BAB 41

Romance Series 154867

UYAINA mengeluh kerana rimas dipeluk berulang kali oleh Ikmal. Namun disabarkan hati. Takut yang lain sedar perkara itu.
“Jaga diri tau. Jangan lupa call abang.” Berkali pesanan itu meniti di bibir Ikmal.
“Jangan risau. Saya tahu nak buat apa,” balas Uyaina lemah. Sedih? Adalah juga. Tapi, tak mungkin untuk dia tunjuk perasaannya itu pada Ikmal.
Ikmal tersenyum segaris. Cukup manis dan bahagia tapi tidak sebahagia hatinya bila melihat reaksi mengecewakan Uyaina. Bahu Uyaina dipeluk erat dan dahi Uyaina dikucup bertalu-talu.
“I will miss you for three month’s sayang…”
Uyaina ketap bibir tahan rasa. Ikut hati, mahu saja dia tolak Ikmal untuk menjauh darinya. Tapi dia tidak mahu menimbulkan kecurigaan di hati yang lain. Lantas bibir mengukir senyum yang disangka indah oleh Ikmal tapi perit di dalam hati Uyaina. Kepuraan apakah yang sedang dia pamerkan di hadapan semua orang? Hatinya meronta sendiri.
“Jaga diri babe. Ingat sikit. Kau tu dah kahwin. Jangan nak buat hal.” Giliran Harlina beri nasihat.
“Kami balik dulu, Aina. Ada masa, kita jumpa lagi,” kata Datin Sumaiyah lembut.
Uyaina hanya mampu senyum segaris sambil mengerling Shima dengan Khalil. Kalau mereka tak pesan pun, dia masih sedar siapa dirinya. Sekali lagi tubuhnya dipeluk erat oleh Ikmal seolah tidak mahu dilepaskan lagi.

IKMAL melangkah sambil menoleh berkali-kali. Terkilan bila Uyaina langsung tidak menunjukkan apa-apa riak dalam perpisahan itu. Sedangkan dirinya, berusaha sehabis baik mengawal perasaan sedih yang beraja dalam hati. Dari semalam, hubungan mereka dingin. Bibir diketap perlahan.
“Dah lah tu abang. Macam tak biasa melawat Aina tiga bulan sekali,” usik Darina sambil disambut gelak ketawa yang lain.
Ikmal tersenyum kelat. Kalaulah mereka tahu apa yang dia rasa, adakah mereka akan mengatakan perkara itu padanya. Namun apa saja yang dirasanya, disimpan rapi dalam hati. Biar dirinya yang menanggung. Terluka atau tidak, itu pilihan hatinya. Itu yang dia mahu dan dia sudah berjanji untuk berusaha memenangi hati Uyaina. Tak kisahlah apa jadi sekalipun.

UYAINA hambur tangis dalam bilik tidur sebaik sampai di rumah. Bukan niat mahu melukai Ikmal. Tapi sejak bernikah, dia kembali dilanda trauma yang mendalam. Rasa takut, resah dan gelisah datang menggantikan perasaan bahagia yang hadir Cuma sementara dalam hati.
Menidakkan hak seorang suami sekaligus melayan Ikmal seteruk itu bukanlah salah satu impiannya. Ianya Cuma tercetus selepas perasaan takutnya muncul lagi.

“Maafkan Aina, abang…”
Apa guna meminta maaf jika Ikmal bukan lagi di depannya. Lantas jari jemari mencari telefon dan mula menaip mesej yang cukup panjang buat suaminya.
‘Assalamualaikum…. Maafkan Aina abang. Untuk sesaat selepas abang lafaz akad pada Aina… Aina rasa bahagia. Tapi bila kisah lalu datang dalam ingatan, trauma seakan menghempas diri Aina, membuang jauh bahagia itu, diganti pula dengan rasa takut. Aina takut abang berubah hati. Aina takut abang akan tinggalkan Aina macam yang ‘dia’ lakukan pada Aina. Aina takut pada segalanya. Aina janji… satu masa nanti, hati Aina akan jadi milik abang sepenuhnya. Aina Cuma perlukan masa…’

Ikon hantar ditekan pantas kerana tidak mahu rasa ragu muncul lagi. Seusai itu, telefon dicampak ke atas katil. Baru saja selangkah menuju ke wardrobe, bunyi mesej masuk menghentikan langkah. Pantas Uyaina kembali ke katil dan tangan mencapai telefon itu. Nama Ikmal tertera di atas skrin. Dengan penuh debaran, mesej itu dibuka.

‘Wa’alaikumsalam, sayang. Abang faham perasaan sayang. Abang tahu kehadiran abang dalam hidup sayang terlalu cepat bagi sayang. Abang tak kisah berapa lama masa yang sayang perlu untuk move on dan lupakan kisah lalu sayang. Tapi satu perkara abang janjikan, abang akan terus setia menanti sayang. Tak kisahlah apa jadi sekalipun. Biar ajal menjemput, hati abang setia menanti sayang. Abang sayang Uyaina Arnia dunia dan akhirat… Insya’Allah sampai syurga. Seiring dengan janji abang pada sayang’

Uyaina terduduk bersama air mata. Ikhlas bunyi jawapan Ikmal mematikan segala rasa trauma yang menyelubung hati. Tatkala Ikmal sudah berada di dalam pesawat, rasa menyesal bertandang. Ingin sekali dia jerit. Memanggil nama lelaki itu agar kembali padanya. Namun rasa itu sekali lagi ditepis jauh. Ego dipertahankan. Trauma yang hilang sebentar tadi, dicari kembali.

“Bersyukurlah sekiranya masih ada ruang untuk bahagia…”

Tapi Uyaina menolak segalanya. Yang dipertahankan hanya rasa takut dilukai dan trauma ditinggalkan. Akan kah ada fasa bahagia sekiranya perasaan itu terus dipertahankan dan dipertaruhkan dalam hidup, sedangkan ianya boleh ditepis dengan bahagia yang hadir. Uyaina jadi buta dalam menilai bahagianya. Buta dalam mencari kebahagiaan sendiri. Buta dalam menilai cinta sang suami yang sedia mekar buat dirinya.

Serius guys... Eyfah dah mula benci Uyaina. Kejam. Sampai sini saja hari ini. esok jumpa lagi ye.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience