Sejak dari tadi lagi Rafael lihat Zaim asyik tersenyum. Tengah buat kerja pun senyum. Tengah mesyuarat pun senyum juga. Sambil-sambil senyum tengok telefon. Pelik betul dengan lelaki itu. Dah lama dia tak tengok Zaim tersengih-sengih macam kerang busuk. Nak kata sebab Neldhia dah balik tak mungkin. Sebab Zaim bukan jenis kaki dating. Jumpa Neldhia pun bila perlu je. Neldhia pun begitu juga. Tak akan moody hanya kerana Zaim tak pergi jumpa.
Tapi perangai Zaim kali ini memang pelik betul.
“Kau ni lain macam je. Nampak macam angau pun ada. Apa kes?” tanya Rafael sewaktu masuk ke dalam bilik Zaim untuk meminta pendapat lelaki itu tentang rekaan baik pulih bangunan yang dalam rangkaan projek baru mereka.
“Ni, hah!” Zaim tak sembunyikan apa-apa. Terus tunjuk nota yang dirakam semalam. Rafael ke depan dan tarik telefon Zaim. Pantas keningnya berkerut.
“Masa aku ambil Maggi semalam tak nampak pun,” luah Rafael hairan.
“Nota tu dia letak kat tempat biskut. Dia tahu aku suka makan biskut terus dia pesan macam mak nenek.”
Rafael senyum.
“Jadi… kau jangan boroi sebelum waktunya. Nanti tak ada yang nak kat kau,” nasihat Zaim.
Terus gelak Rafael terhambur keluar.
“Perempuan ni… kalau dah sayang sangat dia tak kisah pun benda tu. Tambah-tambah lagi kalau dah kahwin.”
Zaim kerutkan dahi.
“Betul?” soal Zaim penuh pengharapan sehingga muka Rafael terhias tanda tanya.
“Maksudnya perempuan akan buat apa saja untuk lelaki yang dia cinta?”
“Ya. Aku yakin.”
“Maknanya Nel akan buat apa saja demi aku?”
Wajah manis Rafael terus berubah. Namun segera dikawal.
“Kau dengan dia dah lama bercinta. Tak kan dia tak ikut kut.”
Zaim pusing pen di tangan sambil mata jauh memandang ke depan. Tak mampu dia nak jawab kerana Neldhia gadis yang hidup dalam kemewahan. Tambahan pula gadis itu sudah lama di perantauan. Selepas SPM terus ke UK. Balik kerja di sini tak sampai 3 tahun. Kemudian sambung lagi dekat UK. Gadis itu dah sebati dengan budaya di sana.
Ikutkan hati dia mahu Neldhia berubah jadi macam Tasneem. Tapi sebab hati dah terlampau sayang dengan Neldhia dia biarkan saja gadis itu begitu. Apa yang ditakutkan sekarang ini mampu ke tidak dia nak bentuk Neldhia. Pasal papa pula, dia nampak papa macam susah sikit nak terima. Dia faham sangat dengan perangai papa. Walaupun Tengku Rahmat kawan baik papa, tapi tak bermakna orang tuanya akan terima Neldhia dengan mudah.
Lalu Zaim hembus nafas kesal. Mata perlahan-lahan beralih ke arah Rafael yang sedang membuka kertas di atas meja. Kerana tak mampu mencari jalan untuk menenangkannya hari ini, mata beralih semula ke daun pintu. Serasa ada gadis berbaju kurung sedang menghala ke biliknya.
Matanya dipicing.
“Nel?”
Zaim terkejut. Pantas bangkit sebaik saja daun pintu ditolak. Tersembul wajah manis Neldhia yang bertambah indah dengan selendang diletak ke atas kepala. Walaupun rambut gadis itu masih nampak dia tak kisah. Nampaknya Neldhia berusaha untuk berubah. Sungguh hati Zaim bertambah cinta. Apatah lagi ini adalah kali pertama dia melihat penampilan ayu Neldhia. Tak berkelip matanya memandang.
Rafael pula perlahan-lahan bangkit dengan mulut terlopong. Dia tak percaya susuk yang muncul ini adalah Neldhia. Baru minggu lepas dia berjumpa dengan gadis itu dan Neldhia santai di atas buaian dengan hanya memakai seluar pendek serta bersinglet hitam. Hari ini, penampilan gadis itu buat air liurnya meleleh keluar. Zaim lagilah dah banjir.
“You, kenapa tengok I macam tu?” sapa Neldhia malu-malu. Lantas tarik kerusi sebelah Rafael dan jatuhkan punggung dengan sopan.
“When?” soal Zaim tak percaya lantas labuhkan punggung. Neldhia pantas tunjuk senyum bangga. Tak sangka Zaim akan menyukai apa yang dibuatnya. Pandang pula Rafael di sebelah yang nyata masih terkejut.
“Sejak I dapat kawan baru. I rasa nak berubah.”
Terus muka Zaim berubah riak. Tunjukkan tak suka dengan gerakkan rahang. Ada api cemburu di wajahnya dan Neldhia perasan. Seronok rasanya kalau dapat kenakan lelaki itu.
“Sejak bila you ada kawan baru?” tanya Zaim dengan muka merajuk.
“Sejak I balik Malaysialah,” balas Neldhia lucu seraya mata kerling Rafael yang masih diam.
“Laki kan?” teka Zaim lantas bangkit. Tarik telefon di tepi laptop kemudian masukkan dalam kocek belakang.
Terkebil-kebil Neldhia memandang perlakuan kekasih hatinya. Terus dia pandang Rafael.
“Raf… ada orang merajuk ke?” soal Neldhia dengan muka senyum. Tak tertahan rasanya hendak gelakkan lelaki itu. Rafael pula tak membantu. Jadi payah pula nak terus mengusik.
“You ni kan, macam tak tahu. I kan memang ramai kawan laki. Tapi… itu dulu. Sekarang I dah ada kawan perempuan. Dia comel tau. Nanti I kenalkan pada you. I rasa nak berubah sebab I suka tengok dia. Manis sangat. Kalau I lelaki, dah lama I ayat dia.”
Zaim yang merajuk tak jadi nak terus begitu apabila Neldhia telah menjelaskan cerita yang sebenarnya. Hatinya lega.
“You jangan macam-macam Nel. I boleh gila kalau you curang.”
Neldhia angguk seraya senyum.
“I tak akan curang dan I harap you pun sama.”
Lalu kedua-duanya saling merenung dan tenggelam dalam dunia mereka yang indah. Sehinggalah Rafael berdehem kuat.
“Aku ni bukan batang kayu kau tahu tak?” Rafael berbunyi. Hempas nafas geram lantas bangkit. “Kut ya pun bercinta janganlah buat aku rasa nak rampas Nel dari kau.” Sengaja Rafael cakap begitu. Terus Zaim tunjuk penumbuk.
“Kalau kau berani curi Nel dari aku, aku pun berani patahkan tulang kau.” Zaim beri amaran tetapi sekadar bergurau. Dia yakin Rafael tak akan buat begitu. Mereka bertiga dah berkawan sejak remaja lagi.
“Cukup-cukuplah merepek. Jom kita gerak. Kalau lama-lama kat sini I takut I yang demam nanti,” ajak Neldhia seraya bangkit. Zaim yang sememangnya sudah berdiri segera mendekati kekasih hatinya.
“Takut ke?” soal Zaim sengaja nak mengusik. Terus Neldhia bagi jelingan.
“Mana tak takut. Nak jumpa bakal mentua I. Ingat tak berdebar ke,” rengus Neldhia seraya tunjuk muncung. Tadi bukan main lagi manis macam gula. Sekarang dah macam asam keping pula. Zaim cuit hidung gadis itu. Pantas pula tangan Neldhia menampar lengan Zaim begitu kuat.
“Nel. Sakit!” luah Zaim sambil mengusap lengannya.
“Jangan sentuh I. Kawan I cakap, before kahwin tak boleh sentuh-sentuh.”
Terus dahi Zaim berkerut seribu. Pantas saja hatinya mahu mengenali kawan baru yang diceritakan gadis itu. Bagus benar nampaknya. Baru sekejap berkawan tapi mampu menasihati. Dia yang dah bertahun-tahun kenal Neldhia tak ada pula gadis itu nak dengar kata. Ajaib!
Rafael yang menyaksikan perbualan pasangan kekasih itu juga turut berasa hairan.
“Nel tak nak kenalkan kawan Nel dekat Raf ke?” celah Rafael dan wajah itu tunjuk minat.
“Sorry!” Nel mencebik. “I dah cop untuk abang I.”
Dan Rafael terus hampa. Tetapi dia akan lagi hampa kalau Neldhia diterima oleh Dato Zakri sekejap saja lagi.
“Wow, speechless!”
Zaim terkesima.
“Nak kenenkan dengan Tengku Nurhan. Bukan kaleng-kaleng tu.” Zaim tak percaya. Serasa tak sabar hendak mengenali kawan baik Neldhia. Bagus sangat ke budak tu sampai Neldhia sanggup nak jodohkan dengan abang kandungnya. Setahunya, Tengku Nurhan lagilah pemilih. Kerabat diraja itu tak akan main tangkap muat saja.
“Kawan you tu kerja apa?” soal Zaim lagi. Tak puas hati betul kerana Neldhia masih nak menyembunyikan rahsia.
“I tak tahu. Lagipun dia tak nak cakap. Just bagitahu I dia kerja biasa saja.”
Terus Zaim hamburkan ketawa dan pandang Rafael yang buat muka. Lelaki itu tak suka dengan cara Zaim.
“Kalau nak kawan, pilih betul-betul. Jangan main tangkap muat je, sayang,” pesan Zaim lantas mengajak Neldhia ke luar dari pejabat.
“I kenal dia dan I memang yakin dia baik orangnya,” balas Neldhia lantas mengekori dari belakang. Rafael pun sama. Seiring dengan Neldhia bahkan tak lepaskan mata memandang gadis itu.
“Ikut you lah. Asalkan you bahagia dan berubah ke arah kebaikan.” Zaim putuskan kata dan Neldhia angguk mengeyakan. Kembang dadanya apabila Zaim tak lagi bersoal jawab tentang kawan barunya.
“Jomlah Raf. Makan tengah hari sama-sama,” Neldhia mengajak apabila Rafael meminta diri.
“Lain kali, Nel. Hari ini kan hari besar you. Baik Nel baca doa banyak-banyak. Dato’ Zakri tu tegas orangnya.” sengaja Rafael berkata demikian kerana dia tak mahu Neldhia menjadi isteri Zaim.
“Raf, kau jangan takutkan Nel. Kalau Nel takut, aku lagilah takut. Nak hadap jawapan papa aku tu bukan senang.”
Rafael angguk.
“Pergilah. Lambat-lambat nanti kena bakar dekat papa kau pula,” suruh Rafael lantas minta diri.
“You, doakan I kuat,” pinta Neldhia saat sama-sama melangkah keluar. Zaim berikan senyuman walhal dia sendiri pun tengah berperang dengan perasaan sendiri. Takut sekiranya pertemuan nanti tidak lancar.
Sementara di balik dinding, hati Rafael hancur berkecai.
Nel dah berubah tapi Dato' Zak ni terima ke tak
Share this novel