengahari tadi. Ada makan malam syarikat. Dan dia baru tahu sekarang? Kalau dia tahu awal-awal, dia akan menolak permintaan Ikmal untuk temankan dia.
“Sayang… bila nak siap. Dah pukul enam tahu. Kejap lagi kita nak gerak,” tegur Ikmal yang baru keluar dari bilik air. Mata terunci pada Uyaina yang masih berdiri merenung beg plastic di atas katil. Entah apa yang direnung pun, dia tidak tahu.
“Abang…” Uyaina menoleh sambil menjuih bibir.
Ikmal jongket kening hairan. “Kenapa?”
“Boleh tak kalau Aina tak pergi?” tanya Uyaina penuh berhati-hati.
Ikmal berkerut dahi. “Kenapa?”
Uyaina atur langkah menghampiri Ikmal yang sudah berdiri di hadapan cermin. “Aina malu…”
Terlepas tawa Ikmal mendengar alasan yang tidak munasabah pada pendengarannya itu.
“Itu je…”
Uyaina angguk pantas sambil kedua lengan melingkari leher Ikmal. Sesak nafas Ikmal melihat wajah Uyaina yang bergitu hampir dengannya. Bukan setakat itu saja. Wangian tubuh Uyaina. Pergh! Boleh gila dia tahan gelora kat situ. Tapi, buat macam mana. Hanya mampu telan liur kerana majlis dah nak mula. Itu satu hal. Kalau buat ‘kerja’ lain, kena mandi pula.Disabarkan hati yang tak berapa nak sabar itu dan pinggang Uyaina diraih, ditarik rapat ke tubuhnya.
“Sayang tahu tak yang sekarang ni abang tak berbaju. Ni sengaja nak goda sebab tak nak teman abang ke apa?”
Serentak Uyaina lepaskan rangkulan tangan, tapi terlewat bila bibir Ikmal singgah di bibirnya.
“You’re late sayang. Abang turn on. But… it’s okey. Tangguh dulu.” Ikmal berbisik romantis sebaik melepaskan bibir Uyaina.
Wajah Uyaina membahang seketika. Malu tidak terkata. Dada rasa mahu pecah.
“Dah. Pergi siap. Malam ni malam special. Abang nak kenalkan sayang pada semua orang. Sebab… abang tak nak satu masa nanti ada yang tiba-tiba nak rampas sayang dari abang. Faham?”
Uyaina akur. Seperti lembu dicucuk hidung jadinya.
SESAAT. DUA SAAT. TIGA SAAT…
“Abang!”
Panggilan Uyaina berjaya membawa Ikmal kembali dari duni kekagumannya. Perlahan mata menilik Uyaina dari atas ke bawah. Rambut tersanggul cantik. Wajah dihiasi solekan nipis. Bibir disaluti gincu warna nude. Sesuai dengan solekan dan dress lengan panjang yang berkilauan membaluti tubuh Uyaina. Gila!
“Sayang… tukar baju.”
Wajah Uyaina berubah cemberut serta merta. Sejam setengah dia ambil masa untuk bersiap, tiba-tiba lelaki itu mahu dia menukar pakaian.
“Abang…”
Ikmal sembunyi senyum. Tubuh Uyaina dihampiri dan tangan dihulur. “Abang gurau je. Tapi sayang… abang risaulah,”
Uyaina kerut dahi. Huluran tangan Ikmal bersambut. “Risau sebab apa?”
Ikmal tarik nafas sedalamnya. “Takut nak bawa sayang keluar. Cantik sangat.”
Uyaina tergelak. Sedikit bangga bila suaminya memuji seperti itu.
“Abang ni. Ada-ada je.”
Ikmal tergelak kecil. Langkah diatur menuju ke pintu kereta. Sejujurnya, hati betul-betul risau kalau ada lelaki lain yang tangkap cintan pada isterinya itu. Haih! Ada bini cantik pun susah. Tak cantik pun susah. Entah apalah lelaki mahu dalam hidup ini.
SEPANJANG perjalanan, Ikmal tidak habis-habis memandang Uyaina. Terbuai dengan kejelitaan Uyaina. Berkali juga jejari Uyaina ditarik ke bibirnya. Uyaina pula yang rimas.
“Abang ni dah kenapa. Buang tebiat?” soal Uyaina sedikit rimas. Dia tidak suka dirinya jadi perhatian mata Ikmal.
Ikmal sungging senyum. “Aik. Pandang bini pun tak boleh…”
Uyaina berdecit. “Bukan tak boleh. Aina rimaslah…”
Ikmal tergelak kecil. “Sayang kena biasakan diri. Abang akan selalu pandang sayang sebab sayang halal untuk abang pandang. Ke sayang nak abang pandang perempuan lain?”
Uyaina berdecit. Jelingan tajam diberi kepada Ikmal. “Ada hati nak pandang perempuan lain. Aina cucuk mata tu. Biar buta terus.”
Ikmal ketawa lagi. “Jeles?”
“Eh… taklah. Suka sangat,” balas Uyaina sambil menjuihkan bibir.
Sekali lagi jari jemari Uyaina ditarik ke bibirnya. “Sekali abang serahkan hati abang pada Aina, sampai bilapun abang tetap akan setia pada Aina…”
Uyaina mencebik bibir. “Yelah tu!”
Bercantum kening Ikmal. “Tak percaya?”
Uyaina angkat bahu. Kepala digeleng sambil bibir dikatup rapat. Bukan tidak percaya. Sengaja mahu menguji Ikmal.
“Abang akan buktikan.”
“Then do it…”
Ikmal ukir senyum penuh makna. “Tunggulah sampai ada junior kat dalam tu. Itulah buktinya.”
Membahang wajah Uyaina. Pandangan dibuang ke luar tingkap sambil bibir diketap malu. Haih! Ikmal, Ikmal.
MASUK saja dalam lobi hotel, hati Uyaina tiba-tiba berdebar. Mata memandang sekitar mereka. Genggaman tangan Ikmal seakan tidak dirasainya. Hatinya tidak senang.
“Abang, tak boleh ke kalau Aina tunggu dalam kereta je?”
Ikmal berkerut dahi sambil mengerling Uyaina sekilas. Wajah resah Uyaina menimbulkan rasa hairan di sudut hatinya.
“Kenapa nak tunggu dalam kereta?”
Uyaina ketap bibir sambil membalas kerlingan itu. “Aina tak sedap hatilah…”
Ikmal terdiam seketika. Namun senyuman diukir khas untuk Uyaina.
“Kenapa pula? Sayang ada kenal sesiapa ke kat sini?”
Uyaina menggeleng perlahan.
Ikmal menarik nafas sedalamnya. Tangan yang tadi menggenggam jari jemari Uyaina terus dialih ke pinggang Uyaina.
“Don’t worry sayang. Abang ada je kat sini,” kata Ikmal lembut sambil mengusap belakang Uyaina. Mahu menghilangkan resah yang bertamu dalam hati Uyaina.
Uyaina menguntum senyum. Sekadar mahu melindungi keresahan pada wajahnya. Tidak mahu Ikmal risau akan dirinya. Sepatutnya, dia sudah bersedia untuk majlis-masjlis seperti itu, memandangkan Ikmal adalah bakal pewaris syarikat ayahnya.
Langkah mereka berakhir di hadapan dewan.
“Welcome bos,” sapa pekerja yang ditugaskan di pintu depan. Mata singgah pada wajah Uyaina. Kagum sekejap.
“Dah ramai ke kat dalam?” tanya Ikmal sambil menulis namanya dan menyerahkan dua keratan kertas kepada petugas itu.
“Hampir semua dah sampai.” Petugas itu menjawab. Sesekali mata melirik pada Uyaina yang setia berdiri di sebelah Ikmal.
“Ahli lembaga pengarah?” tanya Ikmal lagi.
“Semua dah sampai.” Petugas itu tersenyum sambil memandang wajah Uyaina.
“Said?”
Hati Uyaina bagaikan dilapah, sebaik mendengar nama itu keluar dari bibir Ikmal. Said? Said mana? Jangan Said itu, dah lah.
“Ada kat belakang tu…”
Serentak Uyaina menoleh ke belakang diikuti Ikmal. Tidak berkelip mata Uyaina sebaik mata melekat pada sepasang suami isteri yang cukup dia kenali. Tergamam! Bibir diketap kuat.
“Said?” tanpa sedar, nama lelaki itu meniti di bibir Uyaina.
“Uyaina?” Langkah Said terhenti. Jantungnya seakan luruh melihat pemandangan di hadapannya itu. Patut dari jauh macam kenal. Rupanya Uyaina.
Ikmal berkerut dahi sambil memandang Uyaina. Bukan dia tidak dengar nama Said meniti di bibir Uyaina sebentar tadi. Wajah Syamira yang bersahaja, dipandang sekilas.
“Kamu berdua kenal?” tanya Ikmal sambil memandang wajah Uyaina yang penuh dengan riak yang sukar ditafsir.
“Tak.”
“Ye.”
Ikmal kerut dahi. Seorang jawab tak. Seorang jawab ya. Meletus ketawa yang dibuat-buat oleh Ikmal. Hati tiba-tiba resah.
“Sayang kenal Said?”
Uyaina jeda. Perlahan mata memandang wajah Ikmal lalu kepala diangguk perlahan.
“Abang sepupu Aina…”
Said renung wajah Uyaina seketika. Melalui cara Ikmal memanggil Uyaina, dia yakin dengan firasatnya yang satu itu.
“Wah!” Ikmal sedikit tercengang. Selama dia dan Uyaina berkahwin, dia tidak pernah tahu Said itu sepupu Uyaina. Begitu juga selama dia berkawan dengan Said. Wajah keduanya dipandang seketika.
“Tak sangka dunia ni kecil sangat. Aku kahwin dengan sepupu kau, rupanya. Haih!” Ikmal tergelak seketika.
Uyaina menguntum senyuman resah. wajah Said dikerling sekilas. Beralih pula pada wajah Syamira yang sedang memandang wajahnya. Tangan mencapai tangan Ikmal.
“ABANG tak tahu yang Aina kahwin dengan Ikmal.”
Uyaina tersentak mendengar suara Said yang begitu hampir dengan telinganya. Pantas dia berundur ke sisi lalu menoleh.
“Kau tak perlu tahu jalan hidup aku!”
Said ketap bibir kuat. Hati betul-betul sakit bila dapat tahu Uyaina adalah isteri Ikmal.
“Ikmal tahu Aina bekas is…”
“Kalau dia tahu?” pintas Uyaina kasar. Mata memandang tajam wajah Said.
Said merenung wajah Uyaina. “Aina dah jauh berubah…’
Uyaina mendengus tawa. Mata memandang ke arah Ikmal yang sibuk berbual dengan yang lain. Risau kalau Ikmal melihat dirinya berbual dengan Said.
“Aku perlu berubah untuk kebaikan diri aku.” Usai habiskan ayat, Uyaina terus meletak kembali pinggan di tangannya. Niat untuk mengambil makanan, hilang serta merta. Yang ada hanya rasa sakit di hati.
Melihat ketenangan di wajah Said, hatinya dipalu rasa sakit. Kalau boleh, dia mahu lelaki itu rasai kesakitan yang sama. Sebagaimana dia pernah rasa satu ketika dahulu. Langkah dibawa keluar dari dewan itu. mencari tempat untuk melepaskan perasaannya.
SAID berdecit perlahan. Langkah diatur untuk mengejar langkah Uyaina. Tanpa sedar ada mata yang melihat penuh tanda tanya.
“Aina, we need to talk.” Lengan Uyaina direntap perlahan.
Langkah Uyaina terhenti. Lengan yang direntap Said, dipandang seketika. Sekali rentap saja, pegangan Said terlepas.
“Tiada apa yang perlu dicakapkan lagi.”
Said maju selangkah. Betul-betul di hadapan Uyaina.
“Abang minta maaf, Aina. Abang tahu abang salah. Abang dah buat Aina terluka. Menderita.”
Uyaina ketap bibir sambil geleng kepala. Wajah Said dipandang tajam.
“Kau tahu apa maksud terluka?” Uyaina jongket kening sinis. “Kau tahu apa maksud menderita?” Air mata runtuh biarpun berusaha ditahan.
Said terpaku. Tangan mahu mencapai bahu Uyaina. Tapi Uyaina menepis kasar.
“Abang sayangkan Aina. Selama Aina pergi, abang tak tenang. Abang cari Aina tapi abang tak jumpa…”
Uyaina mendengus tawa bersama air mata yang mengalir di pipinya.
“Sayang?” Uyaina pandang tepat ke wajah Said bersama rias mengejek. “Kau lupa ke aku ni siapa? Sebab aku arwah Kak Syakila tu matikan? Hah?”
Said ketap bibir. Wajah Uyaina yang sudah dibasahi air mata, cuba di sentuh tapi, Uyaina menepis kasar.
“Dengar sini baik-baik, Said Mustaqim. Setiap penderitaan dan kelukaan yang kau bagi pada aku, tak pernah aku lupa biar sesaatpun. Aku sumpah!” Uyaina menggeleng kepala sambil mengundur ke belakang. “Aku nak aku tahu yang aku benci kau. Kalau boleh aku tak nak tengokpun muka kau muncul dalam hidup aku. Biarpun tinggal jasad yang tidak bernyawa!” sambung Uyaina tekad. Air mata diseka kasar.
“AINA?” Ikmal terpaku. Niat mahu mencari Uyaina terhenti di situ.
Di hadapannya, Uyaina sedang menangis. Manakala Said sedang berdiri di hadapan Uyaina bersama wajah resah.
“Aina… abang betul…”
“Just go to hell, Said. Aku benci kau! Sampai mati aku benci kau!”
Sesak nafas Ikmal. Langkah seakan dipaku ke lantai. Minda menerawang. Melalui cara Said dan Uyaina, dia dapat meneka apa hubungan mereka satu ketika dahulu. Tatkala mata menangkap air mata Uyaina yang berjuraian jatuh, Ikmal atur langkah kukuh untuk mendekati Uyaina.
Uyaina dan Said sedikit terkejut melihat kehadirannya. Tapi dia abaikan. Tubuh Uyaina terus dirapati. Sekali peluk saja, tubuh Uyaina tenggelam dalam pelukannya bersama esakan kecil.
“Aina benci dia, abang. Aina benci sangat…” rintih Uyaina dalam dakapan Ikmal.
Ikmal tarik nafas sedalamnya. Dahi Uyaina dikucup bertalu-talu. Pelukan dieratkan. Sambil itu kepala ditoleh kepada Said.
“Kau lah bekas suami dia?”
Said jeda sesaat. Kemudian mengangguk lambat-lambat bersama wajah yang suram.
Ikmal mendengus tawa. “What a big surprise for me…”
Assalamualaikum Ini part yang korang tunggu-tunggu kan. Maaf semua. Nak fikirkan kisah bab ni susah tahu. Eyfah drama thailand dengan korea pun rasa masih tak kena lagi bab ni. haih! macam tak bestpun ada. Maaf Semua. Eyfah dah cuba. ini je Eyfah dapat bagi kali ni. Terima kasih! Terima Kasih! Terima kasih! sayang korang
Share this novel