“YOU dari mana?” soal Syamira sebaik Said melangkah masuk ke dalam rumah itu. Pandangan mata mencerlung ke wajah Said. Geram bila Said seolah-olah memperlakukan rumah itu seperti hotel. Check in tengah malam, check out pagi subuh. Dah macam tunggul rasanya dalam rumah itu.
Said berhenti melangkah. Pandangan tajam dilayangkan ke arah Syamira. Tidak suka cara Syamira bertanya pada dirinya.
“You siapa nak ambil tahu I pergi mana?”
Terbeliak mata Syamira mendengar soalan itu. Rasa diri dipermainkan, juga ada. Lantas tangan kanan diangkat tinggi. Jari telunjuk tepat ke wajah Said.
“You jangan nak buat hal dengan I, Said. I ni isteri you!” Syamira hampir menjerit sambil langkah diatur keras menuju ke hadapan Said. Berdiri betul-betul di hadapan lelaki itu tanpa menghiraukan pandangan tajam Said.
Said mendengus tawa. Tangan Syamira itu ditangkap kasar lalu dijatuhkan dengan kasar. Tingkah biadab Syamira itu menggamit rasa meluat dan marah dalam hati. Maju selangkah ke hadapan Syamira dan pandangan mata ditanam tepat ke anak mata Syamira.
“You tak perlu sibuk hal I. Ke mana I pergi atau bila I nak balik. Semua itu urusan I. Sukan hati I nak buat apa,” kata Said sinis sambil menjongket kening sinis.
Syamira ketap bibir kuat. Kata-kata Said itu agak keterlaluan baginya. Jari jemari digenggam erat menahan sakit hati.
“You jangan nak melampau, Said. I ni isteri you. Dan I ada hak untuk bertanya dan ambil tahu.”
Said tertawa sinis. Tubuh Syamira yang berbalut gaun malam seksi, ditilik. Sempat juga telan liur. Lantas lengan Syamira dicapai lembut sambil kening dijongket.
“Kalau isteri, jom naik atas. I nak you sekarang.” Tanpa meminta kebenaran, Said menarik Syamira naik ke atas.
Hampir sahaja Syamira terheret kerana tidak bersedia.
Syamira mendengus kasar. Lengannya direntap kasar. Langkah dihentikan dan pandangan mencerlung ke wajah Said.
“You ingat I ni perempuan murahan? Bila you nak, you pakai. Bila tak nak, you buat I macam tunggul?!” soal Syamira bengang.
Said mendengus kasar. Lantas dia menghentikan langkah dan kembali memusing tubuh menghadap Syamira. Pandangan Syamira dibalas tajam. Sekali lagi, lengan Syamira dicapai kasar dan sebelah lagi tangan naik ke wajah Syamira. Kening dijongket dan jari jemarinya mula menari di wajah Syamira. Tanpa amaran, dagu Syamira dicengkam kasar.
Syamira terkedu. Cuba menepis cengkaman itu, tapi Said menghalangnya. Bibir Said berlabuh tanpa amaran ke bibir Syamira beberapa saat dengan kasar.
“You ingat you boleh tolak apa yang I nak dari you. You isteri dan hak I untuk minta you layan nafsu dan keinginan I. Untuk apa I kahwin kalau benda ni I kena minta cara paksa kan?” Usai melepaskan bibir Syamira, kata-kata kejam Said menjengah pendengaran Syamira. Cengkaman juga langsung tidak dilepaskan. Malah makin dieratkan.
“Said, I sakit…”
Said ketawa sinis. Cengkaman itu dilepaskan dan Syamira diheret naik ke atas. Semuanya secara paksa.
Tubuh Syamira ditolak ke atas katil. Said terus mengunci tubuh Syamira sambil menanggalkan butang kemejanya kasar. Pandangan penuh bernafsu dihalakan ke setiap inci kulit Syamira yang terdedah.
Syamira terkaku melihat tingkah laku Said yang melampau. Dagunya yang dicengkam tadi, masih rasa perit.
“Said…”
“Shhh… I Cuma nak pakai you malam ni. I rindu you.” Said mencampak baju kemejanya ke atas lantai dan jari telunjuk ditegakkan ke atas bibir Syamira. “ I nak you layan I macam mana Uyaina pernah layan I. Faham?” soal Said sambil mengelus lembut pipi Syamira.
Syamira terkedu. Bibir diketap kuat. Wajah Uyaina mula terbayang diruang mata. Terluka dan kecewa bila seorang suami sanggup membuat permintaan seperti itu.
“I bukan Uyaina, Said.” Syamira cuba menolak tubuh Said.
Said tergelak. Tubuh ditundukkan ke tubuh Syamira. Kedua tangan Syamira dipegang kemas menggunakan tangan kanan, manakala satu lagi tangannya sudah merentap kasar gaun malam Syamira. Bibir dirapatkan ke telinga Syamira.
“Tapi malam ni, you kena jadi macam Uyaina...” leret Said sambil menjalarkan jari jemarinya dari bahu Syamira hingga ke leher Syamira. Serentak, dicekik leher Syamira sambil mengukir senyuman sinis. “Kalau tak, I bunuh you. Faham?” sambung Said lagi sambil menguatkan cekikan di leher Syamira.
Terbeliak mata Syamira diperlakukan seperti itu. “Sa…Said…”
“Boleh ke tak?” tanya Said tanpa mempedulikan keadaan Syamira yang mula sesak nafas.
“You… you dah gila Said…”
“I memang gila. I gilakan Uyaina. Dan I nak you layan I macam Uyaina layan I dulu. Boleh ke tidak?!” soal Said separuh bertempik.
Syamira ketap bibir. Kalau dia tidak setuju, nyawanya mungkin bakal melayang. Lantas kepala diangguk biarpun dia tidak tahu seperti apa Uyaina melayan Said satu ketika dahulu.
“Bagus!” Said lepaskan cengkaman pada leher Syamira dan memulakan tugasnya.
Tubuh Syamira digauli penuh nafsu. Membayangkan Syamira adalah Uyaina. Membayangkan segalanya tentang Uyaina. Manakala Syamira sudah menjeruk rasa. Terkilan dan terluka bila diperlakukan oleh suaminya seperti itu. seolah harga dirinya sebagai isteri terlalu rendah.
“NICE service. I suka. Biarpun tak sama macam Uyaina, tapi you still boleh puaskan I macam yang I mahukan.”
Said bangun sambil mengukir senyuman kepuasan. Tidak dihiraukan Syamira yang sudah mengalirkan air mata.
“You ingat I ni pemuas nafsu you?” soal Syamira dengan nada sebak.
Said yang sudah memusing tubuh untuk ke bilik air, menoleh sambil menjongket kening sinis.
“I memang kahwin dengan you untuk you puaskan I. Layan keinginan I. Kalau setakat cinta, I tak berminatpun dengan you. Banyak lagi perempuan kat luar sana yang sukakan I. Cintakan I. So, watch your word and attitude. Bila-bila I boleh ceraikan you.”
Syamira ketap bibir. Gebar ditarik kasar untuk menutup tubuhnya yang terdedah. Dia tidak tahu di mana silapnya. Sejak akhir-akhir ini, Said benar-benar obses pada Uyaina. Air mata yang mengalir, diseka perlahan. Kecewa dan terluka.
“Sampai hati you buat I macam ni, Said.”
Namun kata-kata itu hanya bergema di ruang hati kecilnya. Wajah Uyaina terbayang di ruang mata. Geram dan sakit hati. Kenapa Uyaina muncul kembali. Kenapa Uyaina merosakkan segalanya. Kenapa dan kenapa?!
Syamira mula menyelitkan kebencian dalam hatinya buat Uyaina. Sakit hati bermaharaja. Api dendam terbit tanpa dihalang.
Assalamualaikum Terima kasih kerana masih menantikan update dari Eyfah. Maaf, Eyfah memang sibuk sangat sekarang.
Share this novel