Bab 10

Romance Series 154867

UYAINA tergamam. Telefon yang dipegang itu terlepas dari genggaman serta merta. Gigi diketap tanda geram. Berita itu bukan berita baik untuknya.

Baru minggu lepas dia di suruh jangan kembali ke rumah itu. Kini dia sudah mendengar berita yang maknya menerima pinangan Said untuknya.

Harlina yang tadi sibuk membungkus produk, memandang Uyaina hairan. Kenapa lagi dengan kawannya itu.

"Babe... kau okey?"

Uyaina alih pandang ke wajah Harlina. Wajah Harlina ditatap sambil bibir digigit geram.

"Abang Said pinang aku." Uyaina hempas duduk ke sofa lalu meraup wajah. Sumpah tertekan sangat. Kenapa banyak-banyak lelaki, suami orang juga yang meminangnya.

Harlina bangun dari kerusinya lalu menghampiri Uyaina. Punggung dilabuhkan sambil bahu Uyaina ditepuk perlahan.

"Said tu lelaki yang kita jumpa kat Midvalley hari tu kan?" tanya Harlina ingin tahu.

Uyaina angguk bersama wajah yang resah.

"Dah ada bini kan?"

Uyaina angguk lagi.

Harlina memeluk bahu Uyaina yang keresahan. Minda berhenti berfungsi sekejap. Apa tujuan lelaki yang sudah beristeri itu meminang Uyaina. Takkan nak madukan Uyaina.

"Kau nak buat apa sekarang?" tanya Harlina lembut.

Uyaina meraup wajahnya berkali-kali. "Aku tak boleh buat apa-apa. Mak aku dah terima. Tarikh nikah pun dah ditetapkan."

Sekali lagi Harlina terkejut. "Mak kau terima? Kenapa dia terima sedangkan dia tahu Said suami orang?"

Uyaina geleng kepala tanda tidak tahu. Dia juga keliru. "Aku pun tak faham, Har."

Harlina pandang wajah Uyaina dalam. Dia yakin, Uyaina dalam keadaan berbelah bagi. Antara perasaannya, status Said daj ikatan kekeluargaan mereka.

UYAINA menyusuri Tasik Perdana bersama hati yang resah. Permintaan Puan Hamida betul-betul mengganggu mindanya. Diabaikan Harlina yang berada disampingnya.

"Babe... kau okey?" Harlina tepuk bahu Uyaina lembut.

Uyaina pandang Harlina sekilas, lalu menggeleng kepala. Sumpah! Fikirannya serabut memikirkan tentang itu.

"Entahlah Har. Aku tak tahu nak buat apa. Aku serabut sangat," keluh Uyaina lemah.

Harlina tayang riak simpati. Mana tak simpatinya. Suami orang meminang dan parahnya mak sendiri yang terima. Mak jenis apa yang nak anaknya di madukan? Mak jenis Puan Hamida lah.

Buk!

"Aw!"
Uyaina jatuh terjelepok kerana dilanggar seseorang yang sedang berlari. Dia pun tak tahu dari mana datangnya lelaki itu. Wajah menyeringai tahan sakit sambil mata mencari empunya tubuh yang melanggarnya

"Aina?" Harlina turut terkejut lalu memandang empunya tubuh yang sudah berdiri kaku di situ sambil mata memandang Uyaina.

"Ssso... sorry Miss. Saya nak cepat," luah lelaki kacak itu sambil garu kepala.

Harlina menjeling sambil membantu Uyaina bangun.
"Kalau ye pun, janganlah langgar orang. Mata tu pakai. Jangan simpan di lutut," perli Uyaina sedas.

Terkebil lelaki itu menerima perlian sebegitu. Uyaina yang sudah bangun dari duduknya dipandang seketika.

"Sekali lagi saya minta maaf, Cik. Saya betul-betul tak sengaja."

Uyaina pandang lelaki itu lalu menguntum senyum tawar. "Takpe."

Terbeliak mata Harlina. Semudah tu? Wajah Uyaina dipandang seketika sebelum pandangan beralih pada lelaki itu. Wajah lelaki itu sedikit terkejut mendengar ucapan Uyaina. Dia baru menyangka yang Uyaina akan hamburkan kata-kata kesatnya. Ternyata tidak .

"Awak tak marah?"

Harlina mencebik.
"Ini mesti kes pura-pura terlanggar lepas tu nak minta maaf lepas tu nak minta nombor telefonkan?"

Membahang wajah lelaki itu bersama kerutan. Wajah Harlina dipandang seketika kemudian tawa kecil terlepas.

"Saya memang nak cepat cik. Nak hantar adik saya pergi KLIA..."

"Pergilah. Nanti lambat pulak. Saya tak marah pun. Benda macam ni biasa jadi," kata Uyaina lembut.

Lelaki itu angguk bersama senyuman lalu meninggalkan mereka berdua di situ.

"KAU tak baik tau. Tuduh dia macam tu," komen Uyaina sebaik lelaki itu lesap.

Harlina cebik bibir. "Ye lah tu. Bukan kau suka kat mamat tu?"

Jatuh rahang Uyaina mendengar soalan itu. Apa punya kawan. Banyak-Banyak soalan, itu juga yang ditanya. Malas menjawab, Uyaina atur langkah pantas tinggalkan Harlina di belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience