BAB 47

Family Series 39843

Zaim memerhati gerak-geri Jazmin. Gadis itu mundar-mandir di lobi Hotel GEO, Genting Highlands. Seolah-olah sedang menunggu seseorang. Mulutnya bergumam. Sebaik informer memberitahu gadis itu ada di sini terus dia bungkus pakaiannya dan datang ke sini. Sudah masuk hari ketiga dia di sini meninggalkan Tasneem di rumah mami.

Teringat akan Tasneem hati menjerit pedih. Rancangan asalnya hendak menikah dengan Nel tetapi akhirnya dia berkahwin dengan orang lain. Ah, dia halau kedua-dua wajah yang datang menganggu kepalanya. Pandang ke depan. Jazmin masih menunggu seseorang.

Sedari malam kejadian lagi dia upah orang untuk mencari Jazmin yang hilang entah ke mana. Soal Rafael pula terpaksa dia tangguhkan dulu. Tidak ada bukti menunjukkan lelaki itu yang cuba membuat jahat padanya. Namun si Jazmin itu siap meninggalkan bukti pula. Lantas amarah di dalam dada dibawa sehingga ke hari ini. Dia mahu tahu. Adakah memang Jazmin yang memerangkap atau orang lain yang cuba buat jahat padanya. Melihat Jazmin yang santai dengan seluar jeans dan blouse putih dia tahan amarahnya. Dia tak boleh bertindak di luar kawalan. Jika tidak musnah segala rancangannya.

Hari ini pengunjung Hotel GEO begitu ramai menyebabkan usahanya sedikit terbantut. Dia menunggu para pengunjung beransur baru dia nak terkam Jazmin. Namun, matanya terkejut melihat susuk Ku Han muncul lantas berjabat tangan dengan Jazmin. Seolah-olah sedang membuat perjumpaan perniagaan.

Hati berdetak pelik.
Tangannya pantas dikepal kuat.
Bukankah Ku Han berada di luar negara. Selepas insiden melukakan di majlis makan-makan di kediaman papa dulu Ku Han ke luar negara atas urusan peribadi. Biasanya lelaki itu akan mengambil masa yang lama di tempat orang. Kenapa kali ini cepat pula balik. Lagi pelik dia boleh terserempak dengan dua batang tubuh itu di sini.

Jangan kata Ku Han yang merancang. Tak mungkin. Segatal-gatal Ku Han, lelaki itu tidak akan menggunakan jalan jahat untuk mengenakannya. Paling zalim pun merampas tender syarikat saja. Ku Han tak akan main kasar. Tetapi hatinya tak keruan. Semua orang yang berada di sekelilingnya nyata tak boleh dipercayai.

Tak jadi dia hendak mendekati lantas memerhati dari jauh dengan harapan orang yang dihendap tidak menyedari. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Pantas dia palingkan muka. Menyorok di balik sepohon pokok bunga. Pandang layar skrin. Nama Tasneem muncul di mata.

“Nak apa?” soal Zaim kasar sambil mata melilau memerhati Jazmin dan Ku Han.

“Saya minta maaf,” ucap Tasneem resah. Telinga Zaim mendengar namun matanya fokus pada Jazmin. Sesuatu tak terduga menyapa mata.

“Saya terpaksa langgar arahan awak. Saya dah keluar pergi kerja.”

Zaim tak terkata. Bukan sebab keterangan Tasneem tetapi matanya tak menyangka sama sekali. Neldhia muncul di belakang Ku Han.

“Awak!”

Tasneem memanggil namun Zaim putuskan talian. Terus melangkah ke arah ketiga-tiga batang tubuh yang saling memandang dengan tajam.

“Kau semua buat apa kat sini?” sapa Zaim keras dan Jazmin tersentak melihat Zaim. Pantas pusingkan badan hendak melarikan diri namun sempat dihalang Ku Han. Lelaki itu cengkam lengan Jazmin.

Nedlhia yang juga terperanjat panjatkan kesyukuran. Biarlah hari ini Zaim tahu siapa punya angkara kerana sekarang semua orang disyaki. Bukan Jazmin seorang.

“Dan Kau Nel. Kenapa ada dengan perempuan ni?” keras suara Zaim bertanya dan Neldhia herotkan senyum sinis.

“Sebagaimana you cari dalang nya, begitu juga dengan I,” jawab Neldhia lantas pandang abangnya. “I suruh Ku Han dapatkan Jazmin. Tak sangka dia minta pertolongan abang I untuk larikan diri."

“Aku bukan nak lari tapi aku nak buat deal.”

“Deal apa? Kau dah buat aku terhina lepas tu kau nak deal apa. Nak suruh aku bankrap pula. Kau memang….” Zaim meluru ke arah Jazmin. Hendak mencekik leher gadis itu namun di halang Ku Han.”

“Sabar Im. Sabar!” suruh Ku Han lantas menolak Jazmin ke belakang. Mata Zaim pula sudah merah menahan marah.

“Kau nak apa sebenarnya. Apa salah aku sampai kau sanggup nak gadai hak kau untuk aku. Kau memang gila Jazmin.”

Tak sangka Jazmin tolak cengkaman tangan Ku Han dengan kuat. Dekati Zaim dan renung wajah itu tajam.

“Aku dah lama nak dekat kau. Tapi kau hanya nampak Neldhia. Padahal dia tak layak langsung dengan kau. Kenapa kau nak sangat dekat dia. Kenapa?” jerit Jazmin kuat. Tak menghiraukan pelanggan yang keluar masuk hotel.

Zaim herotkan senyum sinis tetapi Neldhia berpaling ke arah lain. Malu apabila senyuman itu menunjukkan Zaim sedang menghinanya.

“Tak sangka aku jadi kegilaan ramai. Ku Han pun kalah. Tapi yang gilakan aku semuanya perempuan gila,” hambur Zaim dan itu mengundang malu Jazmin. Terus dilarikan mata. Memandang ke arah lain.

“Kalaulah kau guna cara betul semua ni tak akan terjadi. Tapi… kau guna cara salah. Terhegeh-hegeh macam perempuan murah. Padahal selama ini kita elok je kawan. Tapi kau cemarkan persahabatan kita dengan rancangan jahat kau.”

Jazmin terdiam.

“Kalau macam ni lah perangai kau aku yakin dari dulu lagi mungkin kau dah buat lebih dari ini.”

Buntang mata Jazmin dengan kata-kata Zaim. Terus dipusingkan badan mahu larikan diri namun tetap ditangkap Ku Han.

“Kata nak deal. Kita tak habis bincang lagi.” Ku Han bersuara dan mata Jazmin takut-takut memandang semua yang ada. Namun tetap tunjuk sombong.

“Kau nak deal apa?” soal Zaim pada Jazmin.

“Cari dalang sebenar. Siapa yang perangkap you?”

“Lepas tu?” Zaim tak puas hati.
Neldhia terdiam namun Zaim hamburkan tawa jahat.

“Deal dengan perempuan gila macam ni. Konon-konon nak tolong kaulah Nel. Nak tunjuk dialah baik. Padahal dia lebih kurang sama. Dua kali lima dengan tukang buat report.” Zaim mendengus benci.

Neldhia akur. Namun Jazmin memberontak.

“Habis tu kau nak suruh aku buat apa sekarang?” Mata Jazmin bulat menagih jawapan.

“Kau tak perlu sembunyikan orang tu.”

“Maksud kau Rafael?”

Zaim terpempan. Begitu juga Neldhia. Hanya Ku Han yang diam mencari kebenaran di sebalik kata-kata Jazmin.

“Aku tak tahu. Dia cakap dia tak buat report. Dia hanya tinggalkan kau supaya aku boleh masuk dalam rumah kau. Dia berkeras cakap bukan dia yang buat.”

Arghhh!
Zaim sepak sofa di depan. Memang firasat hatinya betul. Rafael juga terlibat.

“Tapi… pasal tangkap khalwat tu aku memang tak tahu langsung. Mungkin kau ada musuh lain.”

“Damn you!” Zaim angkat tangan hendak menampar namun dihalang Neldhia.

“Im!” Neldhia jatuhkan tangan Zaim. pandang mata itu yang berkaca-kaca. Tak pernah dia melihat wajah serabut Zaim sebegitu rupa.

“I know… you know who’s the mastermind.” ujar Neldhia dan Zaim pusingkan badan lalu hempas tangannya ke bahu sofa. Hela nafas panjang kemudian hembus keluar bersama rasa geram yang tak sudah-sudah. Terbayang senyum sinis lelaki itu.

“Zufri! Kau….”

Zaim genggam tangannya bagaikan hendak menumbuk lelaki itu. Namun yang dimarahi itu tidak ada depan mata. Lalu dengan perasaan geram dia melangkah ke petak parkir. Meninggalkan semua.

Neldhia pula pandang Ku Han dan beri isyarat agar jangan biarkan Jazmin terlepas. Dia pantas mengejar Zaim.

“Im, tunggu!”
Zaim tak hiraukan. Buka pintu kereta dan hidupkan enjin. Tak sempat nak masuk Neldia tarik bajunya.

“No matter what happen, please! Jangan tinggalkan Tas. Jangan biarkan dia sorang diri."

Zaim genggam penumbuk.

“Dia ada kat rumah parents aku. Tak perlu kau nak menyibuk!’

Patah hati Neldhia dengan sikap Zaim.

“Im, sekarang you dah jadi suami Tas. Tolong jangan abaikan dia.”

Zaim tetap tak menghiraukan.

“You tak takut ke kalau-kalau Zufri dah rancang lebih dari semua ni?"

Pantas Zaim berpaling.
“Maksud kau?”

Neldhia menekur ke bawah. Ada air jernih mengalir ke pipi.

“Dia pikat I masa kita tengah hangat bercinta. Depan-depan you dia cakap nak jadikan I hak milik dia. You know that….” Neldhia pandang perutnya dan terus mata Zaim terbuntang luas. Tangan dikepal dan pantas tarik bahu Neldhia.

“Kau jangan cakap anak tu….” Ah, zaim tak mampu menyebut. Dia berpaling ke arah lain. Terbayang kerakusan Zufri.

“Bukan. Bukan anak dia. But he trapped me with another guy.”

Menggeletar tubuh Zaim mendengar pengakuan Neldhia. Hancur berkecai hatinya. Mengingati semuanya dia jadi tak keruan. Dia mahu membalas dendam dengan menikahi Neldhia. Biar gadis itu hidup terseksa kerana bercinta dengan lelaki lain. Tetapi sebenarnya dia yang silap. Neldhia lebih dulu merasai penderitaan. Dia pula?

“Maafkan I, Im. I tahu I dah banyak salah. Mungkin Tuhan nak tunjuk dekat I yang cara hidup I salah. Dan… pengakhirannya, macam tulah yang I dah dapat.”

Zaim tak memandang Neldhia dan gadis itu pula tarik bajunya sedikit.

“Please, jaga Tas! She deserves someone better and finally I akur. Youlah yang terbaik untuk dia. Tolong, Im!”

Zaim tolak tangan neldhia.

“Aku tak cintakan dia.” Dengan keras Zaim menafikan rasa. Memang dia belum ada rasa pada Tasneem dan hati Neldhia kecewa.

“You tunggu kejap,” pesan Neldhia lantas berlari ke arah keretanya. Datang semula dengan jaket di tangan.

“Ini jaket Tas. Tolong pulangkan semula untuk dia.” Neldhia hulurkan dan Zaim ambil lalu humban ke tempat pemandu di bahagian belakang.

“Im, jaga diri.”

Zaim tidak menjawab.

“Keep her safe.”

“No need to remind me.”

“You tak takut ke. Bagaimana kalau Zufri sebenarnya dah ada kat sini.”

Zaim terpempan. “Entah-entah dia dah mula jalankan misi dia. Mungkin dia sedang menggoda Tas.”

Amarah Zaim naik mendadak. Dengan kuat tarik pintu dan mula memandu meninggalkan Neldhia. Membawa hati yang bernanah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience