UYAINA membiarkan Ikmal masuk ke dalam rumah untuk menghantar barang-barang yang dibeli mereka beberapa jam lepas. Letih diketepikan. Tak mungkin dia biarkan Ikmal sendirian sedangkan Ikmal sudah banyak membantu dirinya. Rasa terhutang budi semakin menggunung.
"Kita duduk kat taman," ulas Uyaina lembut sebaik Ikmal keluar.
Ikmal pandang Uyaina bersama segaris senyuman. Dari raut wajah Uyaina,dia tahu Uyaina letih. Tambahan pula Uyaina sedang mengandung.
"Awak masuk rehat. Saya nak jumpa Khalil. Malam nanti saya hantar makanan," putus Ikmal lembut.
Uyaina mengeluh kecil. Sekali lagi Ikmal buat dia serba salah. "Sampai bila awak nak ambil berat pada saya, Ikmal. Awak buat saya rasa diri saya ni menyusahkan awak."
Ikmal tersenyum lagi. Dia tahu. Bukan sekali Uyaina mengatakan tentang itu. Dia saja yang rasa besar hati dan ikhlas untuk membantu Uyaina. Semakin mengenali Uyaina semakin dalam perasaannya pada Uyaina.
"Saya tak nak awak fikir macam tu. Cukup awak terima saya dalam hidup awak..."
Uyaina jeda sesaat. Minda kembali beku. Kenapa lelaki itu beria mahukan dirinya sedangkan masih ramai wanita yang lebih layak. Wajah mengharap Ikmal ditatap sedalamnya.
"Saya tak layak untuk awak..."
Ikmal mengeluh kecil. Tubuh Uyaina dihampiri. Bahu Uyaina yang berlapis dipegang kejap. Membawa tubuh Uyaina untuk menghadap tubuhnya.
"Tiada siapa yang boleh tentukan sama ada awak layak untuk saya atau pun tidak. Bagi saya awak lebih dari layak."
Uyaina kehilangan kata-kata. Apa lagi cara untuk dia yakinkan Ikmal tentang itu.
"Saya janji... saya akan buat awak bahagia. Lebih dari segalanya... percayalah...."
Sekali lagi Uyaina keliru. Untuk menolak, Ikmal sudah berkorban banyak untuknya. Untuk menerima, hati takut terluka.
IKMAL tersenyum lebar melihat Shima dan Khalil yang sudah menantinya.
"Bukan main lebar senyuman kau? Baru lepas jenguk Aina ke?" tanya Khalil separuh mengusik.
"Memanglah dah jenguk. Tak nampak bibir tu dah nak sampai telinga. Untung Uyaina dapat lelaki macam Ikmal ni..." juih Shima separuh cemburu.
Ikmal gelak seketika. Dikerling wajah cemburu Shima. "Jeles ke...."
"Haruslah. Ni Khalil ni... sibuk dengan kawan-kawan dia. Dengan aku jarang ada masa..." adu Shima sambil menjeling Khalil geram.
Khalil menjuih bibir sambil menolak bahu isterinya. "Amboi... mengata. Jadi awak tu twentu four seven sibuk dengan projek baru?"
Shima membulatkan mata. "Itu kerja. Bukan memain!"
Terangkat kening Ikmal melihat pasangan itu berkelahi. "Korang gaduh ke ni?"
"Eh! Tak lah. Kitaorang memang selalu macam ni. Kau je jarang tengok," bidas Khalil sambil menyenggol pinggan Shima.
Shima berdecit kasar. Jelingan tajam diberi kepada Khalil tanda geram. "Jangan nak cari pasal. Karang malam ni, masak sendiri, makan sendiri, tidur kat luar."
Meletus ketawa Ikmal melihat wajah cemberut Khalil. Tak sangka pasangan itu kuat juga bergaduh. Tergeleng sekejap kepalanya melihat suasana mencuit hati itu. Baginya saja mencuit hati. Tapi tidak bagi pasangan itu.
UYAINA tersenyum lebar membaca mesej yang dihantar Harlina. Tak sabar nak bertemu dengan Harlina. Pasti Harlina terkejut nanti bila melihat perutnya yang memboyot. Diusap perutnya penuh kasih sayang. Kini dia sudah tidak kisah. Dia akan besarkan anak itu sebaik mungkin biarpun tanpa Said. Lagi satu, dia tak akan biar Said tahu kewujudan anak itu.
Itu pun kalau panjang umur.
"I'm waiting for you baby..."
Maaf semua. Sis sibuk tiga hari ni. Lepas selesai PREORDER KU MAHU HATIMU dengan BAHAGIAN DERITA SEMALAM, baru sis boleh update selalu. Doakan sis untuk projek baru ramadhan/raya. Sayang korang
Share this novel