Bab 24

Romance Series 154867

IKMAL memilih diam saat melihat mata Uyaina terpejam rapat. Roti bun yang disumbat Uyaina ke mulutnya dikunyah perlahan. Sikit pun dia tidak terasa dengan layanan Uyaina. Itu menguatkan lagi rasa yakin dalam dirinya tentang Uyaina.

Wajah Uyaina yang sudah lena ditenung penuh minat. Ada perkara yang bermain di mindanya. Tiga pertemuan dalam situasi berbeza. Tiga kisah yang mencorakkan rasa dalam hati Ikmal.

'Ada sesuatu tentang dia...' Hati berbisik seketika.

Tanpa sedar, mata Ikmal akhirnya tertutup. Ikut sama terlelap. Siap bermimpi Uyaina datang bersama gaun pengantinnya.

IKMAL hanya terjaga ketika bahunya digoncang seseorang. Mata dicelik luas dan orang yang menggoncang bahunya dipandang.

Uyaina sudah bangun dari duduknya bersama pandangan yang sukar dimengertikan. Mata digosok sambil memandang sekeliling. Rata-rata penumpang sudah bersiap untuk turun dari pesawat.

"Dah sampai ye?" soal Ikmal bersama riak mamainya. Masih mengantuk.

"Taklah. Awak nak sambung tidur, tidur je. Saya nak turun," kata Uyaina sambil beri isyarat agar Ikmal beri laluan padanya.

Ikmal sengih segaris sebelum bangun dari tempat duduknya.

Uyaina menjeling sebelum menyisip di hadapan Ikmal. Diam juga dia! Bibir dijongket sinis.

Terangkat kening Ikmal menerima pandangan sinis itu. Bibir turut diherot ke tepi. Terlorek senyuman khas untuk Uyaina.

Uyaina tidak mempedulikan senyuman itu, sebaliknya dia berlalu pergi. Meninggalkan Ikmal yang masih berdiri di situ. Lagipun, lelaki itu bukannya ada kaitan dengan dia. Kenapa dia nak layan.

SIBUK menanti bagasi, Uyaina menggodek telefonnya. Rangkaian tiada. Apapun tak dapat. Nak kena cari pula tempat untuk dapatkan perkhidmatan komunikasi. Kepala digaru perlahan. Mata melilau ke kiri kanan.

"Cari sape? Saya ke?"

Uyaina berdecit lemah sebaik suara itu menyapa pendengaran. Geram pun ada. Pandangan ditoleh ke suara itu.

"Kenapa awak suka kacau saya?"

Ikmal tersenyum lalu berdiri di sebelah Uyaina. Ketinggian Uyaina hanya separas telinganya.

"Saya dah bagitahu awak hari tu kan? Saya suka awak..."

Uyaina berdecit kasar. Sebaik mata menangkap kelibat bagasi pakaiannya, dia menghampirinya. Baru saja mahu mencapai tangkai beg, Ikmal terlebih dahulu mencapai dan menariknya. Bila masa lelaki itu melangkah pun, Uyaina tidak tahu.

"Here your luggage," kata Ikmal sambil meletak beg itu di hadapannya bersama senyuman manis.

Uyaina terpanar sekejap. Rasa nak pitam. Kacaknya! Namun laju perasaan kagum itu ditepis. Tangkai beg itu ditarik kasar.

"Terima kasih, tapi saya tak perlukan bantuan awak!" Tegas nada suara Uyaina. Tubuh dipusing untuk pergi.

Ikmal ketap bibir menahan sabar. Nak dapat apa yang kita impikan bukan senang. Satu perkara itu dia tanamkan dalam kepala.

"Boleh saya tahu awak buat apa kat sini?" tanya Ikmal tidak putus asa. Langkah Uyaina yang sudah menuju ke pintu keluar dikejar.

Uyaina berhenti melangkah lalu menoleh. "Boleh tak awak berhenti follow saya?"

Ikmal hentikan langkah betul-betul di hadapan Uyaina. Wajah Uyaina ditatap sedalamnya. Bibir ditarik ke tepi dan terlakarlah satu senyuman manis di wajahnya.

"Tak boleh.... Saya dah ditakdirkan untuk follow awak sampai syurga." Pakej kenyit mata dia beri pada Uyaina.

"Argh!" Uyaina menjerit kecil tanda geram. Sungguh dia terganggu dengan kehadiran lelaki bernama Ikmal. Dia kembali memandang ke depan dan mengatur langkah laju meninggalkan Ikmal.

"Sini beg tu. Saya bawakan," tawar Ikmal sambil menarik selamba tangkai bagasi yang sedang dipegang Uyaina.

Uyaina berdecit sambil memandang Ikmal. "Stop. following. me!" Sepatah demi sepatah perkataan meniti di bibir Uyaina.

Ikmal senyum lagi. Tidak tergugat biarpun sekali. Wajah masam Uyaina dibalas dengan senyuman nipis. Tangkai bagasi itu bertukar tangan dengan mudah.

"Jom..." Ikmal atur langkah untuk pergi sambil menarik bagasi Uyaina.

Uyaina mendengus kecil. Kaki dihentak perlahan tanda geram dan protes. Ikut hati, nak saja dia ketuk-ketuk kepala Ikmal ketika itu. Entah apa lelaki itu buat di bumi London.

"JOM makan?" Ikmal tanpa mempedulikan wajah cemberut Uyaina terus menarik bagasi Uyaina meninggalkan Uyaina yang sedang menahan geram.

Uyaina berdecit geram. Niat nak terus ke apartmentnya yang tidak jauh dari kawasan itu.

"Saya kena cepatlah!"

Ikmal berhenti melangkah lalu menoleh. "Nak pergi mana?"

"Balik apartment." Laju Uyaina menjawab tanda mahu Ikmal segera pergi dari pandangan matanya.

Ikmal sengih lalu pusing tubuh dan kembali kepada Uyaina.
"Saya hantar. Lagipun, saya yakin awak tak tahu lagi nak jalan kat sini."

Sekali lagi Uyaina mati kutu. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan bersama resah dan geram yang silih berganti.

Ikmal tersenyum segaris melihat tingkah laku Uyaina. Untuk kali ini, dia tidak akan lepaskan Uyaina selagi nombor Uyaina tiada dalam simpanannya. Dia akan pastikan itu.

"AWAK dah kahwin?"

Hampir tersembur minuman yang sedang sudah menggelongsor masuk dalam tekak Uyaina sebaik mendengar soalan cepumas itu. Laju tangan mengusap tekak sambil anak mata dihala tepat ke wajah Ikmal yang tersengih mengalahkan kerang busuk.

"Sorry...."

Uyaina berdecit. "You know what..."

"What?" Laju Ikmal bertanya bersama wajah nakal.

"You're so annoying!" kata Uyaina sebal.

Ikmal angkat bahu. "I know...."

Terangkat kening Uyaina mendengar jawapan itu. Tahu pulak? Dah tu, kenapa asyik nak follow dia? Geram bertamu lagi.

"Awak buat apa kat sini? Kat Kl jumpa muka awak. Kat flight jumpa awak. Kat.."

"Kat London jumpa saya?" pintas Ikmal sambil mengangkat kedua kening berkali kali.

Uyaina tenung wajah Ikmal sesaat kemudian angguk malas. "Hmmm...."

Ikmal tumpukan perhatian ke wajah Uyaina yang putih bersih. Entah kenapa hati rasa tenang tatkala mata terpandang akan wajah itu.

"Awak nak jawapan ikhlas atau tipu?"

Hah? Jatuh rahang Uyaina dengar soalan itu. Biar betul? Ada ke jawapan ikhlas atau tipu? Sumpah dia tak faham.

"Both..." Uyaina kemudian ambil pendekatan mudah dengan memberi jawapan itu.

Ikmal rersengih sesaat. Minuman yang berada di hadapannya itu dicicip sekali barulah matanya kembali bertaut dengan anak mata Uyaina.

"Untuk jawapan ikhlas dan jujur, saya ada urusan kerja kat sini..." Kening dijongket sekali.

Terangguk kepala Uyaina mendengar penjelasan itu.

"Untuk jawapan tipu... saya dapat tahu gadis idaman saya datang London dan saya pun ikut sekali..."

Uyaina jeda sesaat kemudian bibir melorek senyuman sinis.

"Hahaha... kelakar sangat..." Uyaina buat-buat ketawa.

Ikmal hanya senyum melihat tingkah laku Uyaina. Biarpun ketawanya dalam keadaan berpura-pura, Uyaina masih juga kelihatan jelita pada pandangan matanya. Haish! Dia benar-benar tergilakan Uyaina.

Selesai menjamu selera, Ikmal benar-benar mengotakan janjinya. Bukan setakat menghantar Uyaina ke apartment. Tapi juga membawa Uyaina untuk mendapatkan telefon dan segala keperluan komunikasi.

SAMPAI hotel, Ikmal menghumban tubuh ke atas katil sambil menghadap siling putih. Bibir menguntum senyum tatkala wajah Uyaina menghiasi layar dipandangan matanya.

"Siapakah pemilik hatimu wahai si jelita. Saya nak sangat kenal dengan awak lebih dalam lagi..." Tanpa sedar, bibir berkata sendiri.

Melihat senyuman indah Uyaina, hilang segala kekusutan dalam kepala. Gelak ketawa Uyaina, biarpun terpaksa tapi mampu menghangatkan sekeping hati yang mendamba cinta dan kasih.

Andai saja Uyaina bukan milik sesiapa...

Ikmal terlena dalam angan dan impian yang belum pasti mudah untuk dicapai. Tapi pasti untuk dia kejar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience