BAB 13

Family Series 39843

Zaim menggeliat kecil. Hembus nafas kuat lantas bangkit dari kerusi. Melangkah ke tingkap dan selak langsir. Malam semakin tua namun dia masih belum mengantuk. Apatah lagi tugasnya masih belum selesai. Dia tengah menyusun bajet projek baru yang telah diserahkan papanya sebelum cuti hari minggu.
Pening kepalanya kerana projek ini cukup besar. Melibatkan kerajaan negeri pula tu. Bimbang juga kalau bajet yang dia buat kena tolak.

Tak mampu dia nak hadap semuanya sampai pagi lantas bergerak ke kabinet. Rasa nak makan cookies. Pantas tangannya buka pintu. Tak sempat nak ambil, mata melihat ada nota terlekat di situ.

-Tak pernah saya jumpa lelaki suka makan cookies. Perempuan je yang suka manis-manis macam ni.-

Zaim hembus nafas seraya tersenyum senget. Dah tahu siapa yang tulis nota ini. Dengan dada lapang dia tarik nota kedua.

-Jangan makan manis-manis sangat.
Nanti perut boroi. Perempuan tak suka lelaki boroi.
Ini rahsia tau.-

Terus sengih Zaim bertukar jadi gelak kuat. Kepala tergeleng-geleng lucu. Namun tiba-tiba dahinya berkerut. Mata terpandang sesuatu di tepi singki. Kotak susu yang sudah kosong. Dia sudah faham. Mulalah muncul idea nak balas balik apa yang gadis itu buat.

Balik ke bilik dan dapatkan telefon. Pantas rakam gambar kotak susu dan hantar kepada Tasneem.

-Kalau kau tak datang ambil sampah kau ni, upah kau kemas rumah aku kira hangus.

Zaim herotkan senyum jahat. Sengaja nak mengusik. Lagipun dia tahu. Gadis itu tentu akan kelam-kabut. Bukan dia tak faham gadis itu. Sejak pertama kali mengenali dia sudah boleh membaca isi hati gadis itu. Malah dia sudah tahu sikap gadis itu.

Tasneem bukannya tak cantik. Ada rupa. Malah cukup ayu dengan penampilan muslimah. Tidaklah berjubah sepanjang masa tetapi gadis itu pandai menutup semua yang perlu ditutup. Tapi sayang, dia tak minat dengan gadis yang tidak bekerjaya tinggi. Hendak hidup berumah tangga pada zaman ini perlukan teman yang sekufu. Barulah rumah tangga akan aman damai. Walaupun mami berkenan, dia sesekali tak akan menerima gadis itu. Sekadar kawan jauh itu bolehlah. Lagipun dia dah ada permata hati dia sendiri. Jadi kenapa dia nak pilih batu yang tak ada harga.

Jauh dia memikirkan hal Tasneem. Sedar tak sedar sudah setengah jam pesanan dihantar namun tetap tak ada balasan. Lantas dia terus menunggu sambil makan biskut. Pandang ke arah telefon lagi. Tetap tidak dibalas. Kemudian pandang bilik Rafael pula. Tentu lelaki itu sudah terkedang tidur. Al maklumlah, dah berminggu-minggu tak cukup tidur.

Pandang telefon semula.
Tidak ada bunyi.
Kepala tiba-tiba diketuk kuat.
Kata tak ada selera dekat gadis yang tak bekerjaya. Habis tu yang dia asyik menunggu balasan gadis itu dah kenapa?

Bangkit dari sofa lantas simpan balang biskut. Kembali ke bilik dan dia perlu tidur kerana esok hari dia bekerja.

***

Tasneem menggeliat sebaik saja azan subuh sayup-sayup berkumandang dari masjid. Tarik telefon di atas meja dan lihat jam. Namun lain pula yang matanya nampak. Ada pesanan masuk. Bila ni? Dengan pandangan kabur dia buka peti pesanan.

“Oh, mak kau hijau!”
Terus telefon terpelanting ke bawah. Tangan terketar-ketar. Dada pun berdebar kuat. Terkejut melihat penghantar mesej. Dengan rasa tak percaya Tasneem ambil telefon. Usap perlahan. Nasib baik jatuh atas permaidani. Kalau atas simen yang tak berlapik tentu terus tinggal arwah.

Baca semula pesanan yang baru dilihat.
Tangan spontan tepuk dahi.
Kotak susu!

Kenapalah dia boleh lupa pasal kotak susu tu. Suka hati sangat duduk rumah crush kan. Buat macam rumah sendiri. Itulah padanya. Mula lalai. Lalu dengan dada berdebar-debar Tasneem balas pesanan.

-Encik tolong buang ya. Saya lupa. Maafkan saya. Pasal upah tu, tak bagi pun tak apa.

Tasneem hela nafas dengan rasa tak percaya. Tinggalkan telefon lantas masuk ke dalam bilik air. Dia tak boleh leka dengan mesej. Solat subuh lagi utama. Segerakan yang wajib dan bersiap ke tempat kerja. Itu yang perlu dia buat.

***

Rasa tak sempurna pula kerjanya hari ini. Dia ternanti-nanti lelaki itu membalas pesanannya. Walaupun waktu sekarang masa untuk minum pagi dia tak rasa lapar. Dia rela menunggu pesanan dari lelaki itu.

Tangan buka aplikasi whatsapp dan usap nama Zaim Muazzam. Entah macam mana dia boleh tertekan simbol video call.

“Apahal kau call aku?”
Buntang mata Tasneem melihat wajah Zaim Muazzam di dalam bilik yang nampak eksklusif. Terus Tasneem putuskan talian. Tampar kedua-dua belah pipi sendiri.

‘Kau apahal Tasneem oooiii. Yang kau pergi video call tu kenapa?’ bebelnya geram. Nampak sangat kau kemaruk dengan dia kan. Bebelnya lagi.

Tak boleh jadi. Dia kena sibukkan diri dengan kerja. Baru saja berhajat hendak ke meja rakan selang dua buah meja telefonnya berbunyi. Melihat nama yang tertera hati rasa teruja tetapi dia dah malu. Tebal mukanya mengingati hal tadi. Namun, tak elok dia buat lelaki itu menunggu lama.

“Tadi bukan main lagi call aku. Siap video call lagi. Bila aku call kau tak nak angkat pula,” rungut Zaim dan Tasneem ketap bibirnya malu sebaik saja dis menjawab panggilan lelaki itu.

“Maaf. Tadi tu saya tersalah tekan.”

“Tersalah means kau rindu aku? Kau teringat dekat aku?”

Membahang wajah Tasneem dengan kata-kata lelaki itu.
“Mana ada. Saya cuma teringat dekat sampah yang saya lupa buang je.” Tasneem mengelak.

“Kau tak payah nak berdalihlah. Aku tahu kau suka aku. Tapi kan, dari kau suka aku baik kau belajar suka kucing. Kau tahu kan kucing tu haiwan kesukaan nabi?”

Tasneem mengangguk mengeyakan.
“Kau hantar akaun bank. Aku nak bayar upah kemas rumah,” arah lelaki itu tegas.

“Tak apalah encik. Tak berat pun kerja yang saya buat hari tu.” Tasneem menolak.

“Kau nak cakap aku tak ada duit ke?”

Mata Tasneem membulat. Ke situ pula.
“Tak lah. Saya ikhlas tolong encik. Tapi… kalau encik nak bayar juga encik tolong sedekahkan dekat anak-anak miskin atau pun anak yatim.”

Zaim hembus nafas tak percaya. Gadis itu baik hati orangnya dan tiba-tiba dia rasa terpukul.

“Kau kat mana sekarang? Masa kau buat video call tadi aku tengok macam bukan restoran.”

Tasneem pandang keliling. Barulah dia sedar. Dia cuai. Tak sepatutnya lelaki itu tahu dia sebenarnya bukan pelayan restoran.

“Erk, saya kat klinik.”
Berbohong. Itu sajalah modalnya sekarang.

“Kau sakit?”

“Eh, tak lah.”
Dah tak tahu nak jawab apa. Pandailah berbohong. Kan dah mendapat.

“Habis tu, kau pregnant? Cek perut?”

Gila!
Tasneem ketap bibir dan kepal tangannya dengan geram. Usikan yang ini tak masuk akal langsung. Dia tak kahwin lagi. Mana boleh cakap macam tu.

“Saya tak kahwin lagi. Mana boleh ada anak.”

“Habis tu?”
Eeeiii… mamat ni. Nasib baik kau crush aku tau. Kalau kau musuh aku dah lama aku terajang. Hati Tasneem berapi.

“Saya datang cuci klinik.”

Kepala Zaim berkerut.
“Kau biar betul. Tak cukup ke upah jadi pelayan kat restoran mak sedara kau tu?”

Tasneem menggeleng lucu. Rasa nak ketawa besar tetapi dia tahan.

“Kau dah lunch?” tiba-tiba baik hati pula lelaki itu. Ambil berat. Mulalah Tasneem terawang-awang.

“Tak. Saya minum susu je.”

“Susu!”

Pantas tangan Tasneem naik menepuk pipi sekali lagi. Tersasul pulak dah.

“Kau ni kecil-kecil dulu tak cukup minum susu ke sampai dah besar panjang pun nak hisap susu lagi. Bagi dekat budak cukuplah. Kasihan dia orang nak minum susu tak dapat kesnya stok susu habis sebab kau punya pasal.”

Sekali lagi Tasneem ketap bibirnya geram. Sampai hati lelaki itu cakap macam tu.

“Dahlah. Aku nak sambung kerja aku. Kalau aku layan kau nanti papa aku tak bagi aku gaji.”

Tasneem bulatkan mata. Dia pula yang salah.
“Saya tak minta pun encik call saya.”

“Kau jangan nak mengelat. Kau yang yang mula dulu kan.”

Alih-alih dia pula yang terkena. Tasneem rasa nak tarik je bibir lelaki itu.

“Oh, ya. By the way, kau jangan risau. Rahsia yang kau bagitahu aku akan selamat dengan aku. Aku boroi pun tak apa. Duit banyak.”

Terus wajah Tasneem membahang merah. Namun di akhirnya dia gelak kecil. Sempat lagi lelaki itunak puji diri sendiri. Tapi yang pastinya Zaim tak boroi.

Sementara di sebelah sana Zaim pandang telefon dengan dada yang lapang. Entah kenapa dia rasa tenang bila berbual dengan gadis itu.

Huhu... Dah bermesej-mesej ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience